Tuesday, May 26, 2009

'Aku Pun Tahu'

HARI tu merupakan hari kedua Ina selesai menduduki Imtihan madah kedua.Perjalanan pulang dari kuliah seperti biasa.Berjalan kaki.Entah kenapa Ina agak penat hari itu.Mungkin kerana cuaca panas sudah mula merasakan bahangnya.Niat hati,sesampai saja di rumah mahu merehatkan diri.Tidur.Tika berbaring, terpandang sebuah novel yang tersusun kemas diatas meja yang sudah agak lama dibeli.Tapi belum sempat Ina baca.Bak kata seorang senior disini,’Time-time imtihan ni lah baru rasa mau baca buku-buku lain yang tiada kaitan dengan imtihan’..heheh.Ina tersenyum sendiri mengingat kata-kata itu.

'Aku Pun Tahu’ dicapai.Sebuah antologi cerpen yang memuatkan 13 karya penulis.

Petang itu Ina cuma membaca 4 karya.Tetapi kesannya agak dalam terhadap diri Ina.Salah satunya membuatkan air mata ini menitis tanpa disedari.Kisah yang menyentuh tentang kasih sayang seorang abang kepada adiknya meruntun jiwa.Selesai.


Beralih ke cerpen yang lain.Berbeza dari yang sebelumnya,kali ini Ina merasa seolah-olah diri ini menjadi watak utama dalam kisah tersebut.Sesungguhnya…Ina berada dalam situasi tersebut pada ketika itu.Air mata mengalir deras tanpa dipinta.Seusai menghabiskan cerpen tadi,diri berasa tidak tenang.Risau.Sedih.Gusar.Bingung.Sepanjang petang.Diri tidak putus-putus melafaz Istighfar.


Malam itu,diri bertekad.Berusaha memujuk diri.Haqq itu Haqq.Dan yang Batil adalah Batil.Segala puji bagi Allah yang Maha Mengetahui akan perihal hambanya.Diri diberi kekuatan.Kekuatan untuk menyuarakan apa yang terpendam di hati.Walaupun diri ini mengerti dan menyedari bahawa natijah kemudiannya mungkin tidak seperti yang diinginkan,namun ingin tetap diluahkan juga.Kata-kata seorang Ustazah ketika menghadiri sebuah majlis ilmu satu ketika dulu,terngiang-ngiang di telinga.’Utamakan kebenaran dan keikhlasan berbanding kemaslahatan’.Manik jernih di hujung mata mengalir lagi.Alhamdulillah,pada malam itu diri cuba memulakan semula sesuatu yang telah pun bermula.Tetapi kali ini, ada landasan yang wajib diikuti sepanjang perjalanan tersebut.Diri mengakui,mungkin Ina tidak sekuat insan lain,namun padaNya dimohon diberi kekuatan dan kesabaran.

Sebenarnya daripada cerpen itu,ia mengajar dan menginsafi diri Ina sendiri.Memang benar.Diri ini bukan sebaik mana.Bukan sewarak mana.Dan bukan juga sethiqah mana.Tetapi apabila harapan dan keimanan itu diletakkan setingginya kepada Azza Wajalla,Insyallah Ina percaya, DIA tidak akan menghampakan hamba-hambaNya.Sedarilah bahawasanya memang kita selalu berusaha untuk menjaga diri ini daripada melakukan dosa-dosa yang akan mengundang kemurkaan Allah.Tetapi sebagai insan yang lemah,adakalanya diri terlupa,terleka dan tanpa disedari telah melakukan dosa yang tidak terniat.Oleh itu,bermuhasabahlah selalu.Moga kita sentiasa berada di atas landasan Syariatnya yang benar.

Pada dia,
Ucapan terima kasih lahir dari hati,
Harapan diri,
Pimpinlah tika aku terbuai mimpi..

