Thursday, April 16, 2009

Kerisauan Menjenguk


‘Kullu Aatin Qareeb’
Pejam celik tanpa disedari ia makin hampir
Sangat hampir hingga membuat diri ini rasa lelah
Takut,gementar,susah hati,risau
Terkadang air mata mengalir sendiri sebagai ganti hela nafas yang panjang

Risaulah..
Risaulah andai dirimu belum bersedia lagi
Risaulah jika dirimu rasa belum mencuba sehabis baik
Risaulah bila dirimu bermuhasabah sendiri
Adakah sudah sempurna amanah yang kau pikul sebagai seorang pencari ilmu?
Risaulah andai dirimu mengenangkan adakah pertolonganNYA
masih bersamamu lantaran dosa yang tidak terniat
Risaulah bila dirimu teringat harapan Ayah Bonda yang setia menanti khabar
gembira darimu disini
Risaulah..kerana sesungguhnya rasa itu akan buat dirimu akan terus mencuba yang terbaik
Tanpa berputus asa,terus berusaha
Dengan risau itu akan membuatmu terjaga dari lena yang membuai
Akan membuat dirimu rela berkorban untuk mendapatkan apa yang kau dambakan

Disebalik timbunan rasa risau mu itu
Selitkanlah senyuman dan kesyukuran
Sesungguhnya dirimu bukan bersendirian disini
Gantungkan tali pengharapan dan setangkai doa setingginya pada Sang Pencipta
Kerana hanya pada Nyalah sebaik-baik tempat mengadu dan memohon pertolongan
Moga dengan rahmatNya kita dipermudahkan ..

Firman Allah yang bermaksud :
“ Wahai orang-orang yang beriman mintalah pertolongan (dari Tuhanmu) dengan jalan sabar dan solat.Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar )

*Salam Mujahadah buat abang-abang,kakak-kakak,rakan seperjuangan dan adik-adik yang bakal berhadapan dengan fatrah imtihan di Ardul Kinanah ini.USAHA + ISTIQAMAH +DOA +TAWAKAL PADA ALLAH.Semoga ilmu yang diperolehi bukan sekadar untuk dikertas tetapi menjadi ilmu yang kekal di dada dan diberkati.Amin.INNALLAHA MA’ANA~^_^

Sunday, April 12, 2009

3 Hari Yang Memenatkan

Festival Kebudayaan dan Sukan ASEAN 2009 yang diadakan pada 9,10,11 April baru-baru ini pertama kali yang Ina sertai.Di tengah-tengah 'kesempitan' masa,namun tetap hadir untuk menyertai Baazar atas sebab tersendiri.Pengalaman kali ini buat Ina teringat suasana Bazaar Ramadhan di Malaysia sebelum ini.Cuma rasa agak janggal bila dikelilingi ustaz-ustaz,rasa segan hanya 'kami' yang tahu.(hehehe.....)Mungkin ini yang pertama dan terakhir kalinya.


Penat selama tiga hari kerana kurang tidur, agak terubat apabila mendapat kesempatan untuk menghadiri konsert yang turut dihadiri oleh salah satu favorite group nasyid Ina,Daie Nada.Ucapan mabruk juga buat rakan-rakan yang menjadi AJK festival ini dan rakan-rakan Banin yang talah membuat persembahan kompang yang mantap.Keep up a good work!!

Wednesday, April 1, 2009

Tikk..Tokk..Tikk..Tokk..



Sedar tak sedar hari ni sudah masuk hari pertama dalam bulan April 2009.Ermm..Terasa bagai baru semalam menyambut kedatangan tahun baru.Samada sedar atau tidak,kita akui cepatnya masa berlalu.Andai masa yang telah pergi itu kita tidak hargai sebaiknya,nescaya termasuklah kita dikalangan orang yang rugi.(Nauzubillahi min zaalik..)


