Tuesday, November 24, 2009

Berkorban

Menjelang Hari Raya Aidil Adha yang bakal tiba tidak lama lagi,bagi mereka yang bermampuan sudah tentu telah bersedia untuk ‘mengorbankan’ wang yang ada untuk membeli seekor kambing,khoruf atau binatang ternak yang lainnya.Di imarah Sabah, tahun ini pun masih ada para pelajar yang turut serta untuk menjalankan ibadah korban seperti tahun-tahun sebelumnya.Semoga ibadah ini diterima Allah dan sebaik-baik ganjaran hanyalah dari Allah swt.

Dari Abu Said Al Khudri ra,bahawasanya Rasulullah saw telah bersabda kepada Fatimah ra : ‘Bangunlah ke kurbanmu dan saksikannya,sesungguuhnya titisan pertama daripada darahnya diampunkan pada kamu dosa apa yang telah lalu’.



Itu ’korban’ yang khususnya berlaku di Bulan ZulHijjah ini.Maaruf.

Konsep berkorban dalam Islam amat subjektif .Luas.
Dalam segala hal,Islam menuntut penganutnya untuk berkorban demi kesejahteraan Islam khususnya.
Dan sedar atau tidak kita semua pernah berkorban untuk sesuatu yang kita impikan.

Ayah dan ibu sanggup berkorban jiwa dan raganya demi membesarkan anak-anak agar mendapat kehidupan yang sempurna.

Si pencari ilmu sanggup berkorban,berjauhan dari keluarga tercinta,membelanjakan wang yang banyak dan sanggup berusaha demi mencari ilmuNYA yang Maha Luas.

Para pahlawan dan srikandi juga sanggup mempertaruhkan nyawa demi mempertahankan Tanah Airnya.

Golongan pendidik bangsa berkorban demi mentarbiyyah masyarakat yang kian leka.

Begitu jugalah halnya yang terjadi pada kita.
Selaku pemuda pemudi harapan agama ISLAM kita perlu melakukan pengorbanan itu!
Ya!Semangat kita sentiasa ada!
Semangat itu selalu berkobar-kobar!
Kita mahu memperjuangkan Islam!
Kita mahu berbakti untuk Islam!
Kita mahu cita-cita untuk Islam itu sendiri terlaksana!

Namun,apa cukup sekadar berkata-kata..?

Tidak!
Sudah tentu semua ini memerlukan pengorbanan yang telus dan ikhlas dari kita selaku hamba Allah swt yang yakin bahawa tugas kita di atas muka bumi ini, tidak lain hanyalah untuk mengabdikan diri untuk NYA.

(Dan tidaklah aku ciptakan jin dan manusia itu kecuali untuk menyembahKU)

Sebenarnya,kalau diperhatikan betul-betul,segala apa yang kita impikan,
Segala apa yang kita curahkan kasih padanya,
Segala apa yang kita berikan cinta padanya,
Segala apa yang kita sayang,itulah..Itulah yang membutuhkan pengorbanan!!
Memerlukan pengorbanan dari kita bagi membuktikan sejauh mana impian,kasih,cinta dan sayang itu benar-benar ingin kita perjuangkan…
Ingin kita pertahankan..!!
Semoga dengan pengorbanan pahit yang terpaksa kita hadapi itu bisa saja memberi ganjaran yang manis di penghujung jalan.

*Moga-moga hamba yang lemah ini mampu melakukan pengorbanan yang besar itu!

*’SEMARAKKAN PENGORBANAN MEMBELA YANG HAQQ’..

Salam Aidil Adha buat semua,terutamanya buat keluarga tercinta yang pada mereka rindu ini kian berbunga..

Saturday, November 14, 2009

Hakikat Zuhud


Daripada Abu Al Abbas Sahl bin Saad as Saa’idi ra,beliau berkata : “ Seorang lelaki telah datang menemui Rasulullah saw dan berkata : ‘ Wahai Rasulullah,tunjukkanlah kepadaku satu amalan apabila aku melakukannya , Allah swt cinta kepadaku dan manusia juga cinta kepadaku.’ Rasulullah saw bersabda ‘Zuhudlah terhadap dunia nescaya kamu akan dicintai oleh Allah swt,dan zuhudlah terhadap apa yang dimiliki oleh manusia,nescaya kamu akan disukai oleh manusia’.

