Thursday, March 26, 2009

Love Our Hijab



Andai di tanya..’Kenapa kamu memakai tudung ??Kamu tak rasa panas??’ Patut kah kita menjawab ‘kerana itu perintah dari Allah.Kalau kamu tidak patuh akan suruhan Nya,nerakalah tempat mu dan sesungguhnya neraka itu lebih panas berbanding kamu memakainya’.Ermm..jawapan yang betul tapi tidak kena.Bukankah berdakwah juga perlu berhikmah?? (^_^)

Katakanlah padanya ‘Wahai gadis,rambutmu adalah mahkota.Tinggi nilainya yang sangat perlu untuk kau jaga.Bayangkan kau dihadiahkan sebutir permata yang jutaan ringgit harganya.Hanya ada 1 dalam 1000 di dunia ini.Adakah kau akan mempamerkannya pada khalayak ramai?Ditayangkan di sana sini?Sudah tentu tidak bukan?Mahu saja kau simpan ia di kotak yang cantik,dikunci dan kau simpan di tempat yang kau rasa paling selamat’.Nah,begitulah jua nilai auratmu yang perlu dijaga.Cantiknya bukan untuk di pamerkan tapi dijaga sebaiknya tanda patuh akan syariatNya.


Namun realitinya,di zaman yang serba canggih dan moden ini,hadaf utama pemakaian tudung agak pincang.Ada yang tidak kena.Di pakai mungkin hanya kerana sudah menjadi kebiasaan.Mungkin jua menjadi satu fesyen.Bertudung tapi dengan selamba memakai baju berlengan pendek.Bertudung tetapi leher dan bahagian dada terdedah tanpa ada hijab.Bertudung dan ‘diserikan’ pula dengan subang..Bertudung tetapi pelik,rambut masih kelihatan…Adakah itu masih dinamakan tudung??Ahhhh….sebagai perempuan, diri sendiri berasa malu.Kesal.

Rasanya sudah jelas firman Allah yang bermaksud : (“Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman,agar mereka menjaga pandangannya,dan memelihara kemaluannya.Dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali yang biasa terlihat.Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya……” ) ( An Nur:31 )

Sesungguhnya Islam itu tidak memerlukan kita,malah kita sebagai insan yang lemah dan kerdil inilah yang amat memerlukan Islam sebagai ‘buku panduan’ dalam hidup kita.Maka tidak syak lagi,pemakaian tudung yang disyariatkan oleh Allah swt,semestinya membawa hikmah dan kebaikan untuk golongan wanita.

Firman Allah swt dalam kitabnya : (“ Wahai Nabi,katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anakmu dan isteri-isteri orang mukmin hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.Yang demikian itu lebih mudah untuk mereka dikenali, sehingga mereka tidak diganggu.Dan Allah Maha Pengampun,Maha Penyayang. “) (Al Ahzab:59 )

Oleh itu,marilah kita sama-sama periksa kembali bagaimanakah cara kita bertudung..Adakah masih mengikut landasan yang sudah ditentukan olehNya?Sudah cukupkah syarat-syaratnya?Atau sekadar tudung yang menutup kepala semata?Dipakai mengikut suka hati si pemakai.Nauzubillahi min zalik…Moga kita diberi hidayah untuk menjalankan syariatNya dengan sempurna….

Dari Kita untuk kita



Allah berfirman dalam KitabNya : (“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati.Dan hanya pada Hari Kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu.Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga sungguh,dia memperoleh kemenangan Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang sementara”) (Ali Imran : 185)

Menyedari kepentingan dan tanggungjawab yang dipikul, Biro Dakwah dan Tarbiyyah telah menjalankan satu lagi program untuk ahli-ahli BKPSM iaitu program Pemantapan Duat 1 yang telah diadakan pada 20 Mac 2009 yang lalu.Program kali ini diadakan dalam dua sesi iaitu di sebelah siang dan malam yang bertempat di Dewan Tun Mustapha,WYSK.

