Tuesday, July 7, 2009

Bulan Rejab yang Istimewa

APABILA kita meneliti kepelbagaian sumber yang ada di tangan ulama, didapati Bulan Rejab ada keistimewaannya tersendiri. Tidak hairanlah inti sari (matan) hadis “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku..” disokong oleh Ulama’ Muktabar.



Justeru,pada bulan ini umat Islam berlumba-lumba mengerjakan amal ibadah dan memperbanyakkannya seperti solat-solat sunat,berpuasa sunat,Qiamulail,zikir,Tahmid bersedekah dan sebagainya.Semoga amal ibadah yang yang diiringi dengan niat yang ikhlas kelak mendapat ganjaran di sisi Allah Swt.


Selain daripada ganjaran yang dijanjikan Allah bagi mereka yang mengerjakan ibadah di bulan ini,peristiwa Israk dan Mikraj turut menambahkan keistimewaan bagi bulan ke 7 dalam kalender Hijrah ini.Israk dan Mikraj merupakan satu peristiwa paling agung yang berlaku di bulan Rejab, setahun sebelum penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah.

Tidak perlu diragui lagi,umat Islam wajib mempercayai dengan penuh keyakinan akan peristiwa ini.Peristiwa bersejarah itu diabadikan dalam al-Quran,padanya mengandungi hikmah yang amat besar, menunjukkan kekuasaan Allah swt mencipta alam ini dan membenarkan lagi kerasulan Muhammad s.a.w.

Ia peristiwa sangat luar biasa, mencabar pemikiran manusia seisi alam kerana ia berlaku di luar pencapaian pancaindera biasa manusia, namun bagi golongan beriman tetap yakin dengannya kerana sesungguhnya ia bukti kekuasaan Allah swt.Dalam Islam, Ulama’ mencapai kata sepakat sesiapa yang meragui atau tidak mempercayai peristiwa Israk dan Mikraj hukumnya kafir.

“Maha suci Allah yang membawa hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram (di Makkah )hingga ke Masjid Aqsa (di Palestin )yang diberkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Allah jugalah yang amat mengetahuinya.” (Surah al-Isra':1)

Tetapi bagaimana pula bagi mereka yang meragui dan tidak mempercayai akan peristiwa agung dalam sejarah Islam ini?Ketahuilah sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa akan tiap-tiap sesuatu,meliputi setiap perkara di langit dan di bumi.Ia berlaku bukan atas kehendak Baginda saw,bahkan kerana Iradah Allah swt semata.Di antara hikmah peristiwa ini,adalah untuk menguji dan membezakan di antara umat baginda yang benar-benar beriman kepada Allah dan RasulNya ataupun mereka akan berpaling darinya sejurus selepas mendengar apa yang di khabarkan oleh Baginda Nabi saw.Walaupun ia kedengaran pelik dan impossible di mata manusia, namun iman yang kukuh akan mengusir segala keraguan yang timbul.Sesungguhnya,’mustahil’ itu tidak selayaknya disandarkan pada Allah swt.Subhanallah~

Daripada riwayat, menceritakan pada malam tersebut,didatangkan haiwan iaitu Buraq untuk ditunggangi Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan 'Israk' dan sepanjang perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dengan ditemani Jibril.

Tiba di tempat tertentu Rasulullah diarah oleh Jibril supaya berhenti dan bersolat dua rakaat, seperti di Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah, Bukit Tursina (tempat Nabi Musa a.s. menerima wahyu) dan Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa a.s. dilahirkan).
Baginda juga menyaksikan tempat yang berbau harum iaitu bau kubur Masyitah (tukang sikat rambut anak Firaun) bersama suami dan anak-anaknya yang dibunuh Firaun, segolongan sedang memecahkan kepala, golongan yang menutup kemaluan mereka dengan secebis kain serta lelaki dan perempuan memakan daging mentah berbau busuk.


Ketika Mikraj (ke Hadhratul Qudus menemui Allah) Baginda didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah s.a.w. dan Jibril naik ke tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).


Baginda dinaikkan ke beberapa lapisan langit bertemu dengan kalangan Nabi dan Rasul, termasuk Nabi Isa, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya.Baginda juga bermunajat dengan Allah dan dalam munajat itu baginda menerima perintah melakukan solat 50 waktu sehari semalam, yang kemudiannya dipendekkkan kepada lima waktu saja.


Dikatakan,Batu di Masjidil Aqsa juga terangkat kerana hendak mengikut bersama Rasulullah s.a.w ke langit disebabkan sayang dan tidak hendak berpisah dengan Nabi. Itu adalah tanda kebenaran yang sangat jelas.Sesiapa saja boleh ke Baitul Maqdis melihat batu terbabit yang masih boleh dilihat dengan jelas hari ini.Wallau Subhanahu wataala a’lam~

Apapun, peristiwa ini mampu meningkatkan lagi iman mereka yang beriman sepenuhnya pada Allah dan Rasulnya...Semoga kita tergolong di dalam gologan tersebut.Amin~



p/s : Impossible is Nothing~

No comments:

Post a Comment