Thursday, June 6, 2013

Naif

Sesetengah orang mungkin memang dilahirkan dengan sifat naif.
Sinonim dengan perkataan lurus macam bendul, tidak matang, tidak berpengalaman, masih mentah, masih hijau, keanak-anakan, mudah terpedaya dan mudah percaya.
Mungkin kerana itulah, orang sebegini sangat mudah diambil kesempatan.
Jika diperlakukan oleh insan-insan asing, mungkin tidak mengapa.
Kerana kesannya hanya seketika..
Sama seperti asingnya kedudukan mereka di dalam hati dan hidup si naif.
 
Tetapi, diperlakukan berulang-ulang kali oleh insan-insan yang sangat hampir dan dipercayai..
Sungguh, benar-benar melukakan hati.
Kerana mereka punya kedudukan yang istimewa di dalam hati.

Mungkin kerana,
Mereka jugalah yang paling mengenali sifat insan sebegini.
Mereka tahu..
Terluka bagaimana sekalipun..
Sedalam mana hati itu pernah terguris..
Insan naif tadi akan memaafkan.
Insan naif tadi akan melupakan.
Insan naif tadi akan terus mengalah dan setia.

Mungkin kita terlupa..
Insan naif juga punya hati.
Insan naif juga punya air mata yang mungkin lebih mudah tertumpah berbanding kita.
Bukan pujian, bukan juga perhatian sepenuh masa yang mereka perlukan.

Cukuplah sekadar..
Kita tidak memberikan mereka peluang..
Untuk mereka bertambah yakin..
Bahawa mereka sememangnya insan naif yang mudah dipermainkan..

 ***



2 comments:

  1. Assalamualaikum Ina...Kak Fizan ni...akak menunggu Ina punya novel tahu? semoga sukses adik, InsyAllah

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam kakak~~~
    terima kasih banyak sebab ada kepercayaan pada ina kak. Ina pun mau..Kakak doakan ya! ^_^

    ReplyDelete