Thursday, July 30, 2009

Tangan Bertuah

CUBA perhati dan rasa tapak tangan anda.Ermm....adakah ia rata atau berlekuk?Kata orang tua-tua,tapak tangan yang agak berlekuk menunjukkan seseorang itu suka dan pandai menyimpan duit (menabung) dan bijak berbelanja.Kebenaran 'mitos' ini???Wallahua'lam..^_^

Teringat di zaman sekolah menengah dulu,Ina suka menabung.Duit belanja yang ayah ibu beri setiap hari dikumpul sedikit demi sedikit.Bank Islam yang terletak di Wisma Muis menjadi tempat persinggahan Ina setiap hujung bulan untuk menambah wang dalam akaun yang dibuka secara diam-diam.(hehehe..nakal eh dulu..)Walaupun jumlah yang berjaya ditabung tidaklah selumayan mana,tapi berkat usaha sendiri tu betul-betul membuat Ina belajar mengerti betapa susahnya untuk mencari duit dan jangan boros!!

Allah berfirman mafhumnya : { Dan (termasuk hamba-hamba Tuhan yang Maha Pengasih ) orang-orang yang apabila membelanjakan harta,mereka tidak berlebihan,dan tidak pula kikir,di antara keduanya secara wajar} Al Furqan : 67

Hidup di Mesir mengajar Ina berdikari.Berikutan harga barang dan kos sara hidup di sini yang agak tinggi,kalau boleh tidak perlu lagi susahkan ayah dan ibu menghantar wang belanja setiap bulan.Disini,Ina respect mereka yang sambil belajar membuat kerja sambilan untuk mencari wang.Mungkin untuk menampung perbelanjaan hidup di sini atau juga untuk menabung.Ada yang rajin berniaga,menjadi Tour Guide sambilan,menjadi ejen tiket,ejen bagi perkhidmatan kargo kitab ke Tanah Air,mengambil upah menjahit dan sebagainya.

Cuti kali ini,Ina menolong Kak Laha untuk berniaga.Dari situ,terdetik pula untuk mengembalikan tabiat yang sudah lama ditinggalkan sebelum ini.Jangan manja!Belajar hidup susah!Kerana dari kesusahanlah,kemanisan yang akan terhasil kelak akan lebih dihargai.Walaupun agak penat,tapi itulah yang mengajar Ina erti sabar,dan belajar untuk sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan.


Menabung Amalan Mulia

Itu cerita sekarang.Di masa hadapan pula,kelak kita akan menjadi seorang suami,isteri seterusnya ayah juga ibu.Mencari rezeki dan nafkah untuk keluarga sudah menjadi satu kewajipan yang perlu dipikul.Andai sifat boros sudah menjadi satu tabiat dari sekarang,tidak mustahil ia akan terbawa-bawa hingga ke saat itu.Sebaliknya sifat suka menabung dan menyimpan ini merupakan satu tarbiyyah yang baik untuk semua .Ia akan mendidik kita supaya menjadi seorang yang berjimat-cermat,tidak boros,dan mungkin juga boleh membantu di saat kita menghadapi masalah 'kegawatan'.

Apapun,tidak kisahlah tapak tangan milik kita berlekuk atau tidak.Yang penting,biarlah ia menjadi 'tangan bertuah'.Bertuah kita memilikinya kerana ia pandai menyimpan,bijak membelanjakan harta yang ada sebaiknya dan tidak membazirkannya sewenang-wenangnya.

Monday, July 27, 2009

Pesanan Imam Al-Ghazali



TEMPOH hari,Ina dan Kak Laha ke Maktabah Darul Salam yang bertempat di Hayyu Sabie’.Bila sudah sampai ke bookstore ni mesti ada saja yang dibeli.Kali ini, Ina ingin berkongsi salah satu buku yang Ina telah beli yang bertajuk ‘Letter from Imam Ghazali to One of His Students’.Sebelum kita mengamati setiap bait kata-kata dan nasihat beliau,adalah lebih baik rasanya kita berkenalan dahulu serba sedikit tentang syakhsiah diri beliau.