Sesi yang pertama, diisi dengan ‘Kursus Pengurusan Jenazah’ yang dikendalikan oleh Ustaz Mohammad Aman Al-Muiz bin Nordin,mahasiswa tahun 1,pelajar perubatan Universiti Al-Azhar.Selepas dibentangkan bebarapa perkara yang berkaitan dengan jenazah,program diteruskan dengan sesi praktikal dimana para peserta ditunjukkan cara-cara menguruskan jenazah.Bermula dari memandikan mayat,mengkafankan,menyembahyangkan dan akhir sekali mengebumikan jenazah.


Firman Allah yang bermaksud : (“ Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat ‘Sesungguhnya aku hendak jadikan khalifah di muka bumi..’) (Al Baqarah : 30)

Allah berfirman mahfumnya : (Kami ceritakan kepadamu (Muhammad)kisah mereka dengan sebenarnya.Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka.dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka) ( Al Kahfi:13)

Bagi melengkapkan lagi tema program kali ini iaitu ‘Ke arah melahirkan Duat yang berkualiti’ sesi yang kedua diadakan pula ‘Forum: Tanggungjawab Pemuda Pemudi Zaman Kini’.Forum pada malam itu dipengerusikan oleh Saudara Khairil Izhar Muhajeng bersama 3 orang panel iaitu Ustaz Hafiz Hamzah,Ustaz Abdul Haqeem Al Haq bin Abdul Malil dan Ustaz Mohd Aman Al Muiz Nordin.Dalam forum ini panel mengambil contoh kisah Ashabul Kahfi,Nabi Allah Ibrahim as dan Nabi Ismail yang mana mereka merupakan pemuda-pemuda yang teguh mempertahankan dan menyebarkan agama Allah Swt.Forum yang mengambil masa 3 jam ini,akhirnya ditutup dengan harapan dan menuntut agar Mahasiswa Mahasiswi mempunyai kesedaran akan besarnya tanggungjawab yang ada di bahu setiap individu,bertetapan dengan kehendak YDP BKPSM Ustaz Amiruddin Mohd Rosdi dalam ucapan awalnya.

Saturday, March 21, 2009

Mengharap Lindungan Mu

Awal pagi.Seperti biasa sebelum rutin harian dilakukan,bilik dikemas terlebih dahulu.Program yang dijalankan semalam berakhir agak lewat,jadi benda diletak sana dan sini.Semak.Sedang sibuk mengemas,tiba-tiba terdengar suara tangis esakan teman serumah.Hairan.

Bertanya..Diselidik…Ya ALLAH..Rupanya dia diragut!Beg yang di sandang di bahu diragut dengan sekelip mata.Habis semuanya.Wang tunai,telefon bimbit,kad Bank,Kerneh kuliah semua di dalam beg tersebut.Mujurlah Pasport ditinggalkan di rumah.Seberat-berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.Moga dia bersabar dan diberi kekuatan oleh Allah dalam menghadapi ujian ini.Sesungguhnya tiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.Samada terhadap dirinya mahupun orang sekeliling.Baru semalam menerima mesej dari Ibu.’’Ibu risau pula bila ingat kau jalan sorang-sorang pergi kuliah.Ibu berdoa semoga Allah melindungi mu selalu.. amin’’.Hati tersentuh.Tidak pernah terlintas niat untuk menyusahkan hati Ibu.’Amin..’ku menjawab.

Diri ‘terjaga’.Betapa kecilnya diri ini sebagai hamba-Nya.Tiap apa yang berlaku adalah atas kehendak dan izin-Nya tanpa ada sesiapa yang mampu menghalang.

Allah berfirman,Mafhumnya : “Sesungguhnya firman Kami terhadap sesuatu apabila kami mengkehendakinya Kami hanya mengatakan ‘Jadilah’ maka terjadilah perkara itu” (16:40)

Ujian yang datang menguji keimanan kepada Tuhan.Kerana sesungguhnya tidak cukup sekadar berkata kita telah beriman sedangkan kita belum lagi diuji.Moga kita termasuk di kalangan orang-orang yang sabar.

