Saturday, April 30, 2011

Hari Yang Demikian

Hari yang demikian..
Andai keputusan itu yang diambil..
Lantaran jawapan kepada sebuah permohonan petunjuk..
Dari seorang hamba yang lemah kepada Tuhannya..
Maka..
Semoga redha dan berkahNYA turut sama hadir..

اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَالْعَمَلَ الَّذِى يُبَلِّغُنِى حُبَّكَ اللَّهُمَّ اجْعَلْ حُبَّكَ أَحَبَّ إِلَىَّ مِنْ
نَفْسِى وَأَهْلِى وَمِنَ الْمَاءِ الْبَارِدِ (HR Tirmidzi )


Mafhumnya :
[ Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, cinta orang yang mencintai-Mu, dan cinta amal yang membawaku ke samping-Mu. Jadikanlah Engkau lebih aku cintai daripada diriku sendiri, keluargaku dan air yang sejuk ]

Amin..Ya Rabb.. (^_^)


P/s : Alfu Mabruk buat kakak senior yang baru selamat menjadi tunangan orang..Semoga dirahmati perhubungan itu, dan seterusnya membawa kepada sebuah pertalian suci, penyatuan di antara dua hati.. =)


Saturday, April 23, 2011

Impian Dunia Fantasi

Petang itu, aku menjejakkan kaki ke ‘dunia fantasi’ tersebut buat kali keduanya. Agak lama juga tidak ke sana.. pantas sahaja hati ini melonjak gembira dan teruja tatkala kian menghampirinya. Ziarah hari ini agak bermakna berbanding yang sebelumnya. Kali ini, beberapa shot gambar sekitar ‘dunia fantasi’ ini berjaya ditangkap dan dengan sangat gembiranya ingin dikongsi bersama semua pengunjung laman Wardatul Asfar.

Kami menggelarnya sebagai Dunia Fantasi lantaran rasa teruja dan gembira yang akan dirasai sebaik sahaja menjejakkan kaki ke sana. Jikalau dilihat permandangan kasar negara Mesir ini dari atas awan, tentulah warna coklat keemasan sahaja yang akan kelihatan. Sinonim benarlah dengan negaranya yang mempunyai padang pasir yang agak luas dan cuaca panas membahang yang akan menjelang saban tahun. Tetapi ianya agak berbeza dengan ‘dunia fantasi’ ini. Sebaik sahaja melangkah masuk dari pintunya, akan kelihatan sebuah padang mini dengan warna hijau segar yang tentu sekali akan menarik pandangan mata pertama untuk melihatnya!

Tempat apakah sebenarnya yang kami gelar ‘Dunia Fantasi ini..??

Sebenarnya, tempat ini diberi nama Jamiat Aqidah Wat Tarbiyah Islamiah yang terletak hampir benar dengan imarah yang diduduki oleh mahasiswa/wi Sabah Mesir. Seindah tempat ini yang menggamit permandangan yang sangat indah, begitulah juga hendaknya dengan aktiviti bermanfaat yang dijalankan di sini.

Kewujudan 'Dunia Fantasi' yang mungkin tidak disedari ramai

Jamiat ini diusahakan dan dimiliki oleh sepasang suami isteri warga Mesir yang menjadikannya sebuah ‘sekolah’ dan juga ‘taman permainan’. Kalau boleh kami bahasakan ia sebagai sekolah yang agak santai berikutan aktiviti-aktivitinya yang mentarbiyah juga dalam masa yang sama menjalankan aktiviti-aktiviti riadah dan umum. Menurut anak perempuan pasangan ini, jamiat mengadakan pelbagai aktiviti khususnya untuk kanak-kanak seperti kelas mengaji, kelas hafazan, kelas komputer, rehlah (lawatan) dan sebagainya. Walaupun kawasan Jamiat ini tidaklah terlalu luas, namun ianya cukup padat dengan menempatkan sebuah hadonah (taska), perpustakaan kanak-kanak, taman permainan, bilik jahitan dan bilik komputer. Salah satu bangunan utama dalam Jamiat ini juga merupakan sebuah masjid yang lebih dikenali oleh penduduk setempat dengan nama Masjid As Syabab.