Kepada Mu Rabbi,
Ampunkan dosa yang tidak ku sedari,
Tiada apa yang mampu ku lafazkan lagi,
Kerana Sesungguhnya,
Engkaulah Yang Maha Mengetahui...

Sekalung Tahniah Buat Kakak


Ucapan Alfu Mabruk buat kakak tersayang,atas kejayaannya menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Bussiness Studies yang akan diadakan pada 27 Mei 09 ini.Kenangan beberapa tahun lalu, apabila kami sekeluarga sama-sama menghadiri Majlis Konvokesyennya di UiTM,Shah Alam di peringkat Diploma mengusik hati yang dibebani rindu.Saat yang sungguh mengembirakan pabila dapat meraikan hari yang penting sebegini bersama keluarga tercinta.Walaupun tahun ini kami tidak dapat meraikannya bersama tetapi doa dan ingatan ini sentiasa bersama kalian.


Berbeza dari kakak,Ina seorang Mahasiswi Azhariah yang nun jauh dari keluarga.Jauh dari ayah dan ibu.Jauh dari adik-beradik yang lain.Diri pernah menyulam angan-angan..’Alangkah indahnya..jika saat Ina pula satu hari nanti,ayah ibu dan adik-beradik juga turut ada bersama di sisi.Sama-sama berkongsi kegembiraan dan kebahagiaan di saat itu.’Indahnya..tapi its ok.Kalau ada rezeki,tiada yang mustahil walau jauh terpisah benua..InsyaAllah… Disebabkan angan-angan itulah yang terus meniup semangat dan menghidupkan cita-cita Ina hingga saat ini.Ayah Ibu, syukran atas segala pengorbanan selama ini dan kasih-sayang yang dicurahkan.Insyallah Ina akan belajar bersungguh-sungguh dan Ina mahu ayah dan ibu tahu,doa dan restu ayah ibu amat bermakna buat Ina.Sesungguhnya redha Allah itu juga datang daripada redha ayah dan ibu.

Pengembaraan dalam mencari ilmu itu bukanlah terhenti apabila Ijazah sudah berjaya digenggam.Sebaliknya, pegembaraan ini tidak akan pernah terhenti.Tidak akan ada noktah dan garis penamatnya.Ujian dan cabaran sudah tentu akan mengiringi tiap langkah yang diambil.Lebih-lebih lagi bagi mereka yang memegang title Azhari dan Azhariah,cabaran sebenar hanya akan bermula ketika kita sudah kembali ke Tanah Air.Cabaran untuk memulakan misi dakwah,tarbiyyah,taalim dan berhadapan dengan masyarakat sekeliling.Oleh itu,persiapkanlah diri sebaiknya untuk menghadapi hari mendatang. Semoga pengembaraan ini akan meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah swt,kerana melaluinya,kita akan sedar bahawa sesungguhnya kita hanya hambaNya yang lemah.Semakin banyak yang kita tahu,sebenarnya semakin banyak ilmuNya yang kita masih belum kita terokai.



Allah berfirman di dalam Kitabnya : { Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan menjadi tinta,ditambahkan lagi tujuh lautan setelah keringnya nescaya tidak akan habis-habisnya kalimat Allah (ilmuNya dan hikmahNya).Sesungguhnya Allah Maha Perkasa,Maha Bijaksana} (Luqman : 27)


*Akhir kata,sekali lagi tahniah buat Kak Ieja!!Wish u all the best in your future..!!!(Ermm..Bila mau dapat abang ipar ni ar??Hehehe…)


With Love..Ur sister ^_^

Monday, May 18, 2009

Seorang Peminta

Mahu tidak mahu,kita perlu mengaku bahawasanya kita hanyalah insan yang penuh dengan kekurangan dan kelemahan di sisi Khaliq.Walau sebaik dan sesempurna mana pun sesuatu perkerjaan yang kita lakukan,hakikatnya natijah yang mendatang di kemudian hari bukanlah hasil dari usaha kita semata,sebaliknya…"Iza Araada Syai'an Ai Yaquula Lahu Kun Fayakun". Oleh itu selesai sahaja membuat sesuatu pekerjaan dengan usaha yang termampu dan yang sebaiknya ,maka susulilah ia dengan doa bagi mengharap natijah terbaik sepertimana yang diinginkan.Sepertimana yang kita tahu,sesungguhnya doa itu senjata bagi orang mukmin.



