Bismillahi Walhamdulillah..
Melangkah ke alam pertunangan merubah diri, cara pemikiran dan perancangan seorang individu. Baik pihak lelaki mahupun perempuan, kedua-duanya perlu memikirkan perancangan masa hadapan yang bakal dihadapi.
Antara beberapa perkara yang perlu dan penting untuk diberi perhatian, menurut buku 'Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta' tulisan Tuan Shamsuddin Kadir ialah :
1) Harta bujang yang dihormati oleh pasangan dan Mentua
Rumah adalah termasuk dalam kategori harta bujang yang disanjung oleh pasangan dan iba bapa mertua. Memiliki rumah sebelum berkahwin memperlihatkan diri kita sebagai individu yang matang dan berfikiran jauh ke hadapan. Bakal ibu bapa mertua dan pasangan juga akan bertambah yakin dengan kualiti yang ada pada diri kita.
2) Harta bujang yang tidak menambahkan nilai kepada ibu dan bapa mertua
Kereta, televisyen besar, radio, kamera dan sebagainya tidak menambahkan nilai kepada ibu dan bapa mentua. Sebaliknya, ini menunjukkan kita tidak pandai meletakkan keutamaan dalam berbelanja. Ada ibu bapa yang melihat kita masih mentah kerana aset yang kita ada itu tidak menjadi keperluan.
3) Bahaya membeli rumah impian apabila mula berkahwin
Rumah yang mempunyai 2 atau 3 bilik sudah memadai untuk dibeli. Ini kerana hanya kita berdua yang tinggal di rumah itu. Sekiranya kita mendapat zuriat, anak itu biasanya tidur bersama di dalam bilik kita. Selepas berkahwin 5 tahun dan ke atas, baru keperluan memiliki rumah yang lebih besar itu ada.
4) Kereta yang sesuai sebelum dan sewaktu berkahwin
Sekiranya kita membeli kereta, pilih kereta yang berharga dalam lingkungan RM30,000 ke bawah sebagai kereta permulaan hidup kita. Sebaik-baiknya adalah kereta terpakai. Lebih baik kita membelinya secara tunai untuk kereta yang berharga belasan ribu ringgit sahaja.
Bagi perkara-perkara di atas, sudah tentu ia tidak terletak di atas bahu pihak lelaki sahaja. Bagi pendapat saya, pihak perempuan juga perlu memainkan peranan yang sama untuk meringankan dan membantu bakal pasangannya. Belajarlah menyimpan, menabung dan merancang kewangan dari sekarang. InsyaAllah. sedikit sebanyak mungkin kita boleh membantu dan memudahkan urusan walimah nanti.
Wallahu Subhaanahu Wataala A'lam... :)
Sunday, August 31, 2014
Thursday, August 14, 2014
Kenapa Boikot McD??
Bismillahi Walhamdulillah..
Sangkaan saya, dengan isu yang berlaku di Palestin hari ini, kita semua sudah maklum apa bentuk sokongan, bantuan dan tindakan yang kita boleh lakukan bagi membantu saudara kita di sana.
Rupanya tidak!
Hari ini, saya menerima komen dari pembaca blog yang rupanya tidak puas hati dengan entri 'Kenapa Israel Tidak Menyerang Malaysia?'
Dia juga menyuarakan apa gunanya tindakan boikot yang sedang gigih kita lakukan.
Saya tidak ingin ber'jidal' dengannya dan memanjangkan hal ini.
Terima kasih juga saya ucapkan kepadanya kerana menyarankan saya untuk banyak membaca, dan saya harap dia juga rajin membaca.
Mudah-mudahan Allah memberikan kita taufiq dan hidayahNya. Amin.

Untuk Maklumat lanjut layari Laman Web INI.
Mc Donald Malaysia tak menyumbang pada Israel? Benarkah?
Ada persoalan yng ditanyakan tentang kenyataan dari Mc Donald Malaysia.
Ini ulasan dari Pengerusi Aqsa Syarif Berkaitan kenyataan McD Malaysia. McD Malaysia membayar franchisee fees kpd McD Corp USA. Ada puluhan ribu restoran McD di seluruh dunia. Walaupun setiap dari Restoran McD ini menyumbang sebanyak 5% dari revenue mereka ini sudah berjumlah ratusan juta USD (bahkan mungkin billion dollar).
