Monday, May 2, 2011

Rehlah Qanatir

Pelawaan seorang sahabat untuk mengikuti sebuah program rehlah anjuran Markaz Iqra’ iaitu salah satu markas dan pusat pengajian bahasa di Mesir ini kami sambut dengan terujanya. Mungkin lantaran rehlah yang tidak dapat diadakan oleh BKPSM pada tahun ini, peluang yang datang seakan-akan mengubat hati yang rindu untuk makan angin dan merehatkan minda.

Falukah Salahuddin yang membawa kami ke Qanatir

Kena duduk dalam falukah ini lebih kurang sejam setengah untuk sampai (^-^)


JOM KENALI QANATIR!

Qanatir merupakan salah satu tempat di Mesir yang mempunyai keistimewaan dan sejarahnya yang tersendiri. Namun, mungkin ramai daripada mahasiswa/wi Malaysia yang tidak tahu mengenai tempat ini. Sesungguhnya ia adalah salah satu tempat yang cukup menarik untuk dilawati tatkala ada kesempatan yang berkunjung.

Cabang sebelah kanan menuju ke Dumyat dan yang di sebelah kiri menuju ke Rosetta

Qanatir merupakan tempat terpisahnya Sungai Nil kepada dua cabang iaitu ke Dumyat dan Rosetta (Rashid). Pada zaman pemerintahan Muhammad Ali Basha, Mesir mula menuju kepada zaman yang lebih moden dengan adanya projek untuk mengawal arus Sungai Nil dengan terbinanya empangan kecil di kawasan delta sungai ini. Sehingga hari ini, strukturnya masih kukuh dengan adanya pintu-pintu kecil yang merentasi dua cabang sungai tadi. Pada masa-masa tertentu pintu-pintu ini akan dibuka dan ditutup untuk mengawal kuantiti air dari Sungai Nil mengikut kadar yang telah ditetapkan.


Pintu-pintu kecil yang mengawal keluar masuk air Sg. Nil


Tujuan utama projek ini dibuat ialah untuk meninggikan aras air sungai Nil pada masa tertentu bagi membolehkan ia membekalkan air di empat saluran dan terusan di sekitarnya iaitu di Bahriah, Nasiri, Menufia dan Tawfiqi.

Dari projek ini dapat dilihat bahawa Muhammad Ali sangat komited untuk membangunkan kawasan ini dengan sistem pengairan tadi bagi membantu dan membangunkan kawasan ini sebagai industri pertanian yang produktif di Mesir.

Sistem pengairan ini juga membolehkan Mesir menggiatkan lagi industri pertanian mereka dengan menggandakan hasil tuaian mereka daripada setahun sekali kepada beberapa tahun sekali. Ini kerana masalah air yang biasanya dihadapi semasa musim panas akan dapat diatasi dengan adanya sistem pengairan ini.

Hingga ke hari ini, sistem ini telah digunakan lebih kurang sejak 100 tahun yang lalu. Namun, fungsinya amat berguna untuk industri pertanian di Mesir dan juga untuk mengelakkan kejadian banjir di negara Mesir, sepertimana yang pernah berlaku satu ketika dahulu. Bukan kerana hujan yang lebat tetapi kerana air Sungai Nil yang pernah melimpah keluar!

**********

Sampai sahaja di Qanatir, seolah-olah sampai ke sebuah pulau di tengah lautan. Ianya merupakan sebuah hadiqah(taman) yang cukup luas dan pelbagai aktiviti dapat di lakukan seperti menunggang kuda, menaiki kereta kuda, berbasikal, beriadah di taman permainan, melawat taman bunga dan sebagainya.

Akhirnya, sampai juga..Alhamdulillah

Di atas kapal, pihak markaz mengadakan pelbagai aktiviti dan pertandingan sesuai dengan fungsinya sebagai salah satu markaz yang mengajar Bahasa Arab
Game yang menyeronokkan dan berfaedah..Best..Best..


Sempat berkenalan dengan dua orang Ustazah dari Markaz Iqra'
Pertama kali mengikuti rehlah bersama warga tempatan Mesir, ternyata satu pengalaman yang sangat berharga buat kami!


Bersama adik-adik syaah 5

Bertukar pula dengan adik-adik dari syaah 8 dan 11
Syukran, adik-adik kakak yang comel.. =)

Bagi mereka yang cintakan alam semulajadi, pastinya suka untuk beriadah dan bersantai di sini bersama keluarga mahupun teman-teman

Berkesempatan juga untuk menaiki kereta kuda pada hari itu.. Rasa seperti Cinderella pula =)

Dalam banyak-banyak gambar hari itu, shot ini paling diminati!
Pelik,kan? (^_^)

Gambar bunga..

Dan bunga lagi..
Apa boleh buat..? Sangat suka bunga..

Satu hari yang cukup memenatkan tetapi cukup bermakna!

No comments:

Post a Comment