Menurut Mawaddah, tempat ini telah dibina oleh ayah dan ibunya sejak tahun 1980an lagi. Satu jangka masa yang agak lama sudah tentu memberikan bayangan kepada kita betapa derasnya pahala yang mengalir hasil daripada amal jariah ini yang akan berterusan selagimana ada anak-anak yang belajar dan menuntut ilmu di sini.

Bangunan ini biasanya dijadikan tempat untuk mengadakan usrah bagi kanak-kanak juga orang dewasa

Sebuah padang mini yang segar menghijau pastinya membuat si pemerhati jatuh hati dengan tempat ini!

Kawasan jamiat tidaklah terlalu luas, namun padat dengan kelas-kelas dan dewan yang menjalankan pelbagai aktiviti

Like this shot very much!

Masjid As Syabab yang menjadi salah satu bangunan utama di dalam kawasan Jamiat

Taman permainan yang biasanya dipenuhi suara riang anak-anak kecil pada waktu petang

Dewan Andalus~ Ceramah, aktiviti, pemeran, studio gambar bagi pengantin, kedai gunting rambut

Berbicara dan meluangkan masa bersama Mawaddah, seorang anak kecil yang baru berumur 10 tahun akan cukup membuat kita kagum dengan kepetahannya berkata-kata. Lancar sahaja mulutnya menceritakan sejarah Jamiat kepada kami dengan semangat seorang anak sulung daripada mudir sekolah ini. Agak memeranjatkan juga bilamana dia memberitahu bahawa revolusi Mesir yang berlaku beberapa bulan lalu turut disertai olehnya,bersama kanak-kanak lain dengan ditemani oleh ayah dan ibunya. Ternyata, sejak dari kecil keluarganya telah memberikan pendidikan awal tentang peri pentingnya semangat cintakan negara yang pastinya telah kami lihat sendiri kesannya kepada penduduk Mesir hari ini. Tidak hairanlah bilamana ketika dia menceritakan sejarah mengenai Jamiat, ia turut diselangi dengan isu-isu dunia yang sedang berlaku masa kini.

Dengan keras dan lantangnya kanak-kanak ini mengutuk pemimpin dunia barat mahupun Islam yang secara terang-terang telah merendah-rendahkan dan mengenepikan syariat Islam yang sesungguhnya amat diperlukan umat hari ini. Untuk seorang kanak-kanak berumur 10 tahun membicarakan soal isu semasa dengan petahnya, ternyata jauh sekali bezanya dengan kanak-kanak Malaysia yang sedang belajar di tahun 4 yang bersekolah rendah. Rasanya, kanak-kanak Malaysia hari ini juga petah berkata-kata. Petah berkata-kata tentang dunia hiburan, artis kesukaan mereka ataupun rancangan televisyen yang menjadi kegilaan kanak-kanak hari ini. Ini kerana, itulah yang telah dihidangkan kepada mereka sejak usia yang muda lagi.Untuk berbicara mengenai isu semasa ataupun isu-isu yang menyentuh sensitiviti Islam jangankan kanak-kanak, orang dewasa sahaja belum tentu dapat memperkatakan tentangnya.

Bersama Mawaddah, kanak-kanak 10 tahun yang petah berkata-kata

Jelasnya, dunia kita akan dipimpin oleh kanak-kanak ini kelak! Merekalah yang akan menjadi ketua, menjadi pemimpin dan juga pejuang agama Islam suatu saat nanti. Justeru itu, pendedahan dan pendidikan awal amat perlu dititik beratkan kepada anak-anak kita hari ini. Bersihkan minda mereka daripada anasir-anasir jahat, budaya kuning dan serangan pemikiran yang tidak henti-henti disasarkan oleh musuh-musuh Islam merupakan satu tugas dan tanggungjawab besar yang harus kita ambil cakna.

Mengenali dunia fantasi ini membuatku menyulam satu lagi impian yang terbina di celah-celah seribu impian lain. Mimpiku untuk ingin membina sebuah ‘Dunia Fantasi Islami’ yang dipenuhi gelak tawa kanak-kanak yang riang bermain sambil ditarbiyah rohani dan jasmaninya dengan acuan Al Quran dan As Sunnah seolah kedengaran mustahil. Namun, impian itu mungkin sahaja terjadi. Impossible is nothing..Bila ada kemahuan, tentu di situ ada jalan!

Jika berkesempatan, ingin lagi ke ‘dunia’ itu!

