Sunday, July 31, 2011

Selamat Datang,Ramadhan!


Selamat datang,Ramadhan!
Semoga program-program yang telah dirancang oleh persatuan dapat memberi manfaat kepada semua. 'Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat ku lalui dengan sempurna..'


Selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak kepada ayah,ibu,keluarga dan saudara-mara di Malaysia. Buat sahabat-sahabat keluarga BKPSM... Selamat berpuasa!!

Saturday, July 23, 2011

'Menjejak Mutiara di Bumi Anbiya'

Beberapa hari yang lalu saya berkesempatan untuk menghadiri sebuah forum bertajuk 'Menjejak Mutiara di Bumi Anbiya', yang bertempat di BKAN Melaka, Haiyyu Sabi'. Alhamdulillah.. Dengan gandingan hebat tiga orang panelis yang tidak asing lagi bagi penuntut-penuntut Malaysia di Mesir, forum pada malam itu sememangnya sangat bermanfaat, berinfomatif dan sangat berjaya saya kira.

Dengan cara dan gaya penyampaian yang hebat daripada para panelis iaitu Ust Hairul Nizam, Ust Nazrul Nasir dan Ust Noorazam Bahador, forum yang berlansung selama kira-kira 2 jam setengah itu cukup padat dengan isi yang ingin disampaikan. Para panelis sungguh bijak menyelitkan sedikit gurauan dan humor bagi menarik perhatian audien yang hadir, lantas sejak dari mula hingga ke akhir forum tidak sempat lansung rasa mengantuk dan bosan itu singgah.

Sungguh banyak yang ingin dikongsikan hasil daripada forum semalam. Tetapi matlamat utama yang ingin mereka sampaikan ialah betapa penting dan bertuahnya kita yang berada di Bumi Anbiya ini yang kaya dengan pelbagai ilmu yang berharga seumpama mutiara-mutiara yang perlu dikutip! Kita seharusnya menggunakan segala peluang dan kesempatan masa yang ada untuk mendalami dan mencari ilmu di bumi ini.

Selain daripada tanggungjawab utama seorang mahasiswa/wi yang menjejak bumi Anbiya ni untuk menghadiri kuliah, satu lagi 'mutiara' penting yang perlu dikutip ialah bertalaqi!

TALAQI.
Melalui kelas-kelas talaqi sudah tentu ada banyak kelebihannya. Usah disebut mengenai fadhilat dan keistimewaan yang Allah swt berikan kepada mereka-mereka yang melangkahkan kaki menuju ke majlis-majlis ilmu yang diumpamakan seperti taman-taman Firdausi. Tentunya menjadi motivator terbaik untuk menguatkan hati dan istiqamah menghadirinya!

Tempoh 4 atau 5 tahun bagi seorang mahasiswa/wi yang belajar di sini tentunya tidak mencukupi untuk mempelajari banyak ilmu yang sememangnya terhad jika hanya bergantung pada kitab dan kelas kuliah semata-mata. Melalui bertalaqi lah, banyak ilmu dan kitab-kitab luar yang dapat dipelajari terus daripda syeikh-syeikh yang mengajar dan membacakan kitab.

Panel juga menyebut bahawa, semua mahasiswa/wi perlu bijak dalam mengambil dan mengutip 'mutiara-mutiara' ini! Kebijaksaan dan kecekapan dalam membahagikan masa di antara ketiga-tiganya akan memberikan pulangan yang cukup berharga bagi seorang pelajar di bumi Anbiya ini!

Pembelajaran di kuliah - Bertalaqi - Berpersatuan

Dan sudah tentu, untuk mendapatkan ketiga-tiganya sebuah pengorbanan yang besar ditagih! Penat lelah, kesabaran dan kesungguhan amat diperlukan! Oleh itu,selagi masih ada kesempatan yang berbaki ini, gunakanlah sebaiknya. Yakinlah segala penat dan kesusahan itu bukan sia-sia, tetapi demi sebuah perjuangan menegakkan syariatnya!

Kalam Ust Hairul Nizam pada malam itu, menyuntik semangat buat mereka yang mengerti. Semoga kita faham,apa yang ingin beliau sampaikan..