Oleh kerana McD konsisten menyumbang kepada ekonomi Israel sejak 30 tahun yang lalu, maka kita harus menyampaikan message yang tegas di seluruh dunia kepada semua negara di mana McD membuka cawangan.
Jika setiap negara di mana McD beroperasi membuat disclaimer bahawa 'mereka tidak menyumbang kepada israel' bahkan mereka adalah syarikat berdaftar di negara masing-masing, maka boycott akan gagal dan McD Corporation US boleh meneruskan sokongan tidak berbelah bagi kepada Israel.
Tetapi jika setiap warga dunia mula memboikot operasi McD di negera masing-masing maka ini akan menyampaikan message yang jelas supaya McD Corp US menghentikan sokongannya kpd Israel.
Bayangkan jika kutipan dari yuran franchisee sahaaj jumlahnya ratusan juta dollar sehari, berapa banyak jentera perang yang boleh dibeli oleh Israel dgn sumbangan McD bagi membunuh rakyat Palestin.
Kerana itu boycott adalah satu 'peperangan'.
Seruan boycott akan di counter oleh pihak musuh dgn mengatakan kami 'cawangan tempatan' dan kami hanya membayar cukai kpd kerajaan kita. Lagipun kami menyumbang kepada ekonomi negara dan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.
Jika semua negara membuat pengistiharan spt ini dan semua warga dunia terpedaya dgn seruan 'manis; ini boycott akan gagal total. tetapi apabila McD senberang laut menerima tempiasan dari polisi McD Corp yang membiayai israel, maka akhirnya McD Corp terpaksa berfikir lagi sebelum meneruskan sokongannya kepada zionis kerana keuntungan seberang lautnya mula menyusut.
Ingat boycott adalah peperangan dan musuh akan menggunakan hujjah 'yang masuk akal' untuk menggagalkan strategi boikot.sumber facebook

Saturday, August 3, 2013
Mad'u Istimewa (8) : Mujahadah Seorang Remaja Islam
بسم الله الرحمن الرحيم
Pada sebelah pagi di sekolah agama, saya sangat suka bercerita kepada pelajar-pelajar saya mengenai kisah Firdaus. Tingkatan satu dan dua mungkin tidak, tetapi kepada pelajar tingkatan tiga,iya! Kerana bagi saya usia mereka yang semakin meningkat dewasa, sangat perlu didedahkan dengan realiti sebenar dunia di luar sana.
Saya mengkhabarkan kepada mereka kisah pertemuan saya dengan Firdaus sejak hari pertama dan rentetan apa yang berlaku kepadanya hari ini. Tujuan saya, bukan untuk membuka aibnya. Tidak sama sekali!
Tetapi harapan saya semoga perkongsian cerita itu akan membawa suatu kesedaran kepada mereka betapa pentingnya untuk mereka menghargai nikmat yang telah wujud disekeliling mereka hari ini.
Setiap kali saya bercerita, saya perasan ada beberapa orang pelajar puteri saya yang turut mengalirkan air mata. Saya kira, pasti mereka juga turut merasai dan mendalami perasaan saya saat itu. Keterujaan mereka sangat dizahirkan, sehingga sampai ke satu tahap, bila saya masuk saja ke kelas mereka untuk mengajar matapelajaran Tauhid, saya menerima pertanyaan pertama mereka..
"Ustazah,ustazah.... Apa khabar Firdaus?", jerit kecil pelajar puteri yang duduk di bahagian belakang kelas.
Secara spontan saya tersenyum.
"Sampainya hati kamu. Khabar ustazah kamu tidak tanya pula ya. Tiba-tiba Firdaus...", jawab saya seakan merajuk.
"Ehh... Tidak,tidak,tidak.... Ustazah apa khabar,ustazah? Ustazah sihat?", tanya mereka.
"Hermmm..Ikhlas,kah tu?", saja saya mengusik mereka.
Saya pernah bertanya dan meminta izin kepada Firdaus kalau-kalau boleh saya kongsikan ceritanya ini lewat tulisan-tulisan saya. Katanya, dia juga tidak kisah dan memberi keizinan itu kepada saya. Katanya, dia harap sesiapa yang membaca kisahnya nanti, mungkin boleh mengambil sedikit sebanyak pengajaran melalui kisah perjalanan hidupnya sebagai seorang remaja Islam.
