Saturday, July 4, 2009

Cuti Musim Panas d'Cairo


TARIKH hari ini pada tahun lalu,Ina sudah pun berada di Sabah untuk menghabiskan cuti musim panas sekaligus berpuasa dan menyambut Hari Raya bersama keluarga.Berbeza pada tahun ini,Ina membuat keputusan untuk menghabiskan cuti pada kali ini di Bumi Mesir untuk mengikuti kelas-kelas Tafaquh,Talaqi dan program-program yang akan dianjurkan oleh Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir.Pada masa yang sama InsyaAllah Ina buat pertama kalinya akan mengambil natijah Imtihan pada tahun ini dengan sendirinya,memandangkan pada tahun lalu teman-teman yang mewakilkan kerana Ina berada di Sabah pada ketika itu.Di samping itu dapatlah Ina merasa untuk berpuasa Ramadhan dan beraya bersama teman-teman di benua ini.
Cuaca yang mencecah 40'c di bumi Anbiya ini betul-betul menguji.Oleh sebab bahang kepanasan tu sahaja lebih ramai yang memilih untuk duduk di rumah seharian.Tetapi tidak kurang juga yang 'gagah' mengharungi kepanasan yang 'menggigit' untuk keluar mengikuti kelas-kelas Talqqi dan kelas-kelas Tafaqquh.Semoga semangat mereka itu bisa memberi kesan pada kita juga.Lumrah bagi pencari ilmu..'Bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian' dan 'Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.'


Pada saat menghantar teman-teman yang balik ke Malaysia di Mator ,tiba-tiba hati didatangi perasaan rindu yang tiba-tiba.Teringat pada keluarga,guru-guru dan kampung halaman dan negara yang tercinta.Titisan jernih bergenang di hujung mata.Hermmm..tidak mengapa, hati memujuk.Doa Ina buat semua teman-teman samada yang berada di sini atau di Tanah Air,semoga cuti pada tahun ini kita akan manfaatkan sebaiknya.Bagi yang bercuti di sini,ambillah peluang ada untuk kita sama-sama mencari ilmu.Bak kata seorang kakak ,'Jangan dilayan sangat malas tu!!'.Apapun tepuk dada,tanya......sakit ka ndak??Hehehe...^_^

No comments:

Post a Comment