Monday, May 7, 2012

Tafaqquh Haji dan Umrah 2012

Hujung minggu yang lalu, saya berkesempatan untuk menghadiri Kelas Intensif Tafaqquh Haji dan Umrah bagi tahun 2012, yang dianjurkan oleh Tabung Haji. Selama 3 hari 2 malam, kami bermalam di TaHa, d'Bayu Sembulan bagi mengisi program-program dan bengkel yang telah dirancang.

Kelas Tafaqquh ini sebenarnya disasarkan buat mereka-mereka yang berpotensi untuk menjadi pengiring jemaah haji atau umrah bagi jemaah Malaysia. Oleh kerana itu, pihak Tabung Haji mengambil inisiatif untuk mempersiapkan para pengiring dengan ilmu dan kefahaman yang mantap mengenai ibadah haji dan umrah. Acara yang dilaksanakan saban tahun ini (kalau tidak silap saya), dihadiri oleh para bekas jemaah haji yang terdahulu, yang mana mempunyai pengalaman yang tersendiri di dalam mengerjakan ibadah haji mahupun umrah.

Pada kali ini lebih kurang 40 orang peserta telah menghadirkan diri dari beberapa daerah sekitar negeri Sabah seperti Kota Kinabalu, Kota Belud, Tawau, Beaufort dan sebagainya.

Pada hari pertama itu, saya agak terkejut dan cuak!
Apa tidaknya, tanpa adanya apa-apa persiapan dan ulangkaji, kami diberikan ujian bertulis yang keseluruhannya berkisar tentang ibadah haji dan umrah. Mungkin bagi peserta lain, ianya sudah menjadi satu kebiasaan, namun bagi saya yang pertama kali dan baru hendak 'mencuba-cuba' ini timbul rasa risau dan gelisah. Satu persatu soalan saya amati.

'Rukun-rukun haji dan syarat khususnya..'
'Perkara yang dilarang dan dibenarkan..'
'Keputusan terkini daripada hasil Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan'
'Dam..Fidyah...' dan sebagainya..

Sambil cuba-cuba menjawab sebaik mungkin, senyum saya tidak lekang dari bibir..
'Haa, padan muka! Sudah tau mau datang kursus haji dan umrah, ulangkaji lansung tiada! Terer sangat kan..', saya mencebik sendirian. ^_^
       
      Kitab Bahrul Maazi yang banyak menyentuh tajuk-tajuk usul dan permasalahan-permasalahan furu' di dalam bab ibadah haji dan umrah


Sejurus selepas itu sesi-sesi yang seterusnya kami isi dengan pembacaan dan perbincangan yang berkaitan dengan ibadah haji dan umrah dengan merujuk kepada sebuah kitab tua yang bertajuk Bahrul Maazi. Membaca kitab lama dengan bahasa yang agak klasik ini, membuatkan kami 'pening-pening lalat' dan adakalanya tersenyum tatkala mendengar penggunaan ayatnya yang ternyata jauh berbeza dengan apa yang kita tuturi hari ini.

Alhamdulillah sejujurnya, saya sangat berbesar hati dan gembira kerana diizinkan Allah swt untuk duduk bersama semua ustaz ustazah yang begitu luas pengalaman mereka dalam mengerjakan dan mengurus para jemaah haji dan umrah di negara kita. Kalau diberi peluang selagi lagi untuk menghadiri majlis tafaqquh ini, sudah tentu saya akan menerimanya dengan hati gembira.


Pertemuan yang bermakna apabila saya dipertemukan semula dengan dua orang ustazah yang pernah mendidik saya suatu ketika dahulu di dalam satu kumpulan yang sama..Iaitu Ustazah Hajjah Kunah dan Ustazah Hajjah Qurratul Ain Hj.Muchlis


Antara penceramah dan pembimbing kursus Tafaqquh kami pada hari berkenaan



4 Mei 2012-6 Mei 2012,
Taha d'Bayu, Sembulan....


Sepanjang mengikuti kursus ini, hati saya terusik..
'Mudah-mudahan kaki ini akan menjejak bumi Haramain itu lagi kelak..'
Insyallah..Allahumma Aamin~

No comments:

Post a Comment