Hari ini, saya dapat lihat betapa Firdaus benar-benar sedang bermujahadah dalam perjalanan hijrahnya. Tatkala dia sudah punyai azam,niat dan tekad untuk berubah pastinya ia bukannya sesuatu yang mudah untuk dia berubah sekelip mata. Firdaus turut memberitahu saya bahawa, rakan-rakan merupakan ujian yang sangat besar bagi dirinya. Melihatkan sikap dan penampilannya yang serba sedikit berubah, katanya sudah ada segelintir rakannya yang mula menjauhkan diri. Tetapi, dia cuba untuk gagahi dan menghadapinya dengan penuh kesabaran.
Ramadhan tahun ini merupakan tahun pertama Firdaus menjalani ibadah puasa. Saya berharap benar agar dia dapat berpuasa penuh bersempena dengan tahun pertamanya ini. Alhamdulillah, hari demi hari Firdaus dapat berpuasa dan mengharungi hari-harinya dengan penuh kesabaran dan menjalani tarbiyah buat dirinya sendiri. Kemudian, seingat saya masuk hari ke 12 atau 13 saya ada menerima mesejnya di dalam akaun facebook saya.
"Ustazah...kalau puasa kan..kita merungut-rungut lapar.kurang pahala,kah..?
Huhuhu...Saya belum biasa lagi puasa ni, ustazah. Sebab tulah selalu betul saya
stress. Kalau jam 4, jam 5 lapar sudah saya tu. Mula la
merungut-rungut..huhu..."
Kasihan pula saya mendengar kesulitan yang dihadapinya. Tetapi semua itu tidak boleh dilayan!
Nanti, makin menjadi-jadi pula manjanya! Lantas saya memujuknya untuk terus bersabar dan hayati apa hikmah sebenar kita diperintahkan untuk berpuasa. Saya harap dan saya tahu dia faham.
"Jadi puasa Firdaus sudah bocor lah ni..??" Tanya saya ingin tahu kalau-kalau dia sudah terponteng puasanya.
"Bocor belum lagi la...Tapi hampir-hampir tu pernaah.... Sikiiiiit lagi saya minum jus. Time tu haus betul ni...Hahaha.. Apa saya buat..? Saya tidur.."
Kali ni saya bertul-betul tertawa mendengar ceritanya.
Tingkahnya tidak ubah seperti anak kecil. Sehingga hari ini, malam ke 26 Ramadhan setahu saya baru sehari Firdaus terponteng puasanya. Itu pun kerana pada malamnya, dia tidak terbangun untuk bersahur. Katanya dia sudah cuba untuk meneruskan ibadah puasa pada siang hari itu, tetapi mungkin keadaan tidak mengizinkan.
"Ustazah, nanti saya qada' ya ustazah?"
'Rasa bersalah la tu...', bisik hati saya sambil tersenyum padanya.
Saya benar-benar kagum pada kesungguhan Firdaus untuk berpuasa di bulan Ramadhan ini.
Apa tidaknya, menjelang peperiksaan akhir yang akan menjelang tidak lama lagi, selain kelas-kelas subjek lain, Firdaus juga terpaksa menjalani latihan vokalnya saban hari. Setiap hari perlu menyanyi, setiap hari dia perlu melontarkan vokal dengan betul. Tidak hairanlah dia selalu merasa haus dan keletihan.
Selain itu, Firdaus juga menghadapi ujian dan dugaan untuk menjalani ibadah puasanya tatkala bersama rakan-rakannya. Menurutnya, selesai sahaja kelas mahupun practise di kolej, mereka ramai-ramai akan ke cafe dan kebanyakan rakan seislamnya, dengan selamba akan makan dan minum di khalayak ramai pada siang hari.
Fidaus pula yang menjadi kekok!
Adakalanya, perubahan Firdaus membuatkan mereka sudah tidak berasa selesa dengan keberadaannya. Firdaus terpaksa berbohong bahawa dia juga tidak berpuasa seperti mereka. Tetapi kononya, dia tiada selera untuk makan di bawah. Oleh itu, Firdaus terpaksa membeli makanan dan membungkusnya untuk meyakinkan rakan-rakannya bahawa dia tetap rakan mereka yang dahulu.
