Sunday, April 29, 2012

Smile!




Is a smile a question? Or is it a answer?
If you smile when no one else is around, you really mean it..
* 30 April 2012 *

Thursday, April 19, 2012

Majlis Ko-Kurikulum SMAN JHEAINS 2012

Alhamdulillah, pada 19 April 2012 yang lalu Sekolah Menengah Agama Negeri Toh Puan Hajjah Rahmah telah pun selesai mengadakan majlis Hari Ko-Kurikulum sekolah-sekolah menengah agama JHEAINS, peringkat negeri Sabah selaku tuan rumah. Seperti saban tahun, sekolah yang menjadi tuan rumah mula menerima kedatangan kontingen dan rombongan dari sekolah lain sehari sebelum majlis bermula.

Majlis Ko-Kurikulum pada tahun ini disertai oleh 5 buah sekolah agama iaitu, SMAN Toh Puan Hajjah Rahmah, SMAN Pantai Manis Papar, SMA Beaufort, SMA Kunak dan SMA Tambunan. Pelbagai pertandingan diadakan bersempena dengan majlis ini, yang mana tentunya bertujuan untuk mengasah bakat para pelajar dan meningkatkan keupayaan pelajar agar lebih menonjol bukan sahaja dari segi pembelajaran di dalam kelas tetapi juga dapat mengusai kemahiran-kemahiran yang akan membantu untuk meningkatkan nilai tambah yang perlu ada pada diri seorang pelajar sekolah agama.

Ini semua terbukti, bilamana melihat aksi dan persembahan daripada para peserta yang tentu sekali menatijahkan suatu pertandingan yang sengit dan berkualiti.

Antara acara-acara yang dipertandingkan pada tahun ini


Majlis perasmian Majlis Ko Kurikulum dimulakan dengan ucapan  pembuka oleh Tuan Pengetua, SMAN Toh Puan Hajjah Rahmah, Ust Ag.Omar bin Pg.Gana


Majlis hari ini dirasmikan oleh YB. Datuk Hj. GulamHaidar bin Khan Bahador, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang turut bermurah hati untuk memberikan sumbangan RM10 ribu ringgit untuk SMAN Toh Puan Hajjah Rahmah


Kami cukup berbesar hati dengan kehadiran mereka di Majlis Hari Ko Kurikulum pada tahun ini..


Gambar kenang-kenangan YB Datuk bersama pelajar-pelajar putera SMA Toh Puan Hajjah Rahmah


Sekitar suasana di bilik pertandingan Khat


Peserta sedang mempersembahkan syarahan Bahasa Arab peringkat menengah rendah


Wakil peserta dari sekolah SMA Toh Puan Hajjah Rahmah bagi pertandingan syarahan Bahasa Arab peringkat menengah atas


Suasana di bilik pertandingan kuiz


Peserta sedang memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al Quran di bilik pertandingan Tilawah 


Bilik pertandingan khutbah 


Majlis hari Ko-Kurikulum ini berakhir lebih kurang pada jam 2.00 petang. Sekali lagi, SMAN Toh Puan Hajjah Rahmah telah muncul sebagai johan keseluruhan apabila berjaya memenangi hampir kesemua acara yang telah dipertandingkan.

Kalah menang adat pertandingan. Yang pastinya, melalui program sebegini, tentu sekali akan merapatkan lagi ukhuwah di kalangan pelajar dari semua sekolah dan seterusnya melahirkan para pelajar sekolah agama yang bukan sahaja berpotensi besar dalam bidang akademik tetapi juga syakhsiah dan kebolehan diri.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta dan semua warga sekolah yang terlibat!

Saturday, April 14, 2012

Majlis Ihtifal 2012

Sekitar warna-warni Majlis Ihtifal 2012 SMAN Toh Puan Hajjah Rahmah, Kinarut.
4 April 2012 (Rabu)
Dewan Saa'dah, Wisma Muis, Sembulan....


Sangat gembira dapat bersama-sama meraikan Majlis Ihtifal pada tahun ini sebagai salah seorang warga pendidik SMAN Toh Puan Hajjah Rahmah


 Para pelajar puteri dan majlis ini tentu sekali dimeriahkan lagi dengan warna-warna ceria bunga manggar..


 Para pelajar putera tingkatan 1 dan 2 yang akan membuat persembahan dikir barat seketika nanti..