Imam Al Ghazali merupakan salah seorang tokoh pemikir Islam yang terkenal bukan sahaja di kalangan orang Islam malah di kalangan orang bukan Islam.
Nama penuh beliau adalah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al Ghazali Al Tusi As Syafie dan beliau lahir di kota Tus yang terletak di negeri Kurasan.
Beliau sangat tinggi ilmunya dalam pelbagai bidang seperti falsafah,akidah,fiqh,ilmu kalam.Tasawwuf,pendidikan ,politik dan sebagainya.
Imam Al Ghazali lahir dalam keluarga yang miskin tetapi kuat pegangan agamanya.Semasa hayatnya Imam Al Ghazali banyak memperkatakan mengenai pendidikan,dalam konteks kaedah pembelajaran dan penyebaran ilmu.

Di antara pesanan beliau kepada anak muridnya :

  • ‘Wahai anak,adalah mudah untuk kita memberi nasihat.Tetapi sukar untuk menerimanya kerana ianya pahit.Terutamanya bagi mereka yang mengikut dorongan hati dan nafsu untuk melakukan perkara-perkara yang dilarang.’

  • ‘Wahai anak,Janganlah berhenti dari melakukan amal-amal kebaikan,jagalah ibadahmu,dan pastikan ilmu yang engkau pelajari digunakan sebaiknya.’
    Imam Ghazali memberi perumpamaan,’Seorang pahlawan yang berhadapan dengan seekor singa dan dia membawa 10 pedang dan senjata lain.Persoalannya adakah senjata-senjata tadi akan dapat mengelakkan dirinya daripada ditimpa bahaya tanpa menggunakannya?’
    Jawapannya disini jelas.Ia tidak akan mampu melindungi pahlawan tadi tanpa menggunakan senjata tersebut.Begitulah juga halnya dengan ilmu.’

  • ‘Wahai anak,biarpun kau habiskan 100 tahun dengan menimba ilmu dan mengumpul ratusan kitab,engkau tidak akan mendapat rahmat dan kasih sayang Allah kecuali dengan engkau melakukan amalan-amalan kebaikan’.
    Allah berfirman mafhumnya : “dan bahwasanya seorang manusia tiada akan memperoleh selain daripada apa yang telah diusahakannya” (53 :39)

  • ‘Wahai anak,hiduplah sebagaimana hidup yang engkau mahu,tetapi ingat yang engkau tidak akan dapat mengelakkan mati.Sayangilah sesiapa sahaja yang engkau kehendaki,tetapi ingat yang engkau akan dipisahkan dari mereka.Lakukanlah apa yang engkau mahu,tetapi ingatlah bahawa setiap tindak tandukmu akan dihitung kelak.’


  • 'Wahai anak,ingatlah sesungguhnya Luqmanul Hakim telah menasihati anaknya,'Wahai anakku,janganlah engkau biarkan ayam jantan itu lebih cerdik darimu.Di ketika ia berkokok tika dini hari,sedangkan engkau masih lagi tidur'.

  • ‘Wahai anak,apa yang engkau perolehi daripada ilmu falsafah,pertengkaran,ilmu perubatan,bait-bait sajak,ilmu angkasawan dan sebagainya,melainkan hanya membuang masa mu??Telah disebut di dalam kitab Injil yang telah diturunkan kepada Nabi Allah Isa a.s “Dari saat sesorang yang mati itu diletakkan di dalam keranda dan sehinggalah dia dibawa ke kuburnya,Allah swt akan menanyakannya 40 soalan.Dan yang pertama ‘Wahai hambaku,kau telah mengabdikan dirimu selama bertahun-tahun untuk meraih pujian dari manusia.Padahal engkau tidak pernah luangkan sejam pun untuk Ku,sedangkan setiap hari aku melihat ke dalam hatimu.Kenapa engkau boleh melakukan semua ini untuk manusia lain,tetapi tidak untuk Ku?Sedangkan engkau dilimpahi dengan rahmat dan kurniaan Ku?Adakah engkau tuli atau tidak berakal??’