Friday, April 22, 2011

Sepetang di Universiti Ain Syams

Universiti Ain Syams merupakan salah satu universiti yang menempatkan pelajar-pelajar perubatan Malaysia di Mesir. Selain daripada Universiti Al Azhar,Universiti Kaherah dan Universiti Iskandariah, universiti ini juga menempatkan agak ramai daripada mahasiswa/wi Sabah yang mengambil jurusan kedoktoran.

Tahun ini, masuk tahun keempat keberadaanku berada di bumi Mesir. Alhamdulillah hajat yang telah lama bersarang di hati untuk menjejak universiti yang bakal melahirkan doktor-doktor anak Sabahan itu tercapai jua akhirnya dengan izinNya.

Pelawaan adik-adik untuk menghadiri program The Global Village yang dianjurkan oleh universiti mereka membuat hati teruja untuk melihat-lihat keadaan dan suasana universiti di sana.

Sungguh, tiada jurang yang wujud antara mereka yang bergelar pelajar pengajian Islam dan perubatan. Kerana sesungguhnya, kedua-duanya merupakan salah satu cabang dari ilmu Allah swt yang amat luas. Bagi kita yang bergelar manusia biasa, adalah mustahil untuk menguasai setiap satu cabang ilmu yang ada pada hari ini. Oleh sebab itulah, Allah swt memberikan kita keistimewaan dan kelebihan yang berbeza-beza antara satu dengan yang lain. Yang mana akhirnya, kita akan saling memerlukan antara satu sama lain dan menuju kepada matlamat yang satu.

MEMANFAATKAN ILMU YANG ADA UNTUK ISLAM.

The Global Village yang disertai oleh beberapa negara luar dengan memperkenalkan identiti dan budaya negara yang tersendiri

Sekitar suasana program The Global Village

Palestine..Will be Free

It's Malaysia!

Negara India turut menarik perhatian pengunjung yang datang

1st time tengok mayat yang of course sudah jadi satu kebiasaan bagi pelajar perubatan,
tapi bukan untuk pelajar pengajian..(t _ t)

Sepetang yang bermakna..Syukran untuk adik-adik kakak..=)

Semoga Allah swt memudahkan jalan ini untuk mencari ilmuNya dan seterusnya memberi manfaat kepada masyarakat dan Islam khususnya. Kami sejujurnya, menanti dan mengharapkan doktor- doktor yang persis seorang ustaz dan ustazah bakal lahir dari bumi Anbiya ini untuk kembali berkhidmat di tanah air.

p/s : Syukran sudi bawa kami round2 Ain Syams..Zu,Ida.. mau jumpa kamu d wad sakit puan satu hari nanti yaa..=P

Wednesday, April 13, 2011

Hindari Sumbang Mahram

Hadith yang dipelajari di kuliah hari ini mengingatkan saya tentang jumlah kes sumbang mahram yang berlaku di Malaysia saban tahun. Seingat saya, ada tahun tertentu kes-kes ini dilaporkan dan satu demi satu menerjah kita melalui media-media massa . Memeranjatkan sudah tentu. Rasa sangat menyedihkan juga pasti terselit jauh di dasar hati. Di situ, terlihatlah betapa indahnya syariat Islam yang dibawa oleh Rasul Allah, Nabi Muhammad saw.

Di dalam salah satu hadith baginda ada menyebut, yang mafhumnya..

‘Berhati-hatilah kamu tatkala masuk (berhadapan) dengan wanita! Maka seorang lelaki dari golongan Ansar berkata, ‘Wahai Rasulullah, apa pendapatmu (bagaimana pula keadaanya) dengan Alham’u?’ Berkata Rasulullah saw, ’Alham’u itu satu kematian!’ [Sahih Bukhari]

Keterangan Hadith:

Alham’u disini ditakrifkan sebagai bapa mertua atau ipar. Adapun Imam Tirmidzi menyatakan ia membawa maksud saudara si suami(adik-beradik),dan sesiapa yang paling hampir dengan suami seperti bapa kepada suami,pakcik suami,anak pakcik dan sebagainya.

Adapun hadith ini sebenarnya menekankan agar umat Islam sentiasa berhati-hati dan berwaspada dalam menjaga hubungan kekeluargaan walaupun dengan keluarga sebelah suami mahupun isteri. Berdasarkan hadith ini, Rasulullah saw melarang keras daripada seorang lelaki bersama-sama wanita yang bukan mahramnya secara berdua-duaan samada lelaki yang dikenali ataupun tidak.

