Daripada Abu Al Abbas Sahl bin Saad as Saa’idi ra,beliau berkata : “ Seorang lelaki telah datang menemui Rasulullah saw dan berkata : ‘ Wahai Rasulullah,tunjukkanlah kepadaku satu amalan apabila aku melakukannya , Allah swt cinta kepadaku dan manusia juga cinta kepadaku.’ Rasulullah saw bersabda ‘Zuhudlah terhadap dunia nescaya kamu akan dicintai oleh Allah swt,dan zuhudlah terhadap apa yang dimiliki oleh manusia,nescaya kamu akan disukai oleh manusia’.
Definisi tentang zuhud semuanya kembali kepada kata-kata yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Abu Idris al-Khawalaani ra bahawa beliau berkata :
‘Zuhud terhadap dunia bukanlah dengan makna mengharamkan yang halal dan membuang harta benda,tetapi zuhud terhadap dunia ialah kamu yakin terhadap apa yang ada di sisi Allah lebih baik daripada apa yang ada di sisi kamu.Apabila kamu ditimpa musibah,kamu amat mengharapkan ganjaran pahala daripada Nya dan juga apa yang disediakan kepadamu (di akhirat nanti ),sekalipun musibah itu kekal bersama kamu ‘.
Imam Ahmad juga berkata , ‘Zuhud terhadap dunia ialah pendek cita-cita dan tidak mengharapkan apa yang ada di sisi manusia’.
Wahab bin al Ward ra berkata, ‘Zuhud terhadap dunia ialah kamu tidak berputus asa terhadap apa yang hilang daripadamu (kenikmatan dunia) dan tidak pula bergembira dengan apa yang kamu perolehi (kenikmatan dunia ).
Kita boleh mencapai kecintaan Allah swt melalui zuhud terhadap dunia kerana Allah mencintai sesiapa yang taat kepadaNya.Cinta kepada Allah dan cinta kepada dunia adalah dua perkara yang tidak boleh bersama sepertimana yang telah ditunjukkan oleh nas.Rasulullah saw bersabda :
‘Cinta kepada dunia adalah kepala segala dosa’.
Cinta kepada dunia yang dilarang ialah dengan mengutamakan kenikmatan duniawi,tuntutan syahwat dan perkara-perkara yang melalaikannya dari mengingati Allah.Manakala cinta yang dipuji ialah yang bertujuan untuk melakukan perbuatan yang baik dan mendekatkan diri kepada Allah.
Hadith ini juga mengajarkan kepada kita bagaimanakah caranya untuk memperolehi kecintaan manusia.Caranya ialah dengan kita bersifat zuhud terhadap apa yang mereka miliki.Ini disebabkan apabila kita membiarkan mereka dengan apa yang mereka cintai,sudah pasti mereka akan mencintai kita.Kebanyakan hati manusia difitrahkan untuk cinta kepada dunia.Maka,sesiapa yang menyaingi mereka untuk mendapat apa yang mereka cintai,pasti akan dibenci dan dimusuhi.Manakala sesiapa yang tidak menyaingi mereka akan dicintai dan disayangi.
Hasan al Basri berkata : ‘Seseorang itu tetap dianggap mulia di sisi manusia selagimana dia tidak berhajat kepada apa yang ada di tangan mereka,tetapi apabila dia berhajat kepadanya,mereka tidak akan berbicara,benci dan marah kepadanya.’
~Kitab rujukan : Syarah Hadith 40 Imam Nawawi.

No comments:
Post a Comment