"Saya bawa makanan tu pergi atas ustazah dan saya akan bagi pada kawan-kawan lain (bukan muslim) yang belum lunch".
Subhaanallah.... Mulia sungguh hati pelajar saya ini.
Dan saya terpaksa akui besar sungguh ujian Allah swt pada Firdaus,kan?
Saya cukup berbangga dengan usaha dan semangatnya untuk terus istiqamah. Semoga dia terus dikuatkan hati dan azam untuk meneruskan perjalanan hijrahnya untuk menjadi seorang muslim yang baik.
Allahumma Aamin!
Friday, August 2, 2013
Mad'u Istimewa (7) : Langkah Demi Langkah..
بسم الله الرحمن الرحيم
Sedar tidak sedar, sudah masuk bulan ketiga saya bertugas di Institut Seni Sabah ini.
Maksudnya, hanya tinggal beberapa kali sahajalah lagi saya akan bersua muka dengan pelajar-pelajar saya yang amat dikasihi itu. Langkah saya ke kelas semakin lama semakin longlai. Tidak sanggup rasanya untuk saya bayangkan saat-saat terakhir kami akan bersama kelak.
Sayu.
Bulan terakhir ini, Allah masih menghimpunkan kami di dalam taman-taman syurgaNya. Dan lebih istimewanya lagi, kami berpeluang untuk sama-sama melalui bulan Ramadhan yang mulia pada tahun ini. Di dalam kelas-kelas terakhir ini, saya lebih banyak mengulangkaji tajuk-tajuk yang pernah kami pelajari beberapa bulan yang lalu sebelum mereka menghadapi peperiksaan akhir pada bulan Ogos nanti. Sepanjang tempoh semester ini, diantara tajuk yang telah kami kupas dan syarahkan adalah berkenaan Islam sebagai agama yang syumul, tajuk-tajuk yang menyentuh tentang syariat, ketamadunan, kekeluargaan, kemasyarakatan, gejala keruntuhan moral, salah faham terhadap agama Islam dan sebagainya.
Selain daripada Firdaus, seorang pelajar perempuan saya juga telah mula menampakkan perubahan-perubahan positif di dalam dirinya. Secara zahirnya, Afiqah mungkin kelihatan seperti remaja lain di luar sana. Walaupun dia nampaknya lebih selesa untuk free-hair, tapi saya tahu benar bahawa dia adalah seorang remaja perempuan yang sangat baik, sopan dan pandai menjaga dirin. Ya, keinginan terbesar saya terhadapnya tentu sekali untuk melihat dia mengenakan tudung, tapi saya sedar saya hanya mampu membimbing setakat mana yang termampu. Selebihnya, semua bergantung pada keinginan dirinya sendiri dan tentu sekali dengan izin Allah swt.
Walaupun begitu, di dalam tempoh ini saya sangat kagum dengan keinginannya untuk belajar mengaji secara bertalaqi dengan saya. Dia pernah menyatakan bahawa dia kesal kerana tidak pernah belajar sebelum ini, tapi acapkali jugalah saya memujuknya dengan berkata bahawa proses pembelajaran kita sebagai seorang manusia ini sebenarnya tidak pernah ada titik noktahnya, sehinggalah nadi ini berhenti berdenyut. Selagi ada hayat, selagi ada peluang kita boleh belajar apa yang kita mahu belajar.
Alhamdulillah, walaupun jadual hujung minggu saya agak padat, tapi tidak sampai pula hati saya untuk menghampakan niat baiknya. Dengan izin Allah, sudah beberapa kali kami bertemu di Masjid Negeri Sabah untuk mengadakan kelas mengaji. Afiqah sangat cepat belajar. Cuma adakalanya, bila dia terlupa untuk membezakan huruf-huruf hijaiyyah itu, kelakuannya akan membuatkan kami saling tertawa. Afiqah juga menghadapi sedikit kesukaran untuk menyebut sesetengah huruf-huruf hijaiyyah. Maklum sajalah, huruf-huruf ini tentu sekali tidak seperti huruf-huruf rumi, kerana setiap satu darinya perlu disebut dan keluar dari makhraj yang betul.