  • ‘Wahai anak,berilmu tanpa beramal adalah satu kegilaan.Dan beramal tanpa ilmu adalah mustahil.Berilmu tentang sesuatu,tetapi ia tidak menghalangmu dari melakukan dosa,dan tidak menambahkan ketaatanmu,sesungguhnya ia tidak akan dapat menghalangmu dari api neraka.Dan sekiranya engkau tidak melakukan kebaikan pada hari ini dan menyesali masa lampaumu,maka kau akan menyesal di Hari Akhirat kelak.’

  • ‘Wahai anak,berapa malam telah kau luangkan masamu untuk membaca buku,dan ia menghalangmu dari tidur?Sesungguhnya aku tidak tahu apa alasan disebalik semua ini.Berdukacitalah ke atas dirimu jika ia adalah untuk meraih kesenangan di dunia,membuatmu bangga diri,berikutan kedudukan tinggi dan pangkatmu dan membuatmu bermegah-megah di hadapan temanmu.Semoga rahmat Allah bersamamu jika tujuanmu tadi adalah untuk menghidupkan agama yang dibawa oleh Muhammad saw,memperbaiki akhlakmu,dan menundukkan jiwamu yang mengajak kepada kejahatan’.

Wallahu Subhanahuwa Taala A'lam~

Saturday, July 25, 2009

Zikrayat~Rehlah Matrouh Siwa '09


‘’QUL SIIRUU FIL ARDHI’
’Katakanlah,berjalanlah di muka bumi’

Kata orang, jauh perjalanan luas pengalaman.Alhamdulillah baru-baru ini BKER BKPSM telah mengadakan satu lagi rehlah untuk melawat tempat-tempat yang menarik di Matrouh dan Siwa.
Pada malam tu,kami bertolak agak lewat,walaubagaimanapun semangat tu tetap ada..heheh..Lebih kurang 28 orang ahli BKPSM telah mengikuti rehlah ini dengan menaiki coaster.Walaupun keadaan coaster kami agak sempit tapi kami semua sangat gembira sepanjang mengikuti rehlah pada kali ini.

Sepanjang perjalanan pada malam itu,rasanya rata-rata hanya tidur-tidur ayam.Yalah mungkin kurang selesa agaknya.Kami sampai di Muhafazah Matrouh kira-kira jam 8.00 pagi.Setelah selesai mencari rumah untuk didiami untuk 3 hari 2 malam,kami meneruskan program pada hari pertama dengan menuju ke pantai Ageeba.Setelah sampai ke destinasi,penat dan rasa mengantuk kami hilang dengan sendirinya.SUBHANALLAH…Indahnya ciptaan Allah membuat kami terpegun dengan kecantikan laut ini. Pantai ini dinamakan dengan pantai Ageeba(Ajaib) kerana ia terkenal dengan 7 warna yang ada pada laut ini.Ada juga yang mengatakan bahawa jika diperhati betul-betul terdapat kalimah Allah dan Muhammad di dasarnya .Tatkala menatap laut biru yang luas terbentang,terasa kecil diri ini disisi Sang Pencipta.

‘”Dan katakanlah: "Segala puji bagi Allah, Dia akan memperlihatkan kepadamu tanda-tanda kebesaran-Nya, maka kamu akan mengetahuinya. Dan Tuhanmu tiada lalai dari apa yang kamu kerjakan". (27:93)




Saat mata menghayati permandangan laut yang membiru,rasa syukur menyelubungi diri.Betapa bertuahnya diri ini diberi peluang untuk belajar dan menuntut ilmu di sini berbanding beribu insan lain.Laut yang terbentang luas mengingatkan diri akan betapa luasnya ilmu Allah swt yang telah dirakamkan dalam kalam Allah dengan firmannya yang bermaksud :

“. Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering) nya, niscaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (31:27)



Sejurus selepas itu,kami bergerak untuk melawat tempat-tempat lain seperti Hammam Cleopatra.Tempat ni memang cantik.Hammam Cleopatra ini juga sangat ramai dikunjungi oleh penduduk Mesir sendiri bersama keluarga masing-masing untuk bercuti dan bersantai.Tapi sayangnya tidak banyak info yang kami tahu mengenainya.Dalam ucapan YDP BKPSM sebelum kami pulang ke Kaherah,katanya, itu tidak menjadi masalah berbanding jika kita tidak tahu siapa dia Imam Syafie daripada siapa dia Cleopatra.(betul,betul,betul..hehehe)Tapi InsyaAllah sedikit research akan dibuat juga,untuk pengetahuan am.



