Sunday, February 7, 2010

Al Kisah Mansurah~Kaherah

‘Ya Allah..sempatkah ni?Habislah kali ni…’
Jalan yang sesak di jalaraya-jalanraya Mesir melambatkan lagi pergerakan tremco yang di pandu oleh Abu Ayaa. Hati berdebar.Duduk tak senang.Fikiran menerawang jauh.
‘Mudah-mudahan sempat untuk Ina sampai sebelum mesyuarat bermula’,hati bermonolog sendiri.

Al Kisahnya..kemarin,Ina dan adik-adik banat yang lain telah sepakat untuk membuat rehlah 'persendirian' ke Mansurah.Sebenarnya selesai sahaja Fatrah Imtihan yang lalu perancangan itu telah dibuat awal.6hb Februari kami akan berangkat.Tetapi secara kebetulan mesyuarat AJKT juga akan dijalankan pada tarikh yang sama.
Disitulah bermula dilema Ina..samada jadi untuk ke Mansurah atau batalkan sahaja niat tu.

Actually,Ina memang fikir untuk membatalkan saja hasrat untuk ke Mansurah memandangkan ada waktu lain yang lebih sesuai.Masalahnya..Ina sudah berjanji dengan adik-adik untuk turut sama.Tidak sampai hati rasanya untuk mengatakan ‘tidak’..haa..di situlah kelemahan Ina!Lagipun kalau Ina tarik diri secara automatik budjet yang dirancang untuk menyewa tremco akan berubah..lagi sekali…tidak sampai hati..Tapi mesyuarat juga amat penting bagi Ina.Tidak pernah sekali Ina terfikir untuk tidak menghadirinya secara sengaja.


Jadi Ina buat keputusan untuk menyelamatkan kedua-dua situasi ni.Ina akan ke Mansurah tapi dengan syarat kena balik awal supaya dapat menghadiri mesyuarat malam nanti.Mahu dijadikan cerita,waktu yang kami tetapkan untuk bertolak ke Kaherah tersasar memandangkan kena tunggu adik-adik yang ada hal mereka sendiri.Sedih.Sepatutnya rancangan kami untuk bertolak sebelum maghrib terpaksa ditangguhkan .

Saat itu..Ina asyik berdoa..mudah-mudahan sempat sampai ke Kaherah.Ina sebenarnya agak kurang selesa untuk ditunggu.Sangat tidak selesa.Sepanjang perjalan macam-macam perasaan yang timbul.
Rasa bersalah!

Sedih!
Risau!…Tapi Ina mengaku semua tu salah Ina juga.Malam itu,keadaan jalanraya amat sesak..zahmah giddan..Jam menunjukkan pukul 7 dan kami masih berada di Mansurah.Tanpa disedari..pipi terasa basah..nangislah tu!Ina rasa bersalah sangat malam tu..sangat-sangat. Akhirnya,perjalanan yang biasanya mengambil masa 2 jam 30 minit ke Kaherah menjadi 4 jam!! Alhamdulillah kami sampai di Kaherah jam 10 malam.
10 malam!!huhu..Realitinya Ina memang sudah terlewat untuk menghadiri mesyuarat!
Realitinya Ina sudah buat rakan-rakan AJKT lain terpaksa menunggu!

Lantas menjadi satu pengajaran yang besar buat diri..
Seorang sahabat menasihati Ina.Nasihatnya pendek tetapi dalam maksudnya.
‘Utamakan kemaslahatan umat daripada kemaslahatan diri’..
Diri terpanah!Lantas menjawab..’ Betul betul betul…’.
Terima kasih banyak pada dia.Buat semua rakan-rakan AJKT yang lain..dengan rasa rendah diri Ina minta maaf sangat.Insyallah kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi.
Untuk diri Ina pula..belajarlah dari kesilapan…~

No comments:

Post a Comment