Hari kedua kami di Kota Bercahaya ini kalau mengikut
tentatif program, kami akan dibawa berziarah ke tempat-tempat bersejarah di
sekitar Madinah.
Masjid Quba' yang memutih..
Tempat pertama yang kami lawati adalah Masjid Quba. Masjid
pertama yang dibina oleh Rasulullah saw ketika berhijrah dari Mekah dan sebelum baginda sampai di Madinah.
Masjid ini adalah di antara masjid yang tersuci bagi umat Islam selepas
Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa. Allah swt juga telah merakamkan kisah masjid ini yang mana disebut sebagai masjid
yang dibangunkan atas dasar taqwa. (Rujuk surah 9:108)
Sejurus selepas itu kami dibawa pula melawat Jabal Uhud. Bagaimana mungkin kita boleh melupakan sirah besar yang berlaku di tempat bersejarah ini? ‘Barangsiapa yang tidak mempelajari sejarah, maka dia akan mengulanginya’. Sebuah pepatah yang terselit di buku teks tingkatan lima yang masih diingati sehingga hari ini. Jabal Uhud, kisah salah satu peperangan yang disertai oleh baginda saw dan para sahabatnya yang mengajar kita erti ketaatan dan wala’ kepada pimpinan. Walaupun sirah ini sudah lama berkubur bersama usianya, namun ianya masih tetap membawa mesej dan ibrahnya yang sangat penting untuk dihadam umat Islam hari ini.
- Jabal Uhud -
Ada ibrah penting yang tersirat disebalik sirah peperangan Uhud
Di kawasan bukit inilah tentera Islam terlalai dan terlupa akan pesanan Nabi saw agar tidak turun meninggalkan posisi mereka sebagai pasukan pemanah. Tatkala perintah tersebut diingkari, lantas mengakibatkan pasukan umat Islam menjadi huru-hara dan kucar-kacir..
Di dalam kawasan yang sama terletak juga maqam penghulu para
syuhada iaitu pakcik Nabi saw iaitulah Saidina Hamzah bersama puluhan syuhada
yang lain. Mengingati semangat perjuangan dan keberanian mereka dalam
menegakkan agama Allah swt, membuatkan kita insaf. Hari ini, sejauh manakah
usaha kita untuk meneruskan perjuangan mereka itu..?
Kawasan maqam Saidina Hamzah dan syuhada Uhud yang dipagari..
Hari terakhir kami di Kota Madinah banyak dihabiskan untuk
berulang-alik ke masjid Nabawi sahaja. Masa yang sedikit terluang pula kami
manfaatkan dengan berjalan-jalan di kawasan membeli-belahnya yang hanya
terletak berdekatan dengan hotel penginapan kami. Sedikit buah tangan ingin
dibawakan kepada sahabat dan sanak saudara yang menanti kepulangan kami di
tanah air.
Macam Mesir juga..Ada bermacam-macam jenis buah kurma dan tamar yang boleh didapati di sini.. Tapi yang dicari, tentulah Kurma Ajwa atau lebih dikenali sebagai Kurma Nabi..
Sebelum kami berangkat menuju ke Kota Mekah, kami berserta
semua Jemaah lain siap sedia memakai pakaian ihram untuk mengerjakan umrah
sejurus selepas sampai di sana nanti.
Sungguh..untuk mengerjakan ibadah umrah itu timbul perasaan
gusar, risau dan teruja dalam satu masa yang sama. Kami sama-sama berdoa,
semoga semuanya berjalan dengan baik tanpa ada halangan ataupun perkara yang
menyulitkan..
TBC..~ ^_^
No comments:
Post a Comment