Wednesday, September 30, 2009

Seminar & Forum di Kaherah






Ada teman berkata kepada saya,menghabiskan cuti di Bumi Mesir hanya menghabiskan duit semata.Jadi bagi pendapatnya,balik ke Tanah Air adalah yang terbaik.Tahun ni merupakan tahun pertama saya menghabiskan cuti musim panas di sini.Dan overall,ianya tidaklah ‘seteruk’ mana.Malah bagi pandangan saya,kalau kena pada tempatnya,kena pada ‘rajinnya’ amat berbaloi mengisi waktu cuti kuliah di sini.
Alhamdulillah baru-baru ini,selama 3 hari berturut-turut saya berpeluang untuk mengikuti 2 majlis ilmiah yang diadakan di sekitar Bandar Kaherah.

Pada 27 dan 28 September lalu, saya dan teman-teman berpeluang menghadiri satu seminar yang diadakan selama dua hari di Universiti Cairo.Seminar yang bertajuk ‘International Conference On Malaysia: Malaysia In Global Perspective’ ini dihadiri oleh para pensyarah dan ahli-ahli Akademik yang majoritinya dari Universiti Malaya dan Universiti Cairo.Pembentangan kertas kerja yang merangkumi pelbagai aspek seperti Politik,Industri,Teknologi,Pertanian,Ekonomi di Malaysia dan sebagainya saya kira,ianya amat bermanfaat bagi Mahasiswa/wi Mesir dan Malaysia khususnya yang hadir pada seminar ini.
Pada keesokan harinya pula,satu forum perdana ehwal semasa turut saya hadiri yang bertajuk ‘Konsep 1 Malaysia: Kemana halatuju?’Ahli-ahli panel pada malam tersebut semuanya merupakan pembentang-pembentang kertas kerja dalam seminar tempoh hari,antaranya ialah Prof.Mohd Redzuan Othman,Dr.Khadija Md Khalid,Prof.Pazim Othman,Prof.Baki Bin Bakar,dan Prof.Dr.Mohammad Azam Mohammad Adil.
Sepanjang forum berlansung,saya tidak berkesempatan sedikit pun untuk merasa bosan ataupun mengantuk sepertimana biasanya apabila menghadiri forum(hehehe..kadang-kadang ja sebenarnya).Bermacam-macam idea,pandangan dan komen yang dilontarkan oleh para panel amat menarik saya kira.Forum menjadi semakin hangat apabila menyentuh tentang Perlembagaan Malaysia,Hak-hak Orang Melayu dan semangat untuk bersaing.Walaupun dikatakan pandangan dan hujah yang mereka utarakan agak ‘kritikal’ tapi ada benarnya.


Para mahasiswa mahasiswi saya kira, amat perlu untuk ‘merajinkan’ diri dengan menghadiri forum,seminar,bengkel dan majlis-majlis ilmiah yang lain sebagai satu nilai tambah yang penting yang harus ada dalam diri seorang penuntut ilmu.Semoga melalui program-program sebegini kita sebagai Siswa Siswi tidaklah 'keciciran' dan agak kaku bila berbicara soal Negara dan isu semasa.


Walaupun saya hanya berpeluang mengenali Professor-professor dan ahli-ahli Akademik ini dalam waktu yang singkat,namun secara jujurnya saya amat mengagumi identiti, iltizam mereka dalam usaha mendidik masyarakat,berbakti pada Tanah Air dan semangat juang yang ada dalam diri mereka.Sebelum berbicara mengenai mereka yang lebih jauh,sebenarnya dalam rumah Sabah di Kaherah ini sahaja,sudah tentu ada mereka-mereka yang saya jadikan Mentor dan idola.


Semoga kita selaku Mahasiswa Mahasiswi yang ada pada hari ini,bakal balik ke Tanah Air membawa satu perubahan dan akan menjadi peneraju dalam membangunkan Negara kita yang tercinta tanpa mengabaikan landasan yang ditetapkan oleh Allah swt dan agamaNYA.