Alahai...comelnya anak-anak murid ku ini..^_^
' Bhaa..ready-ready mau naik pentas sudah kita ni..'


Finally..! Persembahan yang sangat menghiburkan dan bermanfaat saya kira bilamana anak-anak kecil ini menyelitkan pesanan dan ucapan terima kasih mereka kepada semua guru-guru yang telah banyak mendidik mereka... 


 Persembahan nasyid oleh pelajar putera yang tidak kurang hebatnya.. Mabruk!


 Persembahan kulintangan yang saban tahun berjaya mencuri tumpuan para hadirin.. And i'm impressived!


 Di antara pelajar-pelajar yang menerima sijil dan hadiah di hari tersebut


Penerima-penerima sijil SMU dan STAM sesi 2011


'KEJAYAAN bukan sekadar apa yang tercatit di atas kertas mahupun sijil, tetapi sebagai seorang muslim/ah.. kejayaan itu berdiri di atas sebuah kecemerlangan akademik, syakhsiah dan peribadi yang unggul..' Semoga kelak, mereka menjadi harapan dan contoh terbaik dikalangan masyarakat dengan membawa nama sekolah dan agama tercinta...

Tahniah buat semua pelajar!

Friday, April 13, 2012

SMA Toh Puan Hajjah Rahmah, Kinarut



 Bangunan utama @ pentadbiran sekolah yang menempatkan bilik pengetua,penolong-penolong kanan, bilik guru lelaki dan perempuan, pejabat am, bilik lajnah imtihan dan bilik tingkatan 6 /pra-U



Ini sekolah kami.
SMA Toh Puan Hajjah Rahmah yang dulunya terletak di Sembulan, Kota Kinabalu kini telah berpindah tempat dan berubah pula wajahnya. Namun, ia tetap sekolah yang sama.
Hari ini sekolah menengah agama ini terletak di Kinarut, Papar. Agak jauh berbanding lokasi sebelumnya, tetapi Alhamdulillah semua itu tidak menghalang ibu bapa mahupun pelajar untuk menjadi sebahagian daripada warga sekolah yang agak terkenal ini.

Perancangan ku untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Master terpaksa ditunda buat masa ini. Insyallah, di dalam masa yang akan datang dan dimurahkan rezeki, akan diukir semula cita-cita itu.
Gambate ne!

Untuk memulakan perjalanan hidup ku yang serba baru di alam pekerjaan ini, kembali berbakti di sana sudah tentu menjadi impian ku. Dan tentu sekali, sejak aku masih bergelar seorang mahasiswi lagi aku sudah mula bercita-cita dan merancang untuk menjejakkan kaki ke sekolah itu.

Alhamdulillah, hari ini sudah masuk minggu ke tiga keberadaan ku di sekolah ini. Melihat para pelajar di sana, mereka yang bertudung labuh, mereka yang beruniform ungu (pustakawati) dan biru (pengawas sekolah) membuat ku tersenyum sendiri.  Ya,aku pernah menjadi seperti mereka. Seorang anak muda yang datang berteleku untuk mencari ilmu duniawi dan ukhrawi sebagai bekalan untuk mendewasakan dan mentarbiyah diri. Namun hari ini, aku bukan lagi berada di kalangan mereka. Hari ini aku bergelar seorang pendidik.

'Ustazah..', panggilan anak-anak murid ku itu pada mulanya sangat kekok untuk ku membahasakan diri. Tetapi, lama-kelamaan aku mula dapat membiasakannya. ^_^

Sekolah SMA Toh Puan Hajjah Rahmah yang baru ini mempunyai 2 bangunan utama, asrama pelajar putera, asrama pelajar puteri, makmal sains, perpustakaan, surau dan kawasan tempat letak kereta.
Diharap perkongsian ini, dapat mengubati rindu sahabat-sahabat pada 'sekolah' lama kita, walaupun berbeza pada rupa dan keadaanya.


Kawasan masuk ke tengah sekolah yang merupakan dataran tempat pelajar mengadakan perhimpunan mingguan


Koridor menuju ke bangunan yang menempatkan kelas pelajar-pelajar 


 Bilik yang cantik dan mendamaikan ni ialah bilik lajnah imtihan (unit peperiksaan)


Kawasan tempat letak kereta guru-guru dan pelawat 


Bilik-bilik utama yang ditempatkan di dalam bangunan pentadbiran sekolah


Blok bagi kelas tingkatan 1,2 dan 4


Jom masuk .. lawat-lawat sekolah kita..!


