Semakin hari, kehangatan mentari di bumi Mesir ini semakin ‘menggigit’. Nampaknya musim panas bakal menjelang tidak berapa lama lagi. Peristiwa bersejarah bagi Mesir,Revolusi 25 Januari yang lalu menyebabkan tempoh pengajian dilanjutkan, menyebabkan imtihan semester 2 tahun ini akan diduduki agak lewat sedikit. Dengan haba dan bahang panas sebegini, air menjadi teman rapat bagi mahasiswa/wi kini. Baru sekali dua kaki melangkah, tekak mulalah terasa kering. Di sebabkan terlalu haus, mungkin kita terlupa akan adab-adab ketika minum.
Tahukah sahabat sahabiah sekalian? Dalam perbuatan ‘minum’ sahaja ada banyak sunnah yang telah Rasulullah saw sebut dan tingalkan untuk umatnya. Seharusnyalah bagi seorang mahasiswa/wi Islam tidak memandang rendah perkara ini kerana ini juga merupakan sebahagian daripada akhlak seorang muslim/ah.
Jom kita hayati pesanan dan contohi bagaimana cara Nabi kita, Muhammad saw minum.
1) Mulakan dengan Bismillah
2) Akhiri dengan Alhamdulillah
3) Minum dengan tiga nafas
(Naufal bin Muawiyah ra berkata: Adalah Rasulullah saw minum dengan 3 nafas, membaca Bismillah pada permulaannya dan membaca Alhamdulillah pada akhirnya) HR Ibnu As Sunni
4) Minum dengan tangan kanan
Haa..Yang ni kita selalu lupa. Slumber sahaja minum dengan tangan kiri lantaran telah menjadi satu kebiasaan. Kalau pun terpaksa menggunakan tangan kiri, pastikan tangan kanan menyokong gelas atau tangan kiri tadi.
(Daripada Ibnu Umar ra berkata: Sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda: Apabila seseorang kamu makan,maka makanlah dengan tangan kanan, dan apabila dia minum, maka minumlah dengan tangan kanan,maka sesungguhnya syaitan makan dan minum dengan tangan kiri) Riwayat Muslim
5) Disunatkan minum dalam keadaan duduk sekadar yang mampu
Jangan kerana terlalu haus, sampai kita minum pun sambil berjalan-jalan. Begitu juga dengan perbuatan makan.
(Daripada Anas ra berkata,Rasulullah saw telah menegah daripada minum dalam keadaan berdiri. Sahabat bertanya ,makan? Baginda menjawab, makan lebih keji lagi) Riwayat Muslim
6) Tidak bernafas ketika minum
(Dari Abi Qatadah ra berkata,Rasulullah saw telah bersabda,apabila seseorang kamu minum,makanjanganlah ia bernafas dalam gelas) Riwayat Bukhari
7) Haram minum dalam bekas emas dan perak
(Daripada Ummu Salamah ra berkata, Rasulullah saw telah bersabda, Sesiapa yang minum dalam bekas emas dan perak, maka sesungguhnya perutnya dipenuhi api neraka yang menggelegak) Riwayat Muslim
8) Digalakkan minum susu lembu
Musim-musim panas begini kita lebih prefer hagah saah untuk membasahkan tekak seperti coca-cola,pepsi dan sebagainya.Mungkin susu jarang menjadi pilihan untuk diminum waktu siang hari, so for me mineral water is better.
(Daripada Ibnu Mas’ud ra berkata: Rasulullah saw telah bersabda,Minumlah susu lembu kerana ia mengandungi pelbagai jenis pokok, ia merupakan ubat bagi segala penyakit) Riwayat Al Hakim
9) Berkumur selepas minum susu
(Daripada Ummu Salamah ra berkata,Rasulullah saw berkata,apabila seseorang kamu meminum susu,maka berkumurlah kamu daripadanya kerana ia mengandungi lemak) HR Ibnu Majah
10) Tidak membuang air yang dimasuki lalat
(Daripada Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah saw bersabda, apabila lalat jatuh ke dalam minuman seseorang, maka tenggelamkannya, kemudian buangkannya, maka salah satu daripada sayapnya mempunyai penyakit dan satu lagi mengandungi ubat) HR Bukhari
Perbuatan MINUM yang kita buat setiap hari dan semudah ini merupakan satu perbuatan yang sememangnya harus bagi setiap manusia. Namun, dengan niat untuk mengikuti setiap tindak tanduk dan pesanan Rasulullah saw, perbuatan yang biasa tadi boleh sahaja menjadi satu perbuatan yang boleh memberi pahala kepada kita kerana mencintai dan mengikuti sunnah Nabi kita, Muhammad saw.
p/s: Selamat 'mengharungi' hari-hari kuliah yang mendatang buat semua sahabat dan sahabiah..Jaga kesihatan baik-baik,banyakkan minum air tau! (^_^)
No comments:
Post a Comment