Acapkali,kita mendengar disana sini mengatakan,Malaysia terkenal sebagai salah sebuah negara Islam.
Ya!!Andai benar begitu,semoga Islam dapat kita praktikkan di Malaysia sebaiknya.
Mahasiswa Mahasiswi,ayuh!!
Sama-sama melangkah dan menuju satu matlamat yang sama!!

‘’...We Must Go For Excellence!’’- Prof.Dr.Baki Bin Bakar.

Saturday, September 19, 2009

Salam Syawal 1430 H


Hati menangis.Ramadhan berlalu pergi..
Hati mengenangkan,apa masihkah berpeluang menemuinya sekali lagi?
Entah mugkin esok lusa aku kembali pada Illahi.
Semoga ibadah ini diterima.Sebaik-baik ganjaran hanya di sisi Rabbi.
Hati tersenyum.Syawal menemui sekali lagi.
Kemenangan bagi mereka yang berjaya menundukkan nafsu diri.
Setinggi kesyukuran dipanjatkan padamu Illahi.
Moga kali ini,Aidilfitri membawa seribu satu erti.
Hati sayu.Menjerit meluah rindu yang terbuku di hati.
Keluarga yang dicintai,jauh mata tapi sangat dekat di hati ini.
Ayah ibu,anaknda memohon kemaafan atas salah silap yg tidak disengajai.
Kepada semua,Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Wednesday, September 16, 2009

Ramadhan & Kenangan


Ramadhan 1430 H,tahun 2009.

Kali pertama menjalani ibadah puasa tanpa ayah, ibu dan keluarga disisi.
Sebaliknya ditemani rakan dan masyarakat Mesir.
‘Ramadhan Karim’ dan ‘Kullu Sanah wa antum bi kheir’.
Menjadi sebutan lazim di bibir.
Lampu-lampu Fanus menghidupkan malam-malam di Ardul Kinanah.Indah.
Kedai-kedai dan perniagaan ditutup lebih awal.
Mengikuti pengajian Tafaqquh Fiddin sempena Ramadhan.
Beruntung bagi mereka yang mendapat peluang itu.
Menerima hadiah Ramadhan berupa kitab pemberiannya.
Majlis berbuka puasa bersama pejuang Islam.Terharu plus gembira.
Masjid-masjid meriah menerima kunjungan para pencinta ibadah.
Rindu pada Tarawih terubat lagi.
Berbuka puasa di Maidah Rahman.
Satu keunikan yang tiada di Malaysia.
Sifat pemurah itu perlu diteladani.
Ke Hussin beberapa kali mencari langsir raya.Hehehe.
Amanah untuk mengutip zakat Fitrah.
Dapat merasa pisang dengan khunafa,cucur Balah,dan Dorayaki.
Didapati hanya pada bulan istimewa ini.
Hati tertawa kecil.Di Mesir pun ada Dorayaki rupanya.
Menunaikan tarawih bersama anak-anak Sabah yang lain.
Moreh dijamah bersama.
Indahnya ukhuwah itu.
ALLAH..Terima kasih atas peluang diberi.Alhamdulillah..
Namun disebalik kegembiraan ini,
Diri ini masih degil,
Hati terkenang, mulut menyebut,
Rindu mereka di Sabah!!!!

Monday, September 14, 2009

Rahsia Seorang Hawa

Dia..Seorang gadis..
Mudah tersenyum
Mudah tertawa
Namun begitu
Hatinya juga mudah tersentuh
Bersedih jua
Ada tika
Rajuknya bagai anak kecil
Fitrahnya begitu


Namun ..
Dia juga seorang wanita..
Punya hati dan perasaan
Menyimpan cita-cita penuh wawasan
Disamping menyulam seribu impian
Menuntut ilmu setingginya
Beramal berbakti satu tekad.
Suatu hari..
Andai bertemu pada yang bisa menyentuh hati gadisnya
Punya keluarga bahagia diimpinya
Menjadi sayap kiri suami tercinta
Menjadi ibu pada zuriatnya
Itu wanita..