Surau pelajar putera dan puteri yang tiada di sekolah lama kita dulu..
Cantik, kemas dan agak luas juga~



Blok yang menempatkan kelas-kelas tingkatan 3 dan 5


Dan bagi ku..aku gembira berada di sini pada hari ini.
Mencuba yang terbaik untuk membalas kembali bakti yang telah ku kutip dahulu dan semoga ada jasa yang bisa ditabur untuk sekolah ini dan khususnya pelajar-pelajarnya.

Aduhai..
Tempat jatuh lagi kan dikenang..
Ini kan pula sekolah tersayang..!


Wednesday, April 4, 2012

Dakwah Tanpa Henti

Sekembalinya aku ke tanah air lebih kurang sebulan yang lalu, jujur aku berasa sunyi. Teman-teman yang selalu menemani, yang selalu berkongsi semangat dan cita-cita kini tiada di sisi. Mereka nun jauh di sana mengharungi pengembaraan ilmu yang masih diteruskan, sedang aku sudah mula menjejakkan kaki ke sebuah lagi dunia baru.

Hari itu, kami ditemukan olehNya. Girang hatiku tatkala mengenali dan mula menjalin hubungan erat bersama mereka. Kesunyian itu hilang. Mereka bukan sahaja teman biasa, tetapi mereka teman yang istimewa, teman sefikrah. Kami berkongsi cita-cita dan azam yang sama. Sungguh, kami tidak akan mampu untuk mengubati penyakit umat yang semakin membarah hari ini, namun kami yakin, ada 'tugas' yang perlu kami galas!

Kami bernaung dan bergerak di bawah sebuah persatuan. Cinta dan kenanganku bersama persatuan yang dulu (BKPSM) tidak mungkin akan lenyap. Tetapi hari ini Allah swt memberi ku penggantinya yang sama istimewanya, sama matlamatnya.

Bertemu kita kerana Allah..
Indahnya ukhuwah itu~

Persatuan Siswazah Sabah (PSS), cawangan Putatan.

Kami mungkin kecil pada bilangannya, namun kami komited untuk memberi dan meneruskan tugas ini. Dakwah takkan pernah berhenti! Di mana bumi dipijak, di situlah Islam dipacak!

Kebejatan gejala sosial yang semakin menggila di bumi Sabah ini, menyesakkan dada ku! Aku seolah mengalami kejutan kerusi eletrik setiap kali kaki ini turun mengejar urusan di tengah bandar. Kami sedar, adakalanya sekolah terlalu menitikberatkan soal pencapaian di kelas dan akademik terhadap para pelajar, sehingga adakalanya soal akhlak dan tarbiyyah terpinggir sepi.

Usrah adalah salah satu jalannya!
Di dalam kelompok kecil ini, kita tidak akan berhenti berdakwah. Kita saling menyampaikan, kita saling mengajak kepada kebaikan dan kita akan saling sama-sama mengingatkan agar iman dan akhlak sebagai seorang muslim/muslimat itu sentiasa terjaga. Itulah yang kami sedang cuba dan berusaha untuk melakukannya.

SMK Sanzac, Sembulan

Di sini, dengan kesibukan tugas harian masing-masing kami akan bertandang setiap malam jumaat bertemu mereka. Adik-adik Sekolah Menengah Sanzac, Sembulan ini mempunyai potensi dan memberi respon yang sangat baik terhadap program yang kami anjurkan.

Aku memandang lembut wajah kelapan-lapan anak buah ku dalam kumpulan usrah kali ini. Harapan ku cuma satu. Aku ingin mereka menjadi seorang muslimah yang lebih baik daripada ku kelak. Aku hanya mampu berkongsi, memberi dan mengajak tetapi hidayah itu tentu sekali milik Allah.

Dengan profesyen yang ku sandang hari ini, aku memohon... Semoga Allah swt sentiasa memberikan kekuatan hati dan azam serta kesihatan yang baik untuk kami istiqamah melakukan semua ini. Kerna yang pasti, apa juga yang menyibukkan kami... dakwah ini tidak akan berhenti..~