Tuesday, March 30, 2010

Warna-warna kehidupan

Subhanallah..
Tidak disangka-sangka.Sekali lagi..
Cukuplah aku kira..
Ia bukan untuk dimainkan.
Bukan untuk dicuba-cuba.
Cukup!Serahkan pada yang 'pakar'! ^_^


Alhamdulillah..
Tidak sangka dapat 'bertemu' secara lansung!
'FOR THE REST OF MY LIFE i'm very sure that Allah is ALWAYS BE THERE for me..Oh Allah..please NEVER FORGET to HOLD MY HAND till the end of time..THANK YOU ALLAH for everything..~ ^_^


InsyAllah..
Setiap yang tertulis ada hikmahnya buat kita.
2007...2010
14-1-1=12
Salam perjuangan buat sahabatku,Sheillah Mei K Diaz!
Bumi Allah ini terlalu luas untuk kita menimba ilmuNYA walau di mana kita berpijak.Buat teman-teman lain,moga-moga hati dan kaki ini masih teguh untuk meneruskan perjalanan yang masih jauh.
Doa ini buat kita semua..~

::Hairan,pelik,terkejut,keliru,binggung..Teruja,gembira,tersenyum..Sedih,pilu,terluka.Semuanya mewarnai lagi kanvas hidup ini!

Thursday, March 25, 2010

Mengukir Kenangan

Kegusaran....Kebimbangan..
Kerinduan....Keluhan..
Kerisauan.... Kesedihan..
Terhapus semua tatkala menatap alam semulajadi yang tidak pernah menipu..
Tenang..
SUBHANALLAH~

Mengukir sebuah lagi kenangan bersama teman-teman..


Kelas di Iskandariah akan bersambung di Kaherah,Insyallah..

Robbuna Yusahhilnaa..^_^

Saturday, March 20, 2010

Di hujung Mac

Satu kegembiraan bilamana kami (BKPSM) menerima kunjungan YB DATO Ariffin Arif,ADUN daerah Membakut berserta rombongan.Kegembiraan bertambah dengan kehadiran Ustazah Nurhayati Muluk,yang banyak memberi tunjuk ajar ketika di SMUI.Toh Puan Hjh.Rahmah.

********
Meninggalkan kota Kaherah buat beberapa waktu.Menuju bumi Iskandariah.Cuba membantu apa yang termampu.
'Sekiranya kamu membantu agama Allah,nescaya Allah akan membantu kamu'
20hb MAC ~ 24hb MAC 2010.
Petang Sabtu,
Keretapi Faransawi..

Tuesday, March 16, 2010

Utusan Amirul Mukminin

Utusan Khalifah Umar Al Khattab kepada panglima tenteranya,
Saad Ibn Abi Waqqas ketika mana tentera Islam hendak memerangi tentera Parsi..





"Aku perintahkan engkau dan orang-orang yang bersamamu agar lebih berhati-hati dengan perbuatan maksiat kalian dari pihak musuh,kerana dosa-dosa prajurit lebih menggerunkan aku berbanding pihak musuh.


Sesungguhnya,orang Islam mencapai kemenangan kerana dosa musuh-musuh mereka.Kalaulah tidak kerana itu,kita tiada kekuatan untuk mengalahkan mereka.Kerana bilangan kita tidak seramai mereka,dan persediaan kita tidak sehebat persediaan mereka.Maka seandainya dosa kita sama seperti dosa mereka,maka tentu merekalah yang lebih kuat berbanding kita.."

Friday, March 12, 2010

Rentetan daripada pentaklifan baru..'Amar Maaruf,Nahi Mungkar!'

Mengajak kepada yang ma’ruf dan menjauhi perkara-perkara yang mungkar.
Salah satu tanggungjawab semua,kearah menegakkan syariat dan agamaNya.
Apatah lagi di bahu mereka-mereka yang bergelar ‘Pelajar Pengajian Islam’.
Mengaji agama.
Faham agama.


Tetapi diamal?Belum tentu..
Mungkin ya,mungkin tidak..Ikut mood..
Memberi contoh teladan yang baik sahaja..entah kenapa berat sungguh!!
Solat berjemaah,menjaga amanah,saling menghormati..
Seringan itu,entah kenapa terasa sungguh berat!!Susah!!Malas!!Leceh!!
Sedangkan kalam dan perintahNya dibaca,sungguh!


{Taatlah kepada Allah,dan taatlah kepada Rasul dan pemimpin diantara kamu} An Nisa-59

Walhal,masyarakat sekeliling itu terus memerhati.
Mencari-cari seseorang yang ingin dijadikan contoh terdekat.
Mencari-cari seseorang yang boleh dijadikan idol.