Allah berfirman,Mafhumnya : ‘’Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta ,jiwa dan buah-buahan.Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang bersabar*Iaitu orang-orang yang apabila mereka ditimpa musibah,mereka berkata Inna Lillahi Wa Innalillahi Rajiun(Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadanyalah tempat kami kembali)” (2:155-156)

Hidup di negara orang mengajar diri untuk berdikari dan tidak terlalu bergantung pada orang lain.Adakalanya mahu tidak mahu,terpaksa berjalan seorang diri.Kena pergi juga.Bagi mahasiswa,mereka mungkin tidaklah berhadapan dengan risiko yang besar kalau dibandingkan dengan mahasiswi.Maka,berdoalah.Berdoa dengan sepenuh keyakinan bahawa hanya DIA lah sebaik-baik tempat untuk kita memohon dan sebaik-baik pelindung bagi kita.

Allah berfirman,Mahfumnya : ( Dan apabila mereka bertanya padamu (Muhammad) tentangku,katakanlah sesungguhnya Aku dekat.Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada ku.Hendaklah mereka memenuhi perintahku dan beriman kepada ku ,agar mereka memperoleh kebenaran )’’ (2:186)

Seusai berdoa,kita berserah.Tawakkal pada NYA.Moga diri sentiasa dibawah lindungan dan jagaan Nya.

Allah berfirman,Mafhumnya ; “Dan kepada Allah sajalah orang yang bertawakkal menyerah diri “ (14:12)

Allah berfirman,Mafhumnya : “Katakanlah Dialah yang Maha Pengasih ,kami beriman kepadanya dan kepadanya lah kami bertawakkal” (67:29)

*Moga kita yang berada di sini,keluarga,sahabat,dan semua saudara yang berada jauh di Tanah Air sentiasa berada dibawah lindunganNya.Amin…………………………………………………..………والله سبحانه وتعالى اْعلم

Thursday, March 19, 2009

Sharing Is Loving

~Stay The Same~
Don't you ever wish you were someone else
You were meant to be the way you are exactly
Don't you ever say you don't like the way you are
When you learn to love yourself, you'd better off by far
And I hope you always stay the same
Cuz there's nothin 'bout you I would change
( verse )
I think that you should be whatever you wanted to be
If you could realize, all the dreams you have inside
Don't be afraid if you've got something to say
Just open up your heart and let it show you the way
Believe in yourself
Reach down inside
The love you find will set you free
Believe in yourself
You will come alive
Have faith in what you do
You'll make it through…

:: Bagi mereka yang kenal rapat siapa sebenarnya ‘INA’,mungkin mereka kenal sebagai seorang peminat lagu-lagu nasyid sahaja.Ya,Ina memang lebih senang untuk memilih dan menjadikan lagu-lagu nasyid ini sebagai hiburan dan halwa telinga.Munzu zaman..hehehe..Amat jarang untuk Ina menyukai atau meminati lagu-lagu Inggeris.Mungkin kerana rentak atau liriknya yang ‘tidak kena’ di hati.

Entri kali ini,Ina ingin berkongsi sebuah lagu Inggeris yang rasa-rasanya pernah popular satu ketika dulu.Waktu tu,kakak Ina yang memutarkan lagu ini berulang dan berulang kali.Ina cuma mendengar tanpa memahami makna dan mesej disebalik lagu ini(maklumlah masa tu zaman kanak-kanak riang lagi,hehehe).Satu ketika,lagu itu kedengaran disini.Dari komputer riba seorang adik sebilik.

Entah bagaimana..tiap lirik lagu itu dihayati sepatah demi sepatah.Bait demi bait.Dan..Ina teruja saat itu.Sangat menarik.Sangat cantik.Bagi Ina ia boleh menaikkan semangat sesiapa sahaja yang pada waktu itu ‘lemas’ atau ‘hampir rebah’.Bila mendengar lagu ini secara spontan diri ini diletak sebagai watak utama dalam lagu tersebut.Hmm…sweet.So…bagi sesiapa yang ada masa,cubalah search lagu ni dan hayati.Sekarang,lagu ni sudah jadi salah satu lagu favorite Ina dan lagu motivasi.Selamat mendengar…^_^

p/s : Ku dedikasikan khas buat teman-teman seperjuangan yang menuntut di Mesir dan IPTA Malaysia.Ujian dan susah payah dalam mencari ilmu adalah syarat utama.Ada ketikanya mungkin kita terasa lemah dan hampir mengalah.Tetapi ingatlah…Tiada kejayaan semanis madu tanpa pergorbanan sepahit hempedu.Usah berputus asa dari rahmat ALLAH SWT.Bi taufiq wannajah untuk kita semua.Amin..Salam perjuangan~