Firman Azza Wajalla dalam KItabNYA :
“ Demi masa!Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.Kecuali mereka yang beriman dan berbuat kebaikan dan mereka saling berpesan-pesan dengan kebenaran,dan saling berpesan-pesan dengan kesabaran “ ( Al Asr:1-3 )

Rasulullah saw juga ada mengingatkan kita tentang pentingnya menjaga masa dalam Hadisnya :
Daripada Anas Bin Malik r.a berkata :Rasulullah saw bersabda ; “Tidak akan terjadi Qiamat sehingga masa menjadi singkat.maka setahun dirasakan seperti sebulan,sebulan dirasakan bagai seminggu,seminggu bagai sehari , sehari bagai sejam,dan sejam bagai satu percikan api" (H.R Tirmizi)



Begitulah pentingnya untuk kita menjaga dan menghargai setiap detik yang diberikan,agar setiap saat yang berlalu tidaklah menjadi sia-sia.Bagi Ina secara peribadi,keluar dari rumah tanpa memakai jam..huhh..bagai ada yang kurang.Kehilangan sesuatu.Tidak sempurna rasanya.Mahu saja balik cepat ke rumah untuk mengambil jam.Tanpanya, terasa akan lewat sahaja untuk mengerjakan sesuatu pekerjaan.Takut tidak sempat melakukan aktiviti yang telah disusun akibat ‘kehilangan’ masa.Kerana sekali ia pergi,tak mungkin berulang kembali.
Persekitaran menuntut ilmu di benua asing,sepatutnya menjadikan kita lebih menghargai masa agar setiap detik yang berlalu di’sibuk’kan dengan pengisian yang berguna.Lebih-lebih lagi di Mesir yang kaya dengan ‘pintu-pintu’ ilmunya..bertuah kita.Memegang title sebagai ‘PELAJAR’,sudah tentulah kita maklum dan sinonim dengan kalimah ‘SIBUK’.Lumrah bagi penuntut ilmu….Muhadarah kuliah,kelas tambahan di rumah-rumah negeri,Talaqqi,mesyuarat Biro,menghadirkan diri dalam program-program persatuan,kelas-kelas Tafaquh..huhhh…memang banyak dan memang sibuk.Jika masa tidak disusun sebaiknya sudah tentu yang penting tidak terbuat dan yang kurang muhim terluang banyak masa disana.

Itulah pentingnya jadual.Ya….jadual peribadi harian.Hehehe…Tahu,sekadar cakap memanglah senang dan mudah.Dan Ina yakin ramai saja di antara kita mempunyai jadual masing-masing.Tetapi masalahnya…untuk dibuat tidaklah semudah bercakap,kan??Ermm..setia dan sabar mengikuti apa yang telah dijadualkan sememangnya memerlukan disiplin diri yang kuat.Semangat dan sifat amanah pada diri sendiri penting.Kalau tidak,jadual yang telah terlekat hanya bakal menjadi perhiasan dinding semata.

Oopss..Rilek….jangan pula kita menganggap dengan adanya jadual,kita akan terkongkong.Tidak..Dalam jadual itu bukanlah semata-mata diisi dengan jadual kuliah dan masa belajar sahaja.Selitkan juga masa-masa untuk kita santai dan rehatkan diri.Contohnya bagi yang jauh diperantauan ni,luangkanlah masa untuk melayari Internet,pastikan kita tahu tentang perkembangan isu semasa di Tanah Air khususnya,ambil masa untuk berhubung dengan keluarga dan teman-teman,bertanya khabar,menonton movie dan mungkin juga dengan ber ‘chatting’.Satu perkara yang penting juga ialah jangan lupa ambil masa untuk beriadah!!Kerana…"عقل السليم في جسم السليم"Penting tu,ingat tau!^_^

‘Fatrah Imtihan’ is on the way…Mudah-mudahan kita semua dapat atur masa kita sebaiknya.Bagi yang sibuk dengan hal-hal sampingan (heheh..sepa yang paham,paham la tu)niatkan dalam hati bahawa semua yang kita kerjakan tu ikhlas Lillahi Taala dan Semoga ianya dikira sebagai Ibadah disisi Allah Swt…Amin.Akhir kalam,Salam Mujahadah Buat Semua~