Satu demi satu, langkah demi langkah.
Saya benar-benar kagum dengan kesungguhannya!
Ketika saya mengajarkan Afiqah mengaji, saya cuba menyelitkan beberapa hadith Rasulullah saw yang banyak menyebut tentang fadhilat yang akan diperlolehi oleh mukmin yang sedang bersusah-payah untuk belajar. Saya risau, kalau-kalau kesukaran yang dihadapinya pada awal-awal ini, akan membuatkannya patah semangat lalu membatalkan niat untuk terus belajar.

Saya teringat kalam Rasulullah saw yang bermaksud:
“
Orang yang mahir dengan al-Quran akan bersama malaikat yang mulia lagi
berbakti. Dan orang yang membacanya dalam keadaan sulit (susah) dan
merangkak-rangkak maka baginya dua pahala (kebajikan)” Riwayat Muslim
Sabda Rasulullah s.a.w lagi yang menerangkan tentang kelebihan seorang muslim yang membaca Al-Quran.
" Abu Musa r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,
“Perumpamaan seseorang mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti limau manis, berbau sedap dan rasa limau itu manis. Perumpamaan seseorang mukmin yang tidak membaca al-Quran adalah seperti buah tamar, sungguhpun tidak mempunyai bau namun berasa manis. Perumpamaan orang munafiq yang tidak membaca al-Quran adalah seumpama buah ‘peria pahit’, buah itu tidak mempunyai bau dan berasa pahit. Perumpamaan orang munafiq yang membaca al-Quran adalah seperti bunga ‘raihanah’, berbau harum, tetapi berasa pahit.”
(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Nasai dan Ibnu Majah)

Oh,ya!
Sepanjang kami belajar mengaji, Afiqah datang ke masjid dengan bertudung litup. Sangat cantik dan manis. Kadang-kadang saya tertanya-tanya juga sendiri. Kenapa agaknya dia masih belum terfikir untuk memakainya? Kenapa agaknya masih ada segolongan gadis di luar sana yang masih menganggap bertudung itu tidak ubah seperti satu penindasan terhadap kaum wanita hanya kerana rambut yang cantik itu tidak boleh ditayangkan di khalayak umum?
Jikalau fesyenlah yang menjadi alasannya, setahu saya sekarang ini sudah berlambak-lambak dan berjenis-jenis tudung terjual di pasaran. Pilih sahaja corak, warna dan fesyen yang bagaimana, pendek kata kemudahan itu sudah ada. Tetapi saya akur, dalam soal-soal begini kita sebagai daie hanya mampu mendorong, menasihati dan memberikan kalam taujihat kepada para mad'u dengan harapan ia boleh menyentuh hatinya sedikit. Tetapi hakikatnya begitulah.. Sehabis mana pun kita memujuknya, kalau yang empunya diri masih berpegang dengan pandangan dan prinsipnya, tentulah ia akan kekal sedemikian rupa.
Ya Allah..
Afiqah sememangnya seorang gadis yang sangat baik. Sangat-sangat baik.
Saya selalu berdoa semoga Allah membantu saya dengan membuka pintu hatinya untuk membuat penghijrahan sepertimana yang dilalui oleh Firdaus. Saya mahu dia sedar, hari ini dia masih berada di dalam keadaan yang 'selamat' tetapi esok lusa tiada siapa mampu menjamin. Dengan pengaruh rakan-rakan sebaya, persekitarannya yang agak sosial dan sebagainya, saya khuatir dia akan terjerumus ke lembah yang menggerunkan itu bersama teman-temannya yang lain.
Namun, janji Allah swt sesekali tidak pernah berdusta dan tidak benar.
Seorang muslimah yang sentiasa menjaga auratnya, pastilah akan sentiasa terjaga dari pandangan dan perbuatan-perbuatan jahat orang di sekeliling. Firman Allah swt yang bermaksud :
" Wahai
Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta
perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi
menutup seluruh tubuhnya (semasa
mereka keluar) cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal
(sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak
diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59)
Diantara kesemua pelajar perempuan saya, saya paling rapat dengan Afiqah.