Doa merupakan satu pengakuan bahawa kita mengaku, sesungguhnya Allah lah yang berhak secara mutlak terhadap setiap sesuatu.Selain itu, doa juga merupakan bukti bahawa adanya perasaan berhajat manusia kepada sesuatu yang lebih tinggi darjat dan kuasanya berbanding makhluk lain iaitu ALLAH SWT.Melalui doa juga,ia bisa memberi kita kekuatan dikala lemah,bercambahnya bunga-bunga harapan,dan terpasaknya keyakinan yang tinggi.Kerana jauh di sudut hati,kita percaya bahawa jika DIA membenarkan, tidak ada apa-apa yang mustahil.
Izan,setelah kita berusaha,berdoalah.Berdoalah dengan yakin bahawa DIA sentiasa mendengar permintaan dan doa hambaNya.

Maksud firman Allah swt : { Berdoalah kepadaKu nescaya akan ku perkenankan kepada mu.Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri dari menyembahku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaaan hina dina } (Ghafir : 60 )

Rasulullah pernah bersabda yang mafhumnya : { Sesungguhnya Tuhan kamu Maha Suci,Maha Tinggi,Maha Hidup,Maha Mulia,Sangat Malu kepada hambanya ketika hambanya berdoa mengangkat kedua tangannya, Sedangkan Dia membalas kedua tangan hambanya dengan tangan kosong } (Hadis riwayat Abu Daud)





Ada masanya,diri ini merasa malu.Sangat malu untuk meminta daripadaNYA.Meminta itu dan ini,permintaan yang tidak pernah habis.. Sedangkan diri penuh dengan dosa yang sudah entah berapa banyak agaknya..’Menggunung tinggi’..aku menjawab.Tetapi,diri yang selalu leka dan lalai daripada mengingatiNYA ini masih berani meminta dan mengharap.Huhhh!!..ke mana perginya perasaan malu itu???Diri tersindir sendiri.Di saat terjaga,hati bermonolog sendirian..’Bagaimana jika doamu terhijab kesan daripada dosa-dosamu?’Astaghfirullah Al Azim..Astaghfirullah..Ya Allah..hina sungguh diri ini…Terdetik..aku tidak layak sebenarnya untuk meminta.Kau tidak layak!!

Tetapi,disebalik semua rasa itu , Allah menghadiahkan kita dengan sifat Ar-Rahman,Ar-Rahim,Al-Latif,Al-Wahhab.Maha Suci Allah…Dan hakikatnya itulah yang membuat kita terus hidup dengan harapan dan mengharap kasih sayangnya.Ketahuilah, bahawasanya Allah amat rindu untuk mendengar permintaan dan rintihan hamba-hambaNya.Dan semoga dengan amalan ‘memohon doa’ kita itu akan sentiasa menyedarkan kita, bahawa kita ini sekadar hambaNya yang amat lemah dan tidak mampu berbuat apa-apa tanpa izinNya.’Ya Allah..Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perkenankanlah doa kami.Sesungguhnya engkaulah sebaik-sebaik tempat meminta.Amin’

Sabda Rasulullah saw maksudnya : [Barangsiapa suka supaya dikabulkan doanya oleh Allah di waktu kesulitan dan kesusahan,maka hendaklah dia memperbanyakkan berdoa di waktu senang ]

Seorang guru berkata..Orang yang tidak berdoa itu adalah mereka yang sombong kepada Allah.Ermm..ayuh kita sama-sama muhasabah diri.Semoga kita tidak tergolong di dalam golongan mereka yang takbur dan lupa diri.Na’uzubillahi min zaalik.Wallahu Subhanahu Wa Taala A’lam….