'Saya tidak percaya orang lain..saya tidak percaya ada orang lain yang akan buat! Jadi, oleh sebab itu mahu tidak mahu saya perlu buat kerja ini!'

P/s: Jom berfikir sejenak, budaya bertalaqi jarang kita jumpai di Tanah Air. Berbeza di bumi barakah ini, saban hari,saban minggu, di sana sini ada sahaja kelas-kelas Talaqi. Kalaulah selama kita duduk di sini berlalu tanpa menghargai peluang yang ada, alangkah ruginya kita! Biar penat sedikit,tetapi berbaloi. Kalau peluang yang ada di depan mata dipersia begitu sahaja,fine.. 'Jom,balik Malaysia!'

Thursday, July 21, 2011

Biar Penat Sikit..

Mata menatap kalender bulan Julai yang terlekat di wallpaper.

Rupa-rupanya, imtihan yang dilalui tempoh hari baru sahaja berlalu.

Rasanya seperti sudah lama benar..tetapi rupanya..baru seminggu lebih!

Kemasukan ku sekolah Markaz Iqra’ selang beberapa hari sahaja selepas imtihan tempoh hari membuatkan ku agak sibuk sedikit. Sudah lama benar rasanya tidak diberikan homework, membuatkan ku rasa seperti budak sekolah seperti dulu kala. Gembira.

Jadual talaqi ke masjid Al Azhar pula, cuba dipenuhi semampunya. Sebenarnya diri mencemburui sahabat-sahabat banin yang bebas ke kelas-kelas talaqi dengan motorsikal mereka. Sekejap sahaja, sampailah ke tempat yang dituju! Bagi yang perempuan pula, tidak hairanlah ramai yang memilih untuk duduk di rumah sahaja kerana perjalanan yang agak jauh untuk ke Masjid Al Azhar. Ditambah pula dengan musim panas yang membahang, sudah tentu akan membuatkan kami berfikir berkali-kali untuk melangkahkan kaki melawan cahaya sang mentari.

Datang sekali.. Dua kali..

Belum terasa manis dan zouqnya berada di majlis ilmu. Dengan kepenatan berjalan kaki dan kurang faham dengan apa yang disampaikan oleh syeikh, sekejap sahaja bisa terlelap! Kehadiran kali ketiga ke sana,aku seorang diri bertemankan musyrif. Kakak yang biasanya menemaniku tidak dapat hadir lantaran kondisi kesihatan yang kurang baik. Alhamdulillah, hari itu terasa sangat gembira. Seakan-akan zouq dan rasa cinta untuk hadir,hadir dan hadir lagi ke sana membuak-buak.

Benar kata teman..’Sekali dua datang ke majlis ilmu,kalaupun tidak faham atau belum terasa zouq itu, jangan berhenti! Kena istiqamah! Insyallah barakahnya tu akan Allah swt beri sedikit demi sedikit’.

Ya, benar… Tidak menafikan maka mengakui!

Letih memang letih, tetapi biarlah penat sedikit. Yakinlah dengan ganjaran dan keistimewaan berada di majlis ilmu itu, sungguh ianya sangat bernilai! Setiap langkah dan titis peluh itu menjadi saksi betapa untuk mendapatkan sesuatu yang berharga itu, tentunya ada harga yang perlu dibayar! Tiada yang percuma! So, take it or leave it!

Kata-kata Saidina Ali k.w ini menguatkan ku tatkala lelah.. Semoga dapat memberi kekuatan juga kepada semua sahabat sahabiah yang lain..

‘Apabila kamu letih melakukan sesuatu kebaikan, maka ketahuilah sesungguhnya keletihan itu akan hilang manakala pahala(kebaikan) itu akan kekal..tetapi apabila kamu gembira melakukan sesuatu dosa, maka ketahuilah sesungguhnya keseronokan itu akan hilang manakala dosa itu akan kekal’

p/s: Hanya berbaki 2 kelas talaqi sebelum ianya tawaquf untuk Ramadhan ini. Semoga langkah-langkah itu diberikan kekuatan dan terus istiqamah pada masa-masa akan datang. Biar penat sikit..=)

Tuesday, July 19, 2011

Di Sini Kita Berdiri

Di bumi Kinanah ini kami ditemukan. Atas satu tujuan dan matlamat yang sama, kami saling bergandingan dan sama-sama berjuang.

