Tuesday, May 15, 2012

Nakbah 15 Mei

Secara rasminya kemuncak peristiwa NAKBAH berlaku pada 15 Mei 1948. Pada petang 14 Mei 1948, bendera Union Jack diturunkan di Palestin dan sebagai gantinya berkibarlah bendera The Star of David dan pada keesokkan harinya iaitu pada 15 Mei 1948 negara haram Israel diistiharkan oleh Perdana Menterinya yang pertama David Ben Gurion.


Kenapa peristiwa Nakbah yang kini sudah memasuki ulangtahun ke 64 ini wajar mendapat perhatian kita sebagai umat Islam..?

‘NAKBAH’  bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan negara haram Israel yang telah diisytiharkan secara rasminya pada 15 Mei 1948.



Sebabnya ialah kerana inilah tragedi kemanusiaan terburuk abad lalu yang direstui oleh masyarakat antarabangsa. Tragedi ini bukan sahaja dirancang oleh pertubuhan Zionis antarabangsa bahkan mendapat kelulusan rasmi dari kuasa-kuasa Barat dan penaja kepada PBB iaitu British dan Amerika Syarikat.

Tragedi Nakbah menyaksikan 800,000 rakyat Palestin diusir dari rumah-rumah dan tanah air mereka dan duduk di khemah-khemah pelarian sehingga hari ini. Jumlah mereka kini sudah mencecah lebih dari 5 juta orang dan sehingga kini mereka tidak mendapat sebarang pembelaan termasuklah dari negara-negara umat Islam.

Peristiwa Nakbah yang telah dirancang sejak tahun 1897, disususli dengan penaklukan British ke atas Palestin pada tahun 1917, direstui oleh Parlimen British melalui lobi Yahudi yang mengizinkan bangsa Yahudi untuk memasuki Palestin sebagaimana yang termaktub dalam deklarasi Balfour 1917, dan pembahagian Palestin kepada negara Arab dan Yahudi oleh resolusi PBB 181 pada tahun 1947 dan pencerobohan pengganas-pengganas Yahudi yang merampas tanah air rakyat Palestin pada tahun 1948 sebenarnya adalah titik hitam kepada penderitaan yang berlanjutan sehingga kini.

Pengistiharan negara haram Israel pada tahun 1948 telah membuka laluan kepada penaklukan seluruh bumi Palestin pada tahun 1967. Pada tahun tersebut Baitul Maqdis timur di mana terletaknya Masjid al-Aqsa, Tebing Barat dan Semenanjung Gaza diduduki oleh Israel. Masjid Al-Aqsa terus dikepung dan dikuasai oleh Yahudi Zionis sehingga ke hari ini.

Mereka telah melakukan pelbagai rancangan jahat untuk meruntuhkan masjid tersebut termasuklah dengan peristiwa pembakaran masjid pada 21 Ogos 1969 dan meletakkan bahan letupan di bawah binaan masjid. Di samping itu mereka juga menggali terowong di bawah masjid serta mendirikan kuil (synagogue) sementara di bawah permukaan masjid. Kesemua peristiwa ini gagal untuk menggerakkan dhamir umat Islam untuk berjuang bersungguh-sungguh untuk membebaskan tanah sucinya sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Salahuddin al-Ayubbi ketika Baitul Maqdis dikuasai oleh kaum salibiyyah.

Muawiyah bin Abi Sufyan menyampaikan dari Rasulullah SAW, “Ada di kalangan umat ku yang sentiasa berada di atas al-haq. Tiada sesiapa yang menentang mereka akan menyakiti mereka sehingga datangnya kiamat.” Para sahabat bertanya, “Di mana mereka itu?” Rasulullah SAW menjawab, “Mereka berada di Baitul Maqdis dan di sekitar Baitul Maqdis.” – Imam Ahmad

Hadis-hadis yang terbit dari lidah Rasulullah SAW adalah satu bukti bahawa apa yang berlaku pada hari ini adalah satu kebenaran yang telahpun disusun oleh Allah SWT. Kita pada hari ini amat beruntung kerana para sahabat hanya mendengar beritanya dari Rasulullah SAW sedang kita menyaksikan dengan mata kepala kita sendiri. Alangkah ruginya jika kita tidak mengambil sebanyak manfaat dari peristiwa ini untuk menyuburkan iman kita dan keyakinan kita untuk berjuang pada jalan Allah?