Saya sudah menyayanginya sama seperti saya sayangkan adik kandung saya sendiri. Saya berdoa dan tidak akan berhenti berharap, agar satu hari nanti saya akan dapat melihatnya bertudung litup dan comel seperti biasa.
Aamin.. =)
Friday, July 26, 2013
Mad'u Istimewa (6) : 'Kun Fayakun!!'
بسم الله الرحمن الرحيم
Sejak berita tentang penyakitnya dikhabarkan, memang benar saya sering berasa risau dan tertanya-tanya akan perkembangan kesihatannya. Namun,apalah daya saya. Saya hanya mampu berdoa untuknya dan semoga Allah mendengar rintihan saya.
18 Jun 2013, hari Selasa.
Hari itu,merupakan ulangtahun kelahiran saya yang ke-25 tahun. Kebetulan, hari itu juga merupakan jadual saya untuk bersama pelajar-pelajar di kolej. Belum pun sempat kelas bermula, saya menerima hadiah istimewa dari mereka. Ada sepotong kek dan lukisan yang dihulurkan kepada saya. Terharunya..Sungguh!
Tetapi sebenarnya bagi saya,kehadiran mereka dalam hidup saya juga adalah satu nikmat dan hadiah yang sangat berharga untuk saya. Mereka mungkin tidak menyedarinya, tetapi saya akui hal itu.
Firdaus? Ya,dia juga hadir ke kelas pada hari itu.
Saya tahu,mungkin ketika itu keputusan medical check-upnya pun sudah diketahui. Saya mula mengagak-agak sendiri. Melihat susuk tubuhnya yang duduk di depan saya,dan hanya berdiam diri membuatkan saya lebih gusar.
'Ah,sekejaplah.....Habis kelas nanti,saya akan bertanyakannya'. Bisik hati kecil saya.
Usai kelas pada hari itu,Firdaus sempat berkata kepada saya..
"Ustazah, saya ada hadiah untuk ustazah".
Saya hanya mengukir senyum.
Hadiah apalah agaknya yang dia maksudkan tadi. Petang itu kami tidak sempat berbual lama. Oleh kerana itu, pada sebelah malamnya Firdaus menceritakan semuanya kepada saya melalui pesanan di dalam facebook. Kali ini, saya tidak ingin menaqalkan kata-katanya. Biarlah penceritaan asal yang diucapkannya sendiri, menjadi tatapan anda. Saya yakin, jika anda mengikuti perkembangan cerita entri ini sejak dari mula, pasti anda akan mengalirkan air mata tatkala menyoroti kisah hidup mad'u istmewa saya ini.
Firman Allah swt yang bermaksud :
{Sesungguhnya perintah-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu ia hanya berkata kepadanya: Jadilah!" Maka terjadilah ia..} Yaasin : 82

" Salam.
Alhamdulillah ustazah.. Saya pun masih cuba untuk percaya..tapi itulah yg terjadi. Saya sepatutnya buat
surgery tu kelmarin tengah hari. Dengan perasaan putus harapan, saya tahu apa-apa
boleh terjadi dengan saya lepas surgery tu. Saya kecewalah juga sebab saya rasa doa
saya ni tidak kena layan pun oleh Allah. Sebab siapalah saya..bukan orang
alim, sembahyang pun entah sah ka tidak. Saya pasrah jak la dengan apa-apa yang
terjadi nanti."
"Sebelum saya masuk bilik operation tu, saya sempat cakap.. Kalau betul Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, kenapa saya tidak pernah rasa pun disayang oleh DIA..? Saya marah sangat time tu ustazah. Saya sudah makan ubat tapi bengkak tu tidak turun-turun juga. Darah beku tu pun tidak hilang-hilang juga.
Adalah juga saya menangis sikit, sebab time tu malu mahu tunjuk dengan nurse. Saya menangis.
Lepas tu saya dibius dan terus saya tidak sedarkan diri.
Sedar-sedar ja, saya sudah terlantar di atas katil. Dan... Saya masih berambut..??
Saya pelik la, sebab doktor tu cakap dia akan botakkan kepala saya untuk buat tu surgery.."