Tatkala menanti kertas imtihan diagih-agihkan ketika peperiksaan tempoh hari.. mata ni melihat kelibat satu persatu teman sekuliah yang masuk ke dewan peperiksaan. Masing-masing bersungguh! Masing-masing berusaha! Masing-masing ingin mencuba yang terbaik!

Tiba-tiba, terdetik dihati ku..

Untuk apa kita berdiri di sini?’ ......‘Untuk apa kita berdiri di sini setelah hampir empat tahun meninggalkan keluarga dan Tanah Air?’..... ‘Sejak hari pertama hinggalah ke saat ini..untuk apa sebenarnya?’

Allah berfirman mafhumnya: (Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar, merekalah orang-orang yang beruntung) 3:104

Tanpa ku pinta, manik jernih itu sempat singgah.. Aku mengesatnya perlahan..

Ya Allah,saksikanlah usaha dan kesungguhan kami dalam mencari ilmu dan redha Mu. Perbetulkanlah niat kami tatkala sedang asyik berlumba-lumba mencari ilmu..Semoga tidak ada yang lain! Tidak lain hanyalah untuk kembali dan memberi peringatan tentang janji baik dan buruk Mu. Juga untuk menegakkan agama dan syariat Mu yang sempurna..’

Kuliatil Banat Al Azhar, Kaherah

Sejak melangkah ke tahun dua pengajian hingga ke tahun akhir ini, aku telah lama berseorangan tanpa teman senegeri. Sejak saat itu..aku ke kuliah, ke kelas tutorial dan tuisyen sendirian. Mahu tidak mahu, aku perlu hadapinya sendiri!

Di waktu itulah, aku menjadi akrab bersama mereka. Sungguh, mereka sangat banyak membantu ku dalam pelajaran dan hal-hal kuliah. Sifat ku yang agak pemalu, mungkin melihatkan aku sebagai seorang yang tidak ramah. Tapi sungguh, aku sangat menyayangi dan bersyukur kerana ditemukan dengan mereka. Sangat senang bergaul dengan mereka.

Acapkali, kami hanya bertemu dan berkumpul tidak lain hanya di kuliah dan kelas-kelas tambahan. Tiada masa untuk bergurau senda dan saling mengenali dengan lebih rapat. Alhamdulillah, dengan rahmatNya kami dikumpulkan pada hari itu. Satu pertemuan reunion walaupun pada hakikatnya kami belum pun berpisah. Setiap dari kami mengenalkan diri, menyatakan harapan dan perancangan masa depan yang terdekat.

Secara umumnya, ada di antara kami yang akan balik ke Malaysia tidak lama lagi. Ada yang merancang untuk melangkah ke alam pekerjaan, tidak kurang juga mereka yang ingin menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi.

:: Reunion Tahun 4, Syariah Islamiah ::

Hadiqah Daulie, 16 Julai 2011




Have a very sweet moment with them.. And this..hadiah dari Kak Shera~

Natijah peperiksaan pada tahun ini, kami nantikan dengan penuh sabar dan pengharapan. Semoga aku dan teman-teman lulus dengan cemerlang dan seterusnya bolehlah kembali ke halaman negeri masing-masing untuk berbakti dan ‘mengorbankan diri’ untuk berjuang di sana.

Buat semua kakak-kakak dan sahabat..Sejujurnya terima kasih untuk segalanya.

Terima kasih untuk semua pengalaman manis dan kisah perjuangan yang tentunya akan terlipat kemas di dalam diari hidup ini..~ LOVE

P/s : Bertemu berpisah kita kerana Allah swt..Semoga ukhuwah yang terbina ini berkekalan and make sure kita terus keep in touch! Usaha dakwah kita di Malaysia satu hari nanti tentunya akan membutuhkan kerjasama dan campurtangan semua. Lastly, uhibbukunna fillah!!