Ermmm kalau mahu diceritakan satu persatu,ermm.. alamatnya inilah post paling panjang dalam Blog Wardatul Asfar ni kan.Dipendekkan cerita,antara tempat-tempat yang kami lawati di Siwa pula seperti Jabal Mawta,Ma’bad Amon Ray,kolam Cleopatra dan sebagainya.



Malam terakhir kami di Matrouh,rasa sayu pula hati ni untuk balik ke Cairo.So,malam tu kami ambil kesempatan ni untuk berbasikal.Seronok dapat cycling bersama teman dan adik-adik.Lepas tu,kami ke Souq Libya yang terkenal dengan minyak zaitun,Balah biluz,kurma coklet,dan macam-macam lagi. Malam itu memang zahmah(sesak) dengan penduduk tempatan Matrouh dan tidak kurang juga dengan para pelancong.Jalan punya jalan,kami tidak sedar pun yang jam sudah menunjukan jam 1 pagi.Kalau tengok keriuhan dan kesibukan di Souq tu,macam baru jam 9 malam.Dengan rasa hepi yang diseliti penat kami pun balik ke rumah,dan esoknya kami akan pulang semula ke Kaherah.



Overall,rehlah kali ni memang seronok.Tahniah pada Ajk BKER atas usaha yang dilakukan.Apapun sebenarnya rehlah di bumi Mesir ni bukan sekadar satu ‘cuti-cuti Malaysia’,sebaliknya kalau diamati betul-betul banyak hikmah yang boleh didapati.Sesungguhnya Allah telah berfirman..

“Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin” (51:20)

*SWEET MEMORY~21-23 JULAI 2009

Friday, July 17, 2009

Aku ingin bercerita


BUMI Mesir semakin hari semakin merasakan bahang kepanasannya disini.
Alasan itu menyebabkan sesetengah daripada pelajar-pelajar di Ardul Kinanah ini lebih memilih untuk menetap sahaja di rumah daripada berpanas di luar.Mungkin kerana sebab itu jugalah ramai yang membuat keputusan untuk balik bercuti di Malaysia.

Bagi Ina pula,cuti kali ini sudah ada rancangan yang disusun untuk mengisi masa yang terluang.Sementara menunggu natijah yang bakal keluar tidak lama lagi,Ina dah targetkan,untuk menghabiskan Talaqi Quran bersama Syeikh Nabil dalam masa cuti ni juga.Di samping itu,Ina selaku Timbalan Ketua yang diamanahkan untuk menjaga dan menguruskan Biro Dakwah dan Tarbiyyah BKPSM akan cuba untuk melaksanakannya sebaik mungkin.


Baru-baru ini, Alhamdulillah akhirnya Ina dah ada kekuatan untuk membuat pemeriksaan juga di hospital setelah dinasihati dan ‘dipaksa’ oleh sesetengah pihak.Prosedur yang sama Ina lalui di sini sepertimana yang telah dilalui di Sabah sebelum ini.Kalau dulu,Ibu yang setia dan terpaksa bersusah-payah untuk membawa Ina ke Klinik,tapi di sini Ina ditemani Kakak dan rakan sebaya.Bersyukur dapat teman seperti mereka.Apapun,mudah-mudahan selepas ni Ina tidak perlu lagi untuk ke hospital.Heheh..