******************************************

DI ANTARA ADAB-ADAB BERDOA :
1) Memelihara sumber rezeki seperti makan,minum dan pakaian dari sumber-sumber yang haram ataupun syubhah.
2)Berwudhuk,memulakan dan mengakhiri doa dengan Tahmid kepada Allah dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.
3)Berdoa dengan jalan tawassul dengan amal soleh.
4)Berdoa dengan menghadap kiblat dan mengangkat kedua tangan.
5)Bersungguh-sungguh dalam berdoa dan yakin bahawa doa akan diperkenankan.
6)Berdoa dengan keredhaan hati,jiwa yang ikhlas,merendahkan suara dengan perasaan takut akan azab Allah.

DI ANTARA WAKTU YANG MUSTAJAB UNTUK BERDOA :
1)Pada satu pertiga akhir malam.
2)Selepas menunaikan solat fardhu.
3)Hari Arafah.
4)Pada Bulan Ramadhan.
5)Satu waktu pada hari Jumaat.
6)Antara azan dan iqamah.
7)Ketika sujud dalam solat.
8)Ketika meminum air zam-zam.

Thursday, May 14, 2009

Sabar


Angin pagi ini bertiup agak kuat.Dingin.Rasa gemuruh sejak semalam masih belum reda.Mata melirik pada jam berwarna keemasan.Sudah menunjukkan jam 9.30 pagi.Kalau benar mengikut kata Dukturah kelmarin,syafawi madah Quran tahun dua sepatutnya sudah bermula setengah jam yang lalu.Terus menanti..Setia..

Tiba-tiba gegendang telinga menangkap beberapa bait kata seorang gadis Mesir.’Ya Gamaah,syafawi sanah thani syariah saah wahdah’.Mata terkelip-kelip.Hampir saja diri mendengus geram…Cepat-cepat disembunyikan dengan mengukir senyuman dibibir.Hati berbisik …’Sabar…’


Menuntut ilmu jauh di perantauan,banyak mengajar diri tentang sifat sabar.Daripada persekitaran rumah,suasana kuliah,cara hidup dan budaya orang arab dan pengembaraan ilmu itu sendiri..hmm..banyak cabarannya.Melafazkan perkataan ‘sabar’ tidak semudah untuk melaksanakannya.Malah ia memerlukan jihad dan kekuatan untuk menghadapi setiap keadaan.


Diuji dengan pelbagai dugaan yang datang dari Nya..Sabarkah diri ini?
Berusaha untuk mengamalkan ‘Amar makruf,Nahi mungkar’..Sabarkah diri ini?
Tatkala kehilangan benda kesayang..Sabarkah diri ini?
Disaat menghadapi masalah..Sabarkah diri ini?
Ditegur atas kesalahan yang tidak disengajakan..Sabarkah aku?
Menelaah kitab-kitab kuliah yang ‘boleh tahan’ banyaknya..Sabarkah aku?
Dikelilingi dengan insan yang berbagai ragam..Sabarkah aku?
Keluar awal pagi untuk ke kelas tambahan..Sabarkah aku?
Berhadapan dengan kerenah Ammu..Ditipu bulat-bulat ..Sabarkah aku?
Apa yang dihajati gagal didapatkan..Sabarkah ?
Dihambur dengan kata-kata hina,dikeji,difitnah,dibenci..Sabarkah?
(Hehehe…tersenyum sendiri.Tepuk dada,tanya iman..)


Amat beruntunglah mereka yang mempunyai sifat sabar dalam diri mereka.Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kesudahan yang baik bagi mereka yang bersabar.