Definisi tentang zuhud semuanya kembali kepada kata-kata yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Abu Idris al-Khawalaani ra bahawa beliau berkata :

‘Zuhud terhadap dunia bukanlah dengan makna mengharamkan yang halal dan membuang harta benda,tetapi zuhud terhadap dunia ialah kamu yakin terhadap apa yang ada di sisi Allah lebih baik daripada apa yang ada di sisi kamu.Apabila kamu ditimpa musibah,kamu amat mengharapkan ganjaran pahala daripada Nya dan juga apa yang disediakan kepadamu (di akhirat nanti ),sekalipun musibah itu kekal bersama kamu ‘.

Imam Ahmad juga berkata , ‘Zuhud terhadap dunia ialah pendek cita-cita dan tidak mengharapkan apa yang ada di sisi manusia’.

Wahab bin al Ward ra berkata, ‘Zuhud terhadap dunia ialah kamu tidak berputus asa terhadap apa yang hilang daripadamu (kenikmatan dunia) dan tidak pula bergembira dengan apa yang kamu perolehi (kenikmatan dunia ).



Kita boleh mencapai kecintaan Allah swt melalui zuhud terhadap dunia kerana Allah mencintai sesiapa yang taat kepadaNya.Cinta kepada Allah dan cinta kepada dunia adalah dua perkara yang tidak boleh bersama sepertimana yang telah ditunjukkan oleh nas.Rasulullah saw bersabda :
‘Cinta kepada dunia adalah kepala segala dosa’.

Cinta kepada dunia yang dilarang ialah dengan mengutamakan kenikmatan duniawi,tuntutan syahwat dan perkara-perkara yang melalaikannya dari mengingati Allah.Manakala cinta yang dipuji ialah yang bertujuan untuk melakukan perbuatan yang baik dan mendekatkan diri kepada Allah.

Hadith ini juga mengajarkan kepada kita bagaimanakah caranya untuk memperolehi kecintaan manusia.Caranya ialah dengan kita bersifat zuhud terhadap apa yang mereka miliki.Ini disebabkan apabila kita membiarkan mereka dengan apa yang mereka cintai,sudah pasti mereka akan mencintai kita.Kebanyakan hati manusia difitrahkan untuk cinta kepada dunia.Maka,sesiapa yang menyaingi mereka untuk mendapat apa yang mereka cintai,pasti akan dibenci dan dimusuhi.Manakala sesiapa yang tidak menyaingi mereka akan dicintai dan disayangi.

Hasan al Basri berkata : ‘Seseorang itu tetap dianggap mulia di sisi manusia selagimana dia tidak berhajat kepada apa yang ada di tangan mereka,tetapi apabila dia berhajat kepadanya,mereka tidak akan berbicara,benci dan marah kepadanya.’

~Kitab rujukan : Syarah Hadith 40 Imam Nawawi.


Tuesday, November 3, 2009

Aku Terima..



‘Timbalan Yang Di Pertua Dua,BKPSM’
Amanah itu diserah.
Amanah yang sangat besar.Berat.
Diri yang lemah ini menerima.
Diri yang penuh kekurangan ini redha.
Diri yang kecil ini akan mencuba yang terbaik.

Amanah itu diberi.
Tanda kepercayaan mereka.
Tanda keyakinan kalian..
Bahawa diri ini ‘layak’.
Air mata bergenang.
Berusaha menahannya dari tumpah.
(Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui") 1 : 30

(Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh) 33:72


(Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanah yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui) 8:27


Tewas..
Tertumpah juga.
Pipi dibasahi.
Namun,kalamNYA menenangkan hati ini..

( Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo`a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Berilah maaf kepada kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir" ) 2:286


P/S : Sesungguhnya diri yang lemah ini memerlukan sokongan,tunjuk ajar dan bantuan kalian.
Selamat menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberi kepada barisan kepimpinan
tertinggi BKPSM sesi 2009/2010.Salam perjuangan!!!