Walaupun mempunyai hubungan kekeluargaan, namun Islam melarang si isteri agar tidak bersendirian dengan bapa mertua, adik /abang si suami, pakcik suami ataupun sesiapa yang digolongkan dalam golongan yang haram dikahwini oleh si isteri untuk masa tertentu (muharramat bitta’qit) kecuali dengan ada mahram bersamanya. Walaupun hadith ini menekankan perihal si isteri, namun perkara yang sama juga dianjurkan kepada si suami agar tidak bersendirian dengan adik/kakak si isteri, makcik si isteri dan sebagainya.

Rasulullah saw apabila ditanya mengenai hal ini hanya menjawab ‘Alham’u Al Maut’. Ringkas namun padat dan sarat pada maksudnya. Ini membawa makna yang jelas betapa ianya boleh membawa kesan yang sangat buruk kepada perhubungan di antara suami dan isteri. Larangan daripada bersendirian dengan AlHam’u ini melihatkan betapa Islam ingin menjaga keadaan dan perihal si isteri daripada difitnah dan untuk mengelakkan daripada berlaku sesuatu yang tidak dijangka. Bilamana ini berlaku, mungkin sahaja si suami akan membuat keputusan drastik dengan menceraikan isteri lantaran daripada fitnah yang tersebar tanpa berfikir panjang.

Pada hari ini, hadith ini lebih aula (utama) untuk di hayati dan diamalkan. Lihat sajalah akibatnya bilamana kehidupan tidak diselarikan dengan batas dan tuntutan yang telah ditetapkan, ia boleh membawa satu kehancuran kepada umat Islam dan masyarakat amnya. Lantaran umat Islam hari ini yang lemah imannya, dan jauh pula daripada penghayatan agamanya akan memudahkan lagi untuk maksiat seperti sumbang mahram berlaku.

Adalah tidak menjadi satu kesalahan untuk suami isteri tinggal bersama keluarga si isteri mahupun keluarga si suami sepertimana yang banyak kita dapat lihat hari ini. Namun, inilah yang harus diperhatikan! Batas aurat dan pergaulan diantara suami isteri dan ipar duai walaupun mempunyai hubungan yang sangat rapat harus dibatasi dengan batasan yang telah ditetapkan syariat. Tidak seharusnyalah kita memandang rendah perintah dan larangan yang telah Allah swt perintahkan kerana sesungguhnya Allah swt maha mengetahui perihal hambaNya yang tidak terlepas dari melakukann kesilapan dan hasutan syaitan.

Melihat kepada statistik kes sumbang mahram yang meningkat saban tahun, membuat kita berasa canggung dan risau. Selain daripada tindakan undang-undang yang boleh diperketatkan kepada si pelaku, namun adalah amat baik untuk kita mulakan dari dalam rumah itu sendiri dengan menguatkuasakan undang-undang yang telah ditetapkan oleh agama Islam. Sesungguhnya agama Islam itu tidak memerlukan umatnya, sebaliknya kita sebagai umat Islam inilah yang amat memerlukan Islam dalam menjalani hidup pada hari ini.

Wallahu Subhaanahu Wa Taala A'lam..

Sunday, April 10, 2011

Berani Si Semalu

Pokok semalu.

Rasanya cukup sinonim dengan perwatakan seorang perempuan. Namun, rasanya bukan sekadar perempuan, bahkan pokok semalu mengajar kita semua tentang sesuatu.

Walaupun nampak picisan, tetap punya keindahannya tersendiri. Kalaupun tidak secantik mawar berduri, tetap punya keunikannya. Beraninya ia menghadapi hari-hari mendatang! Beraninya ia menempuh satu persatu dugaan yang datang!

Kalaupun ia kuncup satu hari nanti, dek kerana tangan-tangan yang menyentuh, namun ia bukan untuk selamanya. Pasti! Ia akan kembali seperti sediakala. Beraninya ia!

Setiap dari kita punya mimpi tersendiri. Lantas, sangat bersetuju dengan tagline sebuah filem ini. 'Tanpa keberanian, mimpi tidak bermakna'. Pesanan untuk semua..Kejar mimpi itu! Chayok2!! (^-^)