Firman Allah mafhumnya: {Kecuali orang-orang yang sabar dan mengerjakan kebajikan,mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar} {Hud : 11}


Firman Allah swt mafhumnya : {Wahai orang-orang yang beriman bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu , tetaplah bersiap-siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung} (Al Furqan : 200)


Allah berfirman : {Dan ikutilah apa yang telah diwahyukan kepadamu,dan bersabarlah sehingga Allah memberi keputusan.Dialah hakim yang terbaik}. (Yunus : 109)


Oleh itu marilah kita sama-sama berusaha untuk memupuk sifat sabar dalam diri kita.Menjadikannya bunga-bunga akhlak yang menghiasi diri dan menjadikan kita seorang yang lebih positif dan tenang dalam menghadapi hidup.


Sesungguhnya sebaik-baik contoh bagi kita adalah baginda, Nabi Muhammad Saw.Biar dikeji,biar dihina,difitnah sesuka hati,dituduh gila sewaktu menyampaikan risalah Allah…namun,Nabi sendiri tidak pernah membalas balik atas kejahatan dan sifat buruk mereka.Bahkan Nabi saw terus bersabar,malah mendoakan untuk mereka.Sedangkan kita???Mampukah kita bersabar sedemikian rupa?Ujian yang kita terima jika dibandingkan dengan mehna yang ditanggung baginda sudah tentulah bagai langit dan bumi.Jadi,pesanan untuk diri yang lemah dan teman semua….’Bersabarlah sedikit’.Yakinlah dengan janji Allah bahawasanya, DIA tidak akan menimpakan sesuatu keatas hambanya kecuali dengan apa yang mampu untuk ditanggung.Semoga kita tergolong di dalam golongan hamba-hambanya yang bersabar.


Kesabaran adalah salah satu faktor kemenangan” -Saidina Ali -
“Kesabaran itu pahit.tetapi buahnya manis”

Tuesday, May 12, 2009

Permata Ayah Bonda

Saat kelahiran cahaya mata merupakan salah satu detik kebahagiaan bagi pasangan yang bergelar suami-isteri.Dengan kehadiran ‘ahli baru’ ini,gelaran ‘ayah dan ibu’ sudah pasti megembirakan setiap pasangan dan menjadi ‘tali’ pengerat hubungan antara suami-isteri itu sendiri.Bayi mempunyai kuasa yang luar biasa.Bisa saja membuat hati yang keras menjadi lembut,pemarah kepada penyabar dan begitu mudah untuk membuat kita tersenyum tika melihatnya..Sangat comel.




Harapan bagi setiap pasangan agar bayi yang lahir membawa ‘sinar’ dalam kehidupan mereka.Menjadi anak yang soleh solehah,taat pada perintah Allah, bakal menjadi pewaris dalam menyebarkan agama Allah di muka bumi dan moga menjadi ‘permata’ pada ayah dan bonda.Disini kita dapat lihat,bahawa peranan ayah dan ibu itu amat penting dalam mendidik anak-anak mereka.Sesungguhnya Nabi Muhammad swa telah bersabda dalam Hadithnya..

Mafhumnya : (Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan yang bersih (fitrahnya),maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi,Nasrani atau Majusi) (Muttafaqun Alaih)

Agama Islam amat mementingkan soal mendidik anak-anak sejak dari kecil hinggalah mereka dewasa.Ini bagi memastikan anak-anak membesar dengan tarbiah yang sebaiknya dan dihiasi dengan bunga-bunga akhlak yang mulia.Rasullah bersabda yang mafhumnya..

(Tidak ada satu pemberian seorang bapa kepada anak-anaknya yang lebih baik selain daripada adab yang mulia)

(Apabila mati anak Adam,terputuslah segala amalan darinya kecuali 3 kebaikan.Sedekah jariah,ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan kebaikan untuknya)


Usaha untuk mendapat anak yang soleh solehah bukan hanya ketika sudah mendirikan rumah tangga.Bahkan, Al Quran yang bersifat Syumul itu juga mengajarkan kepada umatnya untuk mengamalkan doa-doa yang amat baik sejak awal-awal lagi.Semoga doa yang dipohon dengan hati yang ikhlas akan dikabulkan oleh Allah swt kepada pada hamba-hambanya…Amin..