"Saya pelik lagi, tiada pula sakit apa-apa. Saya rasa macam sihat ja. Lepas saya sedar tu, ada nurse masuk bilik saya sebab saya guna private room kan.. Saya tanya dia, kenapa saya masih belum kena operation? Dia cakap dia pun tidak tahu. Katanya, sekejap lagi tunggu doktor explain. Kalau ikutkan saya, saya mahu surgery tu dibuat cepat. Saya tidak mahu tangguh lagi, sebab sakit makan ubat tu, Tuhan sajalah yang tahu.."

"Beberapa minit lepas tu. doktor pun masuk. Dia bawa result saya sebelum surgery tu dibuat buat, last minit punya check up. Sebab doktor tu rasa berat hati dan tidak sedap hati mahu buat tu operation dia cakap. Lepas saya dibius
tu, doktor ada buat scanning lagi.
Hasil daripada minit-minit terakhir check up tu, doktor cakap dia pun sangat terkejut dengan result tadi. Darah beku tu betul-betul hilang 100%. Bengkak tu pun sudah mula turun. Dan Alhamdulillah juga mata saya ni lepas dua hari makin cerah pula. Semakin balik kepada normal dan beransur pulih. Saya masih belum dapat terima lagi! Kepala saya ni masih belum boleh percaya lagi,ustazah! Tapi saya masih juga makan ubat la, cuma saya sudah tidak perlu makan ubat yang menyakitkan kepala tu lagi."
"Sekarang baru saya faham satu benda. Allah akan tahan dulu permintaan kita selagi belum sampai masanya. Dan mungkin kalau dia sembuhkan saya awal-awal dulu lagi., saya tidak akan rasa bantuan Allah tu memang sangat bermakna dan mungkin saya tidak akan ingat pun benda tu. Tapi Allah buat saya sampai hilang harapan, menangis, mengamuk barulah Allah tunjukkan kasih sayangNya tu. Benda tu buat saya sedar bahawa, diwaktu-waktu tiada siapa dapat tolong kita, Allah tu sebenarnya sentiasa ada! Saya yakin sudah sekarang bahawa Allah tu Maha Mendengar dan tempat pergantungan manusia yang paling baik adalah Allah..!"

"Dan selamat hari lahir untuk ustazah..Alhamdulillah, saya masih boleh tengok ustazah saya ni lagi..haha..
Dan saya hadiahkan kejayaan saya ni untuk hari lahir ustazah. Sebab saya tahu ustazah banyak mendoakan saya,kan..? Saya yang mengalami peristiwa ni sendiri pun ustazah, saya tidak tahu mahu percaya
macam mana. Berbulan-bulan saya berusaha ustazah. Akhirnya, benda tu hilang macam begitu ja..sekelip mata."
"InsyaAllah walaupun saya ni tidaklah baik macam ulama dan ustaz-ustaz tapi InsyaAllah saya akan berusaha untuk jadi manusia yang lebih baik. Dan saya mesti jaga nikmat yang Allah bagi ni sebaik mungkin. Sebab Allah sudah warning saya. DIA boleh ambil balik bila-bila masa ja kalau Dia mahu. Inilah di antara benda yang terbesar pernah terjadi dalam hidup saya, ustazah. Selama ni saya selalu minta Allah tunjukkan kekuasaan Dia. Sekarang doa saya sudah terjawab dan Dia tunjukkan dengan saya lagi sendiri. Tiada alasan untuk saya tidak percaya lagi kan, ustazah..?"
Begitulah cerita mad'u istimewa saya, Ahmad Firdaus.
Subhaanallah.. walhamdulillah...wa laailaaha illallah.. Allahu Akbar!
Membaca setiap satu kata-katanya, membuatkan air mata saya mengalir deras. Betapa besarnya kuasa Allah swt dan kasihNya kepada pelajar saya ini! Saya benar-benar bersyukur dan berterima kasih atas peluang dan kesempatan yang diberikan oleh Allah kepadanya. Menyoroti kisahnya ini,tidak lain mengingatkan saya kepada kalamullah yang bermaksud..
“Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tiada yang dapat menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dialah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.” (Al-An’am: 17)
Air mata saya mulai kering.
Bibir saya pula sudah mula menguntum senyum.
Apa lagi yang mampu untuk saya katakan?
Itulah kuasa 'Kun Fayakun!'

Subscribe to:
Posts (Atom)