{Hai orang-orang yang beriman!
Mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat?
Amat besar kebencian di sisi Allah apabila kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan}
As Saff:2-3

Usahlah menjadi FITNAH kepada institusi pengajian agama mu!
Usahlah menjadi FITNAH kepada masyarakat!
Usahlah menjadi FITNAH kepada para daie!
Usahlah menjadi FITNAH bagi agama tempat kau bersandar!

Menaqalkan sebuah pepatah Arab..

“ Barangsiapa memberi peringatan/nasihat dengan kalamnya maka,kelak kalamnya itu akan hilang.
Namun barangsiapa yang memberi peringatan dengan perbuatannya maka,anak panah itu akan tepat mengenai sasarannya”.

Astaghfirullahi lie walakum..
Wa nau’uzubillahi min zaalik~

Satu Lagi Pentaklifan

Semalam Majlis Nuqaba’ anjuran BDAT(Biro Dakwah dan Tarbiyyah) telah selesai diadakan.
Maka,pentaklifan selaku Naqibah untuk Usrah sesi ini akan bermula.
Lagi,satu amanah besar!


Usrah adalah satu program pengisian rohani yang bersifat membina,menjaga dan mentarbiyyah berdasarkan Al Quran dan Sunnah.Berperanan untuk membina sebuah ‘keluarga’ yang bersifat :
-Saling menyayangi
-Saling membantu
-Saling menjaga
-Saling mendidik
-Saling mentarbiyyah

{Wahai orang-orang beriman,peliharalah dirimu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarnya itu manusia dan batu (berhala)…}

Rukun/Prinsip Usrah :
-Ta’aruf (Saling mengenali)
-Tafahum( Saling memahami)
-Takaful(Saling membantu)

Matlamat Usrah
-Membina fikrah Islamiah
-Membentuk jati diri seorang mukmin sejati
-Membentuk mukmin yang sensitif dan inisiatif terhadap tanggungjawab membantu dan bekerja untuk Islam.

*****************

Thursday, March 11, 2010

Sebuah Pemergian

AL-FATIHAH..
"Kematian seribu abid lebih remeh berbanding kematian
seorang yang faham halal haram(Ulama')..Umar Al Khattab
**************

Bahang kepanasan di bumi Mesir
mula 'menggigit'..
Meminjam kalam seorang teman, suatu masa dulu..
Adindanya pula pernah menasihati..
Muqowamah,multazim,istimror amalan..
Insyallah kullu kheir..

Sunday, March 7, 2010

Golongan yang 3

SURAH AL BAQARAH,AYAT 1-15.
Allah menjelaskan ciri-ciri 3 golongan.
Tiga golongan yang ada di sekeliling kita.
Tiga golongan yang hidup bersama-sama kita.



GOLONGAN PERTAMA (AYAT 1-5)- GOLONGAN MUKMIN
1)Mereka itulah orang-orang yang bertaqwa iaitu mereka beriman kepada perkara-perkara ghaib. Adanya syurga,neraka,dosa,pahala,titian Sirat,Al Mizan,Lauh Mahfuz dan sebagainya.
2)Mereka taat dalam mendirikan solat dengan khusyuk dan menjiwainya.
3)Rezeki yang mereka perolehi diinfaqqkan pada jalan Allah.
4)Mereka beriman kepada kitab-kitab Samawi yang diturunkan oleh Allah iaitu Al Quran,dan 3 kitab terdahulu,Taurat,Zabur dan Injil.
5)Mereka yang yakin dengan wujudnya kehidupan hari Akhirat.
Allah menjanjikan bahawa mereka akan mendapat petunjuk dan merekalah orang-orang yang beruntung di dunia dan akhirat.


GOLONGAN KEDUA (AYAT 6-7)-GOLONGAN KAFIR
1)Mereka ialah orang kafir yang telah datang kebenaran kepada mereka dengan nyata,namun mereka tetap ingkar dan tidak beriman kepada Allah swt.
2)Mereka yang telah dikunci mata hati,pendengaran dan pengelihatan mereka.
Jelas bagi mereka azab Allah yang berat.


GOLONGAN KETIGA(AYAT 8-15)-GOLONGAN MUNAFIQ
1)Mereka mengatakan bahawa mereka beriman kepada Allah dan Hari Akhirat,tapi sebenarnya mereka hanya berpura-pura.
2)Mereka menyangka bahawa mereka berjaya menipu Allah dan orang-orang yang beriman,sedangkan mereka tidak lain hanyalah menipu diri mereka sendiri.
3)Mereka sewenang-wenangnya membuat dosa dan kerosakan di hadapan Allah,disebabkan di dalam hati mereka itu ada penyakit hati.
Bagi mereka azab yang pedih disebabkan mereka berdusta.

**Beruntungnya manusia yang diberi nikmat akal yang sihat untuk membezakan yang Haqq dan Batil.
Moga-moga jalan yang dipilih itu, jalan yang sentiasa diredhai dan diberkati Allah swt.