Kasih Kekasih


~Satu..Kasih nan abadi tiada tandingi DIA yang satu..
Dua..sayang berpanjangan membawa ke syurga kasihnya IBU..
Tiga..lapar dan dahaga rela berpayahan setianya AYAH..
Empat..mudah kau ketemu,perhati selalu beza antara KASIH dan KEKASIH~

SATU…Kerana kasih-NYA,kita lahir ke dunia.Antara berjuta,kita yang terpilih untuk melihat dan mendiami Bumi Allah yang sementara.Betapa beruntungnya kita.Dianugerahkan nikmat Iman dan Islam sejak mata celik melihat alamnya.Menghirup udara percuma yang amat bernilai,mengamati keindahan ciptaan-Nya dan mengagumi kebesaran-Nya.Beruntungnya kita diberi peluang itu..Bukankah itu salah satu tanda Kasih-Nya??


DUA…Insan paling hampir yang bergelar Ibu..Mak..Ummi..Mama.Paling mengenali sifat kita,paling memahami tabiat kita,paling setia disisi.Selaut kasih Ibu,tak mungkin terbalas walau dengan berjuta hadiah.Dalamnya kasih Ibu..Sanggup berkorban,berjauhan dari anaknda tersayang yang jauh di perantauan.Menanggung rindu yang ternyata perih.Duhai IBU,kasihmu penguat semangatku.Doa restumu penentu kejayaanku.


TIGA…Tanpanya siapalah kita?Dimanalah kita berpijak?Pada siapalah nama ini disandarkan?Ayah..terlalu banyak pengorbananmu buat diri ini.Terlalu banyak.Penat lelahmu mencari rezeki,hanya Allah yang tahu.Letih lesumu,tak pernah kau keluhkan.Berbahagialah diri ini mempunyai ayah sepertimu.Yang menyayangiku,melindungiku dan menjadi penyokong setia tika diri hampir terjatuh.Duhai Ayah,tak perlu kau ragu,Kasihku padamu tiada bertepi.


EMPAT…Insan asing yang sukar ditemui,sukar dicari.Namun,bila Allah sudah menetapkan..akan bertemu jua.Perancangan ALLAH adalah yang sebaiknya.Betapa indahnya ..tika mana takdir yang menentukan.Hadirnya tanpa diduga,tanpa di pinta.Semoga dia bisa menjadi pembimbing diri,penghibur hati dan teman menempuh hidup sebagai seorang insan.Moga bertemu.


Satu,dua,tiga,empat,
Anugerah terindah buat diri,
Hanya pada Nya syukur ku panjat,
Terima kasih atas nikmat di beri.

Wednesday, March 18, 2009

Pengalaman..mengajar.



‘ Ke arah mengamalkan Sunnah Rasulullah s.a.w’ merupakan tema bagi Sambutan Maulidur Rasul 1430 Hijrah yang telah diadakan pada 9 Mac 2009 yang lalu.Sambutan yang dianjurkan oleh Biro Dakwah dan Tarbiyyah BKPSM ini juga turut dihadiri oleh ahli-ahli BKPSM yang menetap di Zaqaziq,Mansurah,Dumyat dan adik-adik baru yang menetap di Tonto.


Berlainan daripada program-program yang Ina ikuti dan anjurkan sebelum ni,kali ni Ina diberi amanah dan tanggungjawab sebagai Pengarah Program.Fuh~Pada mulanya agak tidak yakin.Yalah apa tidaknya,pertama kali la katakan(heheh..)Rasa gugup dan gementar sudah tentu dirasa.Tetapi Alhamdulillah berkat sokongan rakan-rakan ,Ina terima sebaiknya.