Disini,Ina tinggal sebumbung dengan rakan-rakan lain yang berlainan sekolah,asal dan bangsa.Jauh dari keluarga,jauh dari sanak-saudara.Tetapi kami semua ada satu persamaan yang jelas.Kami orang Sabah!!Hehe..Oleh sebab tu,kami semua mempunyai hubungan yang sangat rapat dan baik antara satu sama lain.Macam adik-beradik.Baru-baru ni Hari Keluarga BKPSM telah diadakan selama 3 hari.Herm..Seronok!Sebab daripada program ni,yang jauh kami dekatkan dan yang dekat kami rapatkan.So Sweet~

Mungkin Ina tidaklah sesibuk AJKT BKPSM yang lain,tapi kadang-kadang Ina rasa busy jugalah sebab Ina dan Ajk BDAT yang lain akan menganjurkan beberapa program BDAT yang akan dijalankan dalam masa yang terdekat ni,iaitu Program Duat 2 dan Forum bersempena malam Isra' Mi'raj.Maktabah Al Marjan yang telah pun ditaklifkan di bawah Biro kami ini, perlu kami atur dan selesaikan secepat mungkin.Walaupun bilangan Ajk Bdat tidak ramai,tapi InsyaAllah Ina yakin kami boleh semua ni berkat kerjasama semua.

Rancangan Ina untuk bercuti ke Iskandariah dan Zaqazig mungkin tidak berkesempatan,tapi Insyallah,kami akan mengikuti rehlah ke Matrouh/Siwa anjuran BKER pula.Barulah ‘bercuti’ namanya.Hehehe…Pada bulan Ogos pula nanti,Ina selaku Pengarah program ‘One Soul’(Wanita Solehah) diberi amanah untuk organize salah satu program anjuran WISA ni.

Apapun,disebalik kesibukan ni sebenarnya tersimpan seribu satu hikmah buat Ina.
Apa dia???Herm…semua ni mengajar Ina untuk menghargai masa sebaik mungkin,jangan malas,jangan manja dan meminjam petikan dari filem Laskar Pelangi iaitu janganlah mahu menerima sahaja sebaliknya belajarlah untuk memberi sebanyak-banyaknya.

Apa yang mahu diberikan???
“Banyak.” ^_^

Tuesday, July 7, 2009

Bulan Rejab yang Istimewa

APABILA kita meneliti kepelbagaian sumber yang ada di tangan ulama, didapati Bulan Rejab ada keistimewaannya tersendiri. Tidak hairanlah inti sari (matan) hadis “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku..” disokong oleh Ulama’ Muktabar.



Justeru,pada bulan ini umat Islam berlumba-lumba mengerjakan amal ibadah dan memperbanyakkannya seperti solat-solat sunat,berpuasa sunat,Qiamulail,zikir,Tahmid bersedekah dan sebagainya.Semoga amal ibadah yang yang diiringi dengan niat yang ikhlas kelak mendapat ganjaran di sisi Allah Swt.


Selain daripada ganjaran yang dijanjikan Allah bagi mereka yang mengerjakan ibadah di bulan ini,peristiwa Israk dan Mikraj turut menambahkan keistimewaan bagi bulan ke 7 dalam kalender Hijrah ini.Israk dan Mikraj merupakan satu peristiwa paling agung yang berlaku di bulan Rejab, setahun sebelum penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah.

Tidak perlu diragui lagi,umat Islam wajib mempercayai dengan penuh keyakinan akan peristiwa ini.Peristiwa bersejarah itu diabadikan dalam al-Quran,padanya mengandungi hikmah yang amat besar, menunjukkan kekuasaan Allah swt mencipta alam ini dan membenarkan lagi kerasulan Muhammad s.a.w.

Ia peristiwa sangat luar biasa, mencabar pemikiran manusia seisi alam kerana ia berlaku di luar pencapaian pancaindera biasa manusia, namun bagi golongan beriman tetap yakin dengannya kerana sesungguhnya ia bukti kekuasaan Allah swt.Dalam Islam, Ulama’ mencapai kata sepakat sesiapa yang meragui atau tidak mempercayai peristiwa Israk dan Mikraj hukumnya kafir.

