Thursday, March 26, 2009

Love Our Hijab



Andai di tanya..’Kenapa kamu memakai tudung ??Kamu tak rasa panas??’ Patut kah kita menjawab ‘kerana itu perintah dari Allah.Kalau kamu tidak patuh akan suruhan Nya,nerakalah tempat mu dan sesungguhnya neraka itu lebih panas berbanding kamu memakainya’.Ermm..jawapan yang betul tapi tidak kena.Bukankah berdakwah juga perlu berhikmah?? (^_^)

Katakanlah padanya ‘Wahai gadis,rambutmu adalah mahkota.Tinggi nilainya yang sangat perlu untuk kau jaga.Bayangkan kau dihadiahkan sebutir permata yang jutaan ringgit harganya.Hanya ada 1 dalam 1000 di dunia ini.Adakah kau akan mempamerkannya pada khalayak ramai?Ditayangkan di sana sini?Sudah tentu tidak bukan?Mahu saja kau simpan ia di kotak yang cantik,dikunci dan kau simpan di tempat yang kau rasa paling selamat’.Nah,begitulah jua nilai auratmu yang perlu dijaga.Cantiknya bukan untuk di pamerkan tapi dijaga sebaiknya tanda patuh akan syariatNya.


Namun realitinya,di zaman yang serba canggih dan moden ini,hadaf utama pemakaian tudung agak pincang.Ada yang tidak kena.Di pakai mungkin hanya kerana sudah menjadi kebiasaan.Mungkin jua menjadi satu fesyen.Bertudung tapi dengan selamba memakai baju berlengan pendek.Bertudung tetapi leher dan bahagian dada terdedah tanpa ada hijab.Bertudung dan ‘diserikan’ pula dengan subang..Bertudung tetapi pelik,rambut masih kelihatan…Adakah itu masih dinamakan tudung??Ahhhh….sebagai perempuan, diri sendiri berasa malu.Kesal.

Rasanya sudah jelas firman Allah yang bermaksud : (“Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman,agar mereka menjaga pandangannya,dan memelihara kemaluannya.Dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali yang biasa terlihat.Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya……” ) ( An Nur:31 )

Sesungguhnya Islam itu tidak memerlukan kita,malah kita sebagai insan yang lemah dan kerdil inilah yang amat memerlukan Islam sebagai ‘buku panduan’ dalam hidup kita.Maka tidak syak lagi,pemakaian tudung yang disyariatkan oleh Allah swt,semestinya membawa hikmah dan kebaikan untuk golongan wanita.

Firman Allah swt dalam kitabnya : (“ Wahai Nabi,katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anakmu dan isteri-isteri orang mukmin hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.Yang demikian itu lebih mudah untuk mereka dikenali, sehingga mereka tidak diganggu.Dan Allah Maha Pengampun,Maha Penyayang. “) (Al Ahzab:59 )

Oleh itu,marilah kita sama-sama periksa kembali bagaimanakah cara kita bertudung..Adakah masih mengikut landasan yang sudah ditentukan olehNya?Sudah cukupkah syarat-syaratnya?Atau sekadar tudung yang menutup kepala semata?Dipakai mengikut suka hati si pemakai.Nauzubillahi min zalik…Moga kita diberi hidayah untuk menjalankan syariatNya dengan sempurna….

No comments:

Post a Comment