Petikan dari ,
Teks khutbah disediakan oleh Aqsa Syarif..
15 Mei 2012 (Sempena Bulan Naqbah)
Prof Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi Aqsa Syarif.

Hukum mogok lapar yang diulas oleh Syeikh Yusof Qardhawi


Keadaan tahanan Palestin setelah mengadakan mogok  lapar selepas puluhan hari

‘DIGNITY!’







Monday, May 7, 2012

Tafaqquh Haji dan Umrah 2012

Hujung minggu yang lalu, saya berkesempatan untuk menghadiri Kelas Intensif Tafaqquh Haji dan Umrah bagi tahun 2012, yang dianjurkan oleh Tabung Haji. Selama 3 hari 2 malam, kami bermalam di TaHa, d'Bayu Sembulan bagi mengisi program-program dan bengkel yang telah dirancang.

Kelas Tafaqquh ini sebenarnya disasarkan buat mereka-mereka yang berpotensi untuk menjadi pengiring jemaah haji atau umrah bagi jemaah Malaysia. Oleh kerana itu, pihak Tabung Haji mengambil inisiatif untuk mempersiapkan para pengiring dengan ilmu dan kefahaman yang mantap mengenai ibadah haji dan umrah. Acara yang dilaksanakan saban tahun ini (kalau tidak silap saya), dihadiri oleh para bekas jemaah haji yang terdahulu, yang mana mempunyai pengalaman yang tersendiri di dalam mengerjakan ibadah haji mahupun umrah.

Pada kali ini lebih kurang 40 orang peserta telah menghadirkan diri dari beberapa daerah sekitar negeri Sabah seperti Kota Kinabalu, Kota Belud, Tawau, Beaufort dan sebagainya.

Pada hari pertama itu, saya agak terkejut dan cuak!
Apa tidaknya, tanpa adanya apa-apa persiapan dan ulangkaji, kami diberikan ujian bertulis yang keseluruhannya berkisar tentang ibadah haji dan umrah. Mungkin bagi peserta lain, ianya sudah menjadi satu kebiasaan, namun bagi saya yang pertama kali dan baru hendak 'mencuba-cuba' ini timbul rasa risau dan gelisah. Satu persatu soalan saya amati.

'Rukun-rukun haji dan syarat khususnya..'
'Perkara yang dilarang dan dibenarkan..'
'Keputusan terkini daripada hasil Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan'
'Dam..Fidyah...' dan sebagainya..

Sambil cuba-cuba menjawab sebaik mungkin, senyum saya tidak lekang dari bibir..
'Haa, padan muka! Sudah tau mau datang kursus haji dan umrah, ulangkaji lansung tiada! Terer sangat kan..', saya mencebik sendirian. ^_^
       
      Kitab Bahrul Maazi yang banyak menyentuh tajuk-tajuk usul dan permasalahan-permasalahan furu' di dalam bab ibadah haji dan umrah


Sejurus selepas itu sesi-sesi yang seterusnya kami isi dengan pembacaan dan perbincangan yang berkaitan dengan ibadah haji dan umrah dengan merujuk kepada sebuah kitab tua yang bertajuk Bahrul Maazi. Membaca kitab lama dengan bahasa yang agak klasik ini, membuatkan kami 'pening-pening lalat' dan adakalanya tersenyum tatkala mendengar penggunaan ayatnya yang ternyata jauh berbeza dengan apa yang kita tuturi hari ini.

Alhamdulillah sejujurnya, saya sangat berbesar hati dan gembira kerana diizinkan Allah swt untuk duduk bersama semua ustaz ustazah yang begitu luas pengalaman mereka dalam mengerjakan dan mengurus para jemaah haji dan umrah di negara kita. Kalau diberi peluang selagi lagi untuk menghadiri majlis tafaqquh ini, sudah tentu saya akan menerimanya dengan hati gembira.


Pertemuan yang bermakna apabila saya dipertemukan semula dengan dua orang ustazah yang pernah mendidik saya suatu ketika dahulu di dalam satu kumpulan yang sama..Iaitu Ustazah Hajjah Kunah dan Ustazah Hajjah Qurratul Ain Hj.Muchlis


Antara penceramah dan pembimbing kursus Tafaqquh kami pada hari berkenaan



4 Mei 2012-6 Mei 2012,
Taha d'Bayu, Sembulan....


Sepanjang mengikuti kursus ini, hati saya terusik..
'Mudah-mudahan kaki ini akan menjejak bumi Haramain itu lagi kelak..'
Insyallah..Allahumma Aamin~