Sunday, November 28, 2010

Seminggu Berkampung di Iskandariah

Alhamdulillah..selamat kembali ke Kaherah semalam.
Selama seminggu diri ini berkampung di Iskandariah atas urusan persatuan.


Singgah sebentar ke rumah terbuka Aidil Adha sahabat-sahabat Rabaah sebelum bertolak ke Iskandariah

Buat pertama kalinya..menjejakkan kaki ke Kuliah Banat Al Azhar,Iskandariah


Program Kelas Tutorial anjuran BAHEP (22.11.2010-25.11.2010)
Ust Arif Hairal merupakan salah seorang tenaga pengajar yang ditaklifkan

Mahasiswi Al Azhar,tahun 2 kuliah Syariah Islamiah,Iskandariah


Lawatan Mahabbah AJKT BKPSM (26.11.2010)
Sesi pagi - Majlis ramah mesra bersama Pengerusi Persatuan Perubatan Iskandariah

Wakil daripada DPMI juga tidak ketinggalan.
Mengharapkan agar perjumpaan yang seketika,mampu menjalinkan ukhuwah dan kerjasama di antara kedua-dua pihak


Sesi Petang - Sesi AJKT sesi 2010/2011 bersama ahli-ahli DMSI
dan pelancaran Usrah BKPSM



Barisan Kepimpinan BKPSM bersama ahli-ahli DMSI

Sesi praktikal Usrah BKPSM bagi mahasiswa
Jutaan terima kasih buat semua ahli DMSI yang telah menyambut dan memberikan kerjasama yang amat baik untuk menjalankan kesemua program yang telah berlansung. Semoga program yang telah dan akan dijalankan dapat memberi seribu satu manfaat buat semua ahli BKPSM.
Melalui segala susah payah,penah lelah dan kesulitan seminggu ini membawa diri sendiri bermuhasabah.
'Sejauh mana kita memberi untuk kepentingan umum berbanding kita menerima?'

Ketahuilah...di saat kita berniat untuk melakukan suatu kebaikan atau amal..di situlah juga rasa was-was dan bisikan jahat syaitan akan cuba menjadi penghalang! Moga semua diberi kekuatan!

2 comments:

  1. semoga menjadi bekalan yg berguna apabila kembali ke tanahair.. kami mendoakan & selalu2lah update cerita dari sana.. kami pun minat juga baca ni blog.

    ReplyDelete
  2. Syukran ust..heheh..doakan Ina ma kawan2,ya! =)

    ReplyDelete