Saturday, December 26, 2009

Puasa Sunat Hari Tasu'a dan Asyura


Puasa sunat Hari Tasu'a disunatkan,namun Rasulullah saw belum sempat mengerjakannya,bagaimanapun Baginda saw bersabda mafhumnya “Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan,aku akan berpuasa pada 9 Muharram” (Riwayat Ahmad dan Muslim)

Daripada Abu Qatadah ra bahawasanya Rasulullah saw telah ditanya mengenai puasa Hari Asyura (yakni hari ke sepuluh bulan Muharram)maka sabda Baginda saw yang bermaksud:”Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu” (Riwayat Muslim)

Intabih!
*Puasa sunat pada Hari ke 10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya(9 Muharram) atau selepasnya(11 Muharram) dan adalah lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu hari ke 9,10,dan 11 Muharram.Jika ditinggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.

No comments:

Post a Comment