Rancangan awalnya, kami ingin mengadakan rehlah ke tempat menarik tersebut pada cuti musim sejuk pada bulan Januari/Februari pada awal tahun ini. Walaupun segala perancangan telah disusun sebaiknya, perancangan Allah swt mengatasi segalanya. Peristiwa muzaharat 25 Januari 2011 membuatkan niat hati itu terbatal lagi. Sekali lagi..
Minggu lalu dengan izinNya , hajat di hati itu akhirnya kesampaian juga. Meninggalkan kesibukan kota Kaherah selama seminggu, dan menuju ke tiga muhafazah berlainan untuk 'berjalan' seketika bersama kakak dan adik-adik tersayang.
Mansurah - Dumyat - Iskandariah !
Mansurah~ Tidak sah kalau aiskrim itu tidak 'dilawat'!
Yang menariknya, banyak buku yang tidak terdapat di Kaherah, boleh dijumpai di sini
Sangat gembira..tetapi membawanya balik dari Mansurah > Alex > Cairo..
Okay..'ringan sangat'..(@_@)
Apa tidaknya, dia mengizinkan kami untuk masing-masing memilih anggur yang terbaik untuk dibawa pulang tanpa meminta segenih pun..
Sangat taajub melihat buah kurma (tamar) yang sedang masak ranum.
Menghiasi sepanjang perjalanan sebelum sampai ke destinasi
Ra’sul Bar (hujung daratan), merupakan salah satu tempat menarik di Mesir yang terletak di Dameyatte(Dumyat).
Dijelaskan bahawa kawasan ini merupakan pertemuan antara sungai Nil yang panjangnya 6695 km dengan laut. Di lokasi itu kita boleh melihat permandangan pertemuan antara air masin di laut dan air tawar dari sungai Nil. Hal ini seperti yang termaktub dalam Al-Qur’an melalui surah Ar Rahman ayat ke 19-20 yang bermaksud : [Dia membiarkan dua lautan mengalir, yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya terdapat batas yang tidak dilampaui masing-masing]
Kajian saintifik pula menjelaskan hal ini dengan mengatakan bahawa gejala adanya batas antara kedua-dua air laut dan air sungai ini, yang bertemu di satu tempat disebabkan masing-masing memiliki (mempertahankan) suhu, kadar garam mahupun kekentalan yang berbeza. Dengan makna yang ketara bahawa keadaan air laut yang satu dengan lainnya tidak saling mempengaruhi, walaupun keduanya bertemu disatu tempat, kerana adanya batas di antara pertemuan dari dua air tersebut. SUBHAANALLAH ~
Seterusnya, ada beberapa ulama' Tafsir yang mengatakan bahawa tempat tersebut juga diyakini sebagai lokasi kisah bertemunya Nabi Musa dan hamba Allah yang soleh, iaitu (Nabi) Khidhir.
Kisah ini berkaitan dengan Nabi Musa AS yang ketika itu memiliki kedudukan dan darjat agung di kalangan Bani Israil. Sebagai Nabi beliau banyak mengajarkan sejumlah ilmu kepada masyarakat, dan mereka pun merasa kagum dengan kesempurnaan ilmunya.
Rasulullah SAW pernah bersabda: “Suatu saat Musa as tampil berkhutbah di depan Bani Israil, lalu ditanya tentang siapakah orang yang paling dalam ilmunya? Musa pun menjawab “saya”, maka Allah kemudian menegurnya karena tidak menasabkan (menyebutkan) pengetahuannya itu kepada Allah. Lalu Allah mewahyukan (memperingati) kepadanya (Musa) bahwa “Aku (Allah) memiliki hamba yang berada di pertemuan dua lautan, dan dia (hamba itu) adalah orang yang paling dalam ilmunya”. Nabi Musa AS bertanya “Ya Tuhanku, bagaimana aku dapat bertemu denganya?” Allah berfirman “Ambilah seekor ikan, lalu tempatkan ia di dalam wadah yang terbuat dari daun kurma, lalu di tempat mana engkau kehilangan ikan itu, maka di sanalah dia (hamba yang Soleh) berada”.
Maka, Allah Ta’ala menceritakan kisah kedua tokoh itu dalam surah Al-Kahfi ayat 66 -82
Kembali ke Kaherah..
Menyibukkan diri semula dengan beberapa kerja yang menanti.
Untuk semuanya.. Qulilhamdulillah~
No comments:
Post a Comment