Seorang gadis,seorang wanita..
Sebenarnya..
Dia jua seorang srikandi.
Punya azam dan keinginan
Untuk berbakti dan berjuang di jalan KHALIQnya
Sifat lemah- lembut bukan penghalang
Kalimah Allah tegas ingin dia tegakkan
Sungguh..
Dia punya kekuatan itu
Andai mugkin
Bisa dia bertemankan pahlawan disisinya
Indah itu mengukir senyum
Tuk menjadi tempatnya berpaut
Menjadi tempatnya bersandar
Agar perjuangan yang ditempuh
Bermatlamatkan pasti
Bersama menuju redha Illahi..

Dialah makhluk Allah bernama HAWA.Istimewa pada nilai harga dirinya.
Pada yang mampu mneyedari kelebihan itu,peliharalah dirimu sebaiknya.
Moga kau,bisa menjadi yang muslimah,yang mukminah,juga wanita solehah…

Monday, September 7, 2009

Al Quran Dusturna


Peristiwa Nuzul Quran merupakan salah satu peristiwa penting yang tersimpan dalam lipatan sejarah Islam.Peristiwa yang berlaku pada malam Jumaat,17 Ramadhan tahun ke 41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw ini amat perlu kita hayati sebaiknya selaku pembawa agama Allah swt di muka bumi ini.Ayat pertama yang diturunkan kepada Baginda saw merupakan surah Al Alaq iaitu diturunkan secara berperingkat-peringkat sehinggalah sempurnanya menjadi Mushaf Quran yang ada pada kita hari ini.

Allah berfirman :”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku.Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Al Quran merupakan satu-satunya mukjizat Nabi Allah yang masih kekal hingga ke hari ini.Sesungguhnya turunnya Al Quran merupakan rahmat yang amat besar dan berharga bagi umat Islam dan seluruh umat manusia amnya.Amat rugilah bila di zaman ini kita berbangga dengan kemodenan,kemewahan,kecanggihan teknologi dan sebagainya sedangkan kita terlupa untuk mengkaji dan mempelajari Al Quran itu.Sekiranya ini berlaku,nantikanlah saat dimana umat manusia itu sesat dan hancur!Hancur berikutan tiada pegangan dan sumber rujukan yang amat berharga!

‘Sekiranya kamu berselisih maka kembalikanlah urusan itu kepada Allah dan Rasul’!!Nah,itu dia!!Nabi Allah,Muhammad saw telah bersabda sesungguhnya 2 perkara yang Baginda telah wasiatkan kepada kita merupakan kuncinya!AL QURAN dan SUNNAH NABI saw.Nescaya kamu tidak akan sesat.Itu sebuah janji yang pasti!Janji seorang pesuruh Allah yang maksum.

Bacalah!!
Baca Al Quran itu!
Ia kalam Allah!
Bawa ia kemana sahaja!
Jadikan ia ‘teman karibmu’!
Fahami dan tadabbur sebaiknya!
Fahami dan amalkan perintahnya!
Fahami dan jauhi larangannya!
Dengan kefahaman itulah kita akan menjumpai ‘rahsia’ yang terdapat padanya.
Dengan kefahaman itu juga barulah kita mampu untuk mengangkat Islam semulianya..
Jadikan Al Quran sumber rujukan utama dalam apa jua keadaan.
Genggam ia,jangan biar tercicir!!!

Saturday, September 5, 2009

Amalan Bersedekah

Bulan Ramadhan, bulan muhasabah.
Bulan tarbiyyah.
Bulan penuh barakah.
Bertujuan bukan sekadar untuk kita menahan diri daripada makan dan minum pada siang hari,bahkan mendidik diri kita untuk memperbanyakkan amalan untuk mentaqarubkan diri pada Khaliq,Allahu Azza Wajalla.Amalan bersedekah merupakan satu tuntutan dalam agama Islam. Ibadah ini merupakan peluang untuk kita mensucikan diri daripada sifat bakhil,tamak,mementingkan diri dan secara tidak lansung sebagai tanda kesyukuran kita pada Allah atas nikmat yang diberikan.

