Saturday, April 3, 2010

Aku Seorang Pengampu!

‘Mama..Papa..ada apa-apa adik boleh tolong tak?’kata si anak kecil.
‘Eh..adik sihat ke?Takde angin takde ribut tiba-tiba nak tolong?..Adik nak apa sebenarnya ni?’
‘Hehehe..papa..
’sahutnya manja.’Boleh tak belikan adik Play Station?’
Ayah ibu tersenyum~..

Begitulah kita.
Bila ada sahaja yang dihajati di dalam hati,mulalah mengampu pada mereka-mereka yang ‘berkaitan’ dengan harapan apa yang diingini tadi dapat dipenuhi.Apa sahaja mungkin sanggup dilakukan.Yang penting,dapat!Kita semua pernah mengampu.
Anak kepada ayah dan ibunya.
Pelajar kepada gurunya.
Adik kepada kakak atau abangnya.
Mungkin juga seorang kekasih kepada kekasih hatinya.
…..Ermm,ya.Mungkin…..

:: Awal April 2010

Fatrah Imtihan semester kedua akan datang ‘menjemput’ tidak lama lagi.
Pentaklifan untuk mengajar adik-adik di Iskandariah tahun 1 belum sempat disiapkan.Di’taqdim’ pula oleh adik-adik yang berada di Kaherah.Sementara..kitab-kitab tahun 3 itu masih ‘bersih’.
Kerisauan menjenguk.
Hati bimbang.
Mahu ditolak.. tidak sampai rasanya hati ini.
'Sudah masuk bulan 4..tinggal berapa lama sahaja lagi untuk kita study,kan?'
'Kau sendiri perlukan masa untuk menelaah madah tahun 3..'
Kata-kata seorang teman yang meggerunkan aku.

Aku menangis.
Seperti yang selalunya terjadi.
Terasa diri ini lemah sekali!!
Terkadang diri ini cemburukan teman-teman yang kuat semangatnya.Mengalirkan air mata jarang sekali.Aku berbisik sendiri..’Tabahnya mereka..’.
Tangan ini ku genggam sekuatnya.Menahan diri daripada menangis lagi.
Berusaha cuba menjadi seperti mereka.
Ku genggam..Kuat!..Dan kuat lagi..!!
Namun,pipi dibasahi juga.Lemah~Aku tidak seperti mereka.
Lantas fikiran jauh menerawang..
Pada siapa harus aku mengampu??
Pada siapa harus aku meminta pertolongan??

'Ayat-ayat cinta bercerita..'

{Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan hambaku yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran)} Al Baqarah : 186

(Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan (mengerjakan) solat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar}Al Baqarah :153

Ku sambut ayat-ayat cinta tadi dari TuhanKu..
Sabar…dan kerjakan solat!
Ku temui jawapannya.


Aku akan mengampu!
Bangun malam..Minta,minta dan terus meminta!Dikala insan lain lena,aku menagih belas kasihan Tuhanku..
Aku mohon moga Dia memberi kekuatan.Kekuatan yang tidak mungkin aku dapat dari sesiapa pun.Hatta daripada ayah dan ibu yang jelas memberi sokongan yang tidak putus.
Aku akan mengampu!
Dengan berusaha menjauhi laranganNYA dan taati suruhanNya seikhlasnya.
Aku akan mengampu!
Dengan berbuat baik kepada semua tanpa mengharapkan balasan insan tetapi sedar,ganjarannya seribu kali lebih baik.
Aku akan mengampu!
Dengan membantu AgamaNya..serta yakin bahawa barang sesiapa yang membantu Agama Allah kelak Allah akan memberikan nusroh kepadanya.
Aku akan mengampu dan terus mengampu..
Walaupun aku tersangat malu padaNYA..
Kerna ku tahu,hanya Dia tempatku mengadu..
Hanya Dia yang Maha Mendengar segala pengaduanku..~

2 comments:

  1. Allah sentiasa membantu hambanya selama hambanya itu membantu saudaranya yang lain..

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah..Terima kasih ust.
    Ina akan cuba sebaik mungkin.
    Terima kasih banyak, untuk untuk kata-kata itu..=)

    ReplyDelete