’Bila lagi..??Disinilah waktu untuk kita belajar’.


‘Oklah tu, Banat yang jadi Pengarah.Biar banin tercabar sikit’.


‘Rilek Lina…boleh tu.Kami yakin.’(hehehe…antara kata-kata penguat semangat tuk Ina.)


Antara pengisian yang telah dijalankan pada malam itu adalah Sesi ceramah yang disampaikan oleh Ketua Biro Dakwah dan Tarbiyyah iaitu Ustaz Hafiz Bin Hamzah yang menyentuh tentang sejarah di sebalik sambutan Maulidur Rasul itu sendiri.Sejurus selepas itu,tayangan animasi yang bertajuk ‘Muhammad utusan terakhir’ yang mengambil masa lebih kurang 1 setengah jam ditayangkan.Rasanya tayangan tu berjaya menarik minat para Mahasiswa dan Mahasiswi untuk terus duduk dan memeriahkan sambutan tersebut. Malam tu juga,sambutan turut dimeriahkan dengan persembahan Nasyid dan kompang, sebelum sambutan ditutup dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang Kuiz.


Alhamdulillah..Alhamdulillah.Ina dah buat yang terbaik rasanya tuk malam tu.Ternyata satu pengalaman dan pembelajaran baru tuk Ina.Terlintas di fikiran…Kalau disini pun keberanian untuk berhadapan dengan orang ramai tidak ada,bagaimana pula keadaan apabila Ina sudah balik ke Tanah Air nanti??Bagaimana mahu berhadapan dengan masyarakat?Berdakwah…..Bagaimana??Ala kulli hal ucapan syukran jazilan bagi mereka yang banyak menyokong dan memberi kepercayaan pada Ina.Baarakallahu Fikum…

Usah lemah,kau perlu kuat..!



Lumrah bagi insan bernama manusia.Sekuat dan segagah mana pun dia,satu ketika pasti akan di uji.Ujian yang datang menguji diri.Menguji sejauh mana kekuatan.Menguji keimanan kepada Tuhan..


Tatkala mehna mendatang,terkadang diri merasa lemah.Lemas.Lelah.Sempit.Tertekan.Tanpa disedari,manik-manik jernih di hujung mata jatuh tanpa dipinta.Usah mengeluh,usah di tanya mengapa.Kerana sesungguhnya ujian yang datang dariNYA adalah ‘hadiah berharga’ dari Sang Pencipta untuk hambanya yang beriman.


Di saat menikmati segala kurniaan dan pemberianNya..Mungkin, adakala diri terleka,terlupa,hanyut seketika..Mungkin..Betapa dalamnya kasih Allah pada hambanya.Di waktu diri terlalai dari mengigatiNya,DIA masih disisi.Sentiasa.Ujian yang datang bukan percuma.Sebaliknya mentarbiyyah diri,mengajar erti kesabaran,erti berdikari dan mensyukuri nikmatnya selalu.Usah kau lemah.Ingatlah bahawa aku ada di sini.Teman-teman sentiasa disisi.Keluarga pendokong sejati.Bersabarlah menghadapi ujian ini.Kerana dalam berjuta,engkau insan terpilih.


Paling utama,DIA.Yakinlah akan janjiNYA…Firmannya yang bermaksud…


‘’Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya’’
‘’Berdoalah kepada KU,nescaya akan KU perkenankan kepadamu’’
‘’Dan apabila hamba-hambaku bertanya padamu(Muhammad) tentang AKU,katakanlah sesungguhnya AKU DEKAT.Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKU.Hendaklah mereka memenuhi perintahKU dan beriman kepadaKU,agar mereka memperoleh kebenaran’’
‘’Telah berkata Jibril a.s: Wahai Allah,Engkau sampaikanlah hajat hambaMu.Maka Allah berfirman:’’Biarkan hambaku itu…Kerna Aku mencintai rintih suaranya’’


Moga kau kuat menghadapi segala dan senyuman terukir semula di wajahmu…..