Sunday, February 19, 2012

Jauh Hanya Di Mata..

Meninggalkan bumi Kinanah itu, masih terasa bagai sebuah mimpi.
Hanya jasad yang berada di sini tetapi jujur, hati ini masih di sana.
Sudah lima hari berlalu...
Benar, perasaan gembira disamping keluarga tersayang adalah nikmat terindah bagi seorang hamba, namun aku juga pernah mempunyai keluarga dan kehidupan di sebelah sana.
Tidak mampu menipu..
Aku mula merindui mereka..
Aku mula merindui untuk ke kelas-kelas talaqi di sana..
Aku mula rindu pada bumi berdebu itu..
Kerana suatu ketika dahulu, celik saja mata ini dari lena semuanya berkaitan dengan mereka. Rutin harian dijalani dengan senyuman bahagia.. Cukup gembira..

Hari ini, aku perlu meneruskan perjalanan ini sendiri..
Tanpa mereka, tanpa biah yang sama..
Hati perlu dikuatkan, langkah pertama mesti diambil..
Kerana walaupun tanpa kehadiran mereka di sini,kata-kata dan nasihat mereka tempoh hari akan membuatku gagahkan diri..


' Jauh mana jarak kita..
Lama mana pun tak jumpa..
Kita tetap pandang langit yang sama..
Jadi kita sebenarnya tak pernah jauh..
     Kita tetap dekat di hati.. '

No comments:

Post a Comment