“Maha suci Allah yang membawa hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram (di Makkah )hingga ke Masjid Aqsa (di Palestin )yang diberkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Allah jugalah yang amat mengetahuinya.” (Surah al-Isra':1)

Tetapi bagaimana pula bagi mereka yang meragui dan tidak mempercayai akan peristiwa agung dalam sejarah Islam ini?Ketahuilah sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa akan tiap-tiap sesuatu,meliputi setiap perkara di langit dan di bumi.Ia berlaku bukan atas kehendak Baginda saw,bahkan kerana Iradah Allah swt semata.Di antara hikmah peristiwa ini,adalah untuk menguji dan membezakan di antara umat baginda yang benar-benar beriman kepada Allah dan RasulNya ataupun mereka akan berpaling darinya sejurus selepas mendengar apa yang di khabarkan oleh Baginda Nabi saw.Walaupun ia kedengaran pelik dan impossible di mata manusia, namun iman yang kukuh akan mengusir segala keraguan yang timbul.Sesungguhnya,’mustahil’ itu tidak selayaknya disandarkan pada Allah swt.Subhanallah~

Daripada riwayat, menceritakan pada malam tersebut,didatangkan haiwan iaitu Buraq untuk ditunggangi Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan 'Israk' dan sepanjang perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dengan ditemani Jibril.

Tiba di tempat tertentu Rasulullah diarah oleh Jibril supaya berhenti dan bersolat dua rakaat, seperti di Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah, Bukit Tursina (tempat Nabi Musa a.s. menerima wahyu) dan Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa a.s. dilahirkan).
Baginda juga menyaksikan tempat yang berbau harum iaitu bau kubur Masyitah (tukang sikat rambut anak Firaun) bersama suami dan anak-anaknya yang dibunuh Firaun, segolongan sedang memecahkan kepala, golongan yang menutup kemaluan mereka dengan secebis kain serta lelaki dan perempuan memakan daging mentah berbau busuk.


Ketika Mikraj (ke Hadhratul Qudus menemui Allah) Baginda didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah s.a.w. dan Jibril naik ke tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).


Baginda dinaikkan ke beberapa lapisan langit bertemu dengan kalangan Nabi dan Rasul, termasuk Nabi Isa, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya.Baginda juga bermunajat dengan Allah dan dalam munajat itu baginda menerima perintah melakukan solat 50 waktu sehari semalam, yang kemudiannya dipendekkkan kepada lima waktu saja.


Dikatakan,Batu di Masjidil Aqsa juga terangkat kerana hendak mengikut bersama Rasulullah s.a.w ke langit disebabkan sayang dan tidak hendak berpisah dengan Nabi. Itu adalah tanda kebenaran yang sangat jelas.Sesiapa saja boleh ke Baitul Maqdis melihat batu terbabit yang masih boleh dilihat dengan jelas hari ini.Wallau Subhanahu wataala a’lam~

Apapun, peristiwa ini mampu meningkatkan lagi iman mereka yang beriman sepenuhnya pada Allah dan Rasulnya...Semoga kita tergolong di dalam gologan tersebut.Amin~



p/s : Impossible is Nothing~

Saturday, July 4, 2009

Cuti Musim Panas d'Cairo


TARIKH hari ini pada tahun lalu,Ina sudah pun berada di Sabah untuk menghabiskan cuti musim panas sekaligus berpuasa dan menyambut Hari Raya bersama keluarga.Berbeza pada tahun ini,Ina membuat keputusan untuk menghabiskan cuti pada kali ini di Bumi Mesir untuk mengikuti kelas-kelas Tafaquh,Talaqi dan program-program yang akan dianjurkan oleh Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir.Pada masa yang sama InsyaAllah Ina buat pertama kalinya akan mengambil natijah Imtihan pada tahun ini dengan sendirinya,memandangkan pada tahun lalu teman-teman yang mewakilkan kerana Ina berada di Sabah pada ketika itu.Di samping itu dapatlah Ina merasa untuk berpuasa Ramadhan dan beraya bersama teman-teman di benua ini.
Cuaca yang mencecah 40'c di bumi Anbiya ini betul-betul menguji.Oleh sebab bahang kepanasan tu sahaja lebih ramai yang memilih untuk duduk di rumah seharian.Tetapi tidak kurang juga yang 'gagah' mengharungi kepanasan yang 'menggigit' untuk keluar mengikuti kelas-kelas Talqqi dan kelas-kelas Tafaqquh.Semoga semangat mereka itu bisa memberi kesan pada kita juga.Lumrah bagi pencari ilmu..'Bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian' dan 'Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.'