Berfirman Allah di dalam kitabnya :(Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat gandakan (pembayarannya) kepada mereka dan bagi mereka pahala yang banyak) (57 : 18)
Adapun,bersedekah didalam bulan Ramadhan adalah yang sebaiknya berbanding bulan-bulan lain berdasarkan sabda Nabi saw : “ Seutama-utama sedekah adalah sedekah di bulan Ramadhan” (Hadith Riwayat Tarmidzi)

Rasulullah saw bersabda lagi di dalam Hadithnya : ”Seorang mukmin yang memberi makan seorang mukmin yang lapar maka kelak Allah akan memberi makan kepadanya daripada buah-buahan syurga,dan barangsiapa yang memberi minum seorang mukmin,maka kelak Allah akan memberi air minum dari syurga”. (Hadith Hasan Riwayat Tarmidzi)

Nabi Muhammad telah bersabda didalam Hadithnya “ Barang siapa memberi makan pada orang yang berpuasa maka baginya semisal pahala mereka tanpa mengurangi sedikit pun dari pahala mereka.” (HR Tirmidzi, Ibnu Majah dan Darimi. Hadith ini dishohihkan oleh Al-Albani)

Lampu-lampu Fanus yang 'meraikan' Ramadhan di Mesir.

Menjadi satu tradisi di Malaysia, lazimnya pada bulan Ramadhan inilah kita mengambil kesempatan untuk saling bertukar juadah sesama jiran tetangga. Dengan niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah Insyallah,ganjarannya tersedia di sisi Allah swt.Jangan pula,sedekah yang diberikan adalah kerana ‘terpaksa’.Terpandang sahaja pinggan milik jiran,mungkin akan timbul rasa ‘wajib’ membalas juadah yang pernah diberi.Jadi,mahu tidak mahu ‘terpaksa’ juga memberi, sedangkan ‘status ikhlas’ pada ketika itu agak kabur.Lillahi Taala atau sekadar…??Kalau ibu sendiri,ibu lebih suka memberi apa-apa juadah pada jiran dengan mengunakan bekas yang tidak perlu dikembalikan.Menurut ibu,jangan biar jiran merasa ‘terpaksa’ untuk memberi balasan.Mengangguk tanda setuju.Begitu lebih baik ku kira.



Antara budaya yang amat baik menurut perkiraanku di Bumi Mesir ini,bulan Ramadhan merupakan bulan dimana kami dapat lihat,mulalah berlumba-lumba masyarakat Arab disini dengan amalan bersedekah.’MAIDAH RAHMAN’adalah umpama satu ‘open house’ bagi istilah kita di Malaysia.Tetapi bukan diadakan selepas bulan puasa tetapi diadakan setiap hari bagi golongan yang berkemampuan untuk memberi makan pada sesiapa sahaja untuk berbuka puasa.'Cantik',bukan??Begitulah konsep bersedekah.Memberi pada yang memerlukan tanpa mengira bangsa atau warna kulit.Terbuka.Pada ketika inilah ,kebanyakan pelajar Malaysia yang menuntut disini mengambil peluang untuk sama-sama merasai pengalaman berbuka puasa dengan duduk semeja bersama orang-orang Arab.

Satu lagi budaya disini,ialah pada bulan ini,mereka akan mengagih-agihkan keperluan asas dapur seperti minyak,gula,garam,beras,dan gula sebagai sedekah.Sebakul pemberian inilah yang dinamakan ‘SYANTOH RAMADHAN’.

Walaupun kita di Malaysia tidak membudayakan seperti budaya orang Arab Mesir ini,yang penting apa-apa yang kita sedekahkan biarlah ikhlas Lillahi Taala.Semoga amalan bersedekah yang kita amalkan di bulan ini boleh menjadi satu peluang untuk kita menjadikannya satu tabiat yang kita akan tanam laksanakan sepanjang masa dan bukan setakat pada bulan ini sahaja.

Buat keluarga,sahabat handai,guru-guru dan semua yang berada jauh di Malaysia,doaku untuk kalian..
KULLU SANAH WA ANTUM BI KHAIR..^_^