Pada saat menghantar teman-teman yang balik ke Malaysia di Mator ,tiba-tiba hati didatangi perasaan rindu yang tiba-tiba.Teringat pada keluarga,guru-guru dan kampung halaman dan negara yang tercinta.Titisan jernih bergenang di hujung mata.Hermmm..tidak mengapa, hati memujuk.Doa Ina buat semua teman-teman samada yang berada di sini atau di Tanah Air,semoga cuti pada tahun ini kita akan manfaatkan sebaiknya.Bagi yang bercuti di sini,ambillah peluang ada untuk kita sama-sama mencari ilmu.Bak kata seorang kakak ,'Jangan dilayan sangat malas tu!!'.Apapun tepuk dada,tanya......sakit ka ndak??Hehehe...^_^

Bazaria Darul Iman 09

PADA 27,28 dan 29 JUN 09 yang lalu,salah satu Badan Kebajikan Pelajar di Mesir iaitu KPT telah mengadakan Bazaria Darul Iman yang bertempat di Hayyu Asyir.Selepas mengikuti Bazar Asean bulan April yang lalu,Ina ingat memang tidak mahu lagi mengikuti Bazar selepas ini.Tetapi ternyata sangkaan itu meleset.Seperti biasa Kak Laha menjadi mastermind untuk gerai Aramaiti Corner.


Kalau dah namanya Bazar,penat usah ceritalah.Menjaga gerai pada musim panas di Bumi Mesir betul-betul menguji kesabaran.Mahu saja setiap 5 minit air membasahi tekak yang kering.Baru setengah hari 2 botol 1.5 liter air mineral yang dibawa habis Ina dan teman minum tanpa disedari.Hehehe…Sebelah malam pula,pernah juga Ina dan seorang adik tidak tidur sampai ke pagi gara-gara untuk menyiapkan makanan-makanan yang akan dijual esok hari.Filem Nujum Pak Belalang dimainkan untuk menemani malam yang sepi.Khusyuk kami menguli dan mengelim karipap-karipap yang sekalian banyaknya.Boleh-boleh lagi terlelap seketika dengan karipap di tangan.Heheh….Lucu.Hanya Allah yang tahu betapa mengantuknya kami pada malam itu.Hehehe…



Walaupun penat dan tidur yang kurang cukup,tetapi best juga kalau difikir-fikir balik.Bazar yang dianjurkan pada kali ini agak berbeza dari Bazar Asean yang kami ikuti sebelum ini.Tiada istilah berlakunya ikhtilat antara Ikhwah dan Akhawat sepanjang Bazar berlansung,tetapi kemeriahan dan keseronakan itu tetap dirasai bersama.Rasa gembira dapat berkenalan dengan kakak-kakak dari negeri lain dan juga teman-teman baru yang lain.Bagi pelajar-pelajar luar Negara,khususnya di Mesir dengan adanya Bazar rindu pada hidangan tradisi dapat dihilangkan.Pada hari-hari berlansungnya Bazar,makanan harian orang Arab seperti Isy,Fatir,Tokmiyah,Khusyairi diganti dengan menu tradisi Malaysia seperti Mee Rojak,Soto,Bakso,Laksa,Nasi Dagang,Mee Bandung dan sebagainya…Nyam nyam..memang sedap.Tapi,poket pun makin kering la…Hehehe..

Sewaktu berada di tapak Bazar,Ina dan teman terfikir..macamana pula Bazar WISA yang akan datang ya tanpa ada kakak-kakak yang otai memasak nih..??Huhuhu….