Allah berfirman maksudnya : “Dan orang-orang yang berkata “Ya Tuhan kami,anugerahkanlah kepada kami pasangan dan keturunan kami sebagai penyenang hati(kami),dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa” (Al Furqan : 74)

Firman Allah lagi yang maksudnya : “Ya Tuhanku,anugerahkanlah kepadaku seorang anak yang termasuk dikalangan yang soleh” (As Saffat : 100)



**Sekalung ucapan ‘Alfu Mabruk ‘buat pasangan Ustaz Babar dan Kak Azimah atas kelahiran cahaya mata ke2 mereka,Ahmad Jaadul Haqq.Doa kami..Semoga kalian sekeluarga berbahagia selalu.Amin**

Generasi Al-Quran


‘SEBAIK-BAIK DI ANTARA KAMU ADALAH MEREKA YANG MEMPELAJARI Al QURAN DAN MENGAJARKANNYA’ (H.R Bukhari)


Sebelum Fatrah Imtihan Semester Dua bermula di Bumi Mesir,Biro Dakwah dan Tarbiyyah BKPSM telah mengadakan satu program terakhirnya iaitu Minggu Jilul Quran pada 23,24 dan 25 April 2009 yang lalu.Program kali ini telah disertai oleh bukan sahaja pelajar Pengajian Islam, bahkan juga mendapat penyertaan daripada pelajar-pelajar perubatan.




Antara pertandingan-pertandingan yang telah diadakan ialah pertandingan Hafazan(Syafawi dan Tahriri) dan Ceramah yang terbuka bagi pelajar-pelajar Banin dan Banat.Program yang berjalan selama 3 hari ini berakhir dengan Majlis Penutupan yang dirasmikan oleh Yang Dipertua, Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir,Ustaz Amiruddin Mohd Rosdi.Kami dari barisan AJK BDAT BKPSM amat berharap agar program ini telah memberi manfaat kepada semua yang terlibat dan mencungkil bakat dan kemampuan individu secara tidak lansung.Harapan kami,moga kita dapat membina 'Generasi Al Quran' yang berkualiti yang bakal memegang tampuk pemerintahan negara dan menyebarkan agamaNya.Ucapan tahniah dan terima kasih juga pada semua AJK yang terlibat dalam menjayakan program pada kali ini.Nantikan program selanjutnya daripada Biro Dakwah Dan Tarbiyyah BKPSM yang akan diadakan selepas berakhirnya Fatrah Imtihan pada bulan Jun ini.

Wednesday, May 6, 2009

Bi Taufiq Wannajah Kullukum..

Ramai yang ingin agar fatrah imtihan ini berlalu secepat mungkin.Masing-masing sudah ada rancangan sendiri sejurus sahaja musim peperiksaan selesai.Ada yang sudah siap sedia dengan tiket untuk balik bercuti,ada yang sudah merancang untuk mengikuti rehlah dan rancangan-rancangan lainnya.Tiada salahnya...Cuma hadapilah 'musim' yang cuma lebih kurang sebulan ini untuk 'berabis' dan bukan hanya menunggu ia berlalu begitu sahaja.Setelah penat memerah otak dan masa diperuntukkan sewajarnya,barulah berbaloi untuk kita menikmati saat-saat untuk 'berehat seketika' dengan hati yang tenang.Setelah berusaha sehabis mungkin,tawakkal dan berdoa pada Allah Azza Wajalla lah usaha kita seterusnya.

Pesanan buat diri sendiri dan teman-teman yang sama-sama berjuang,semoga ilmu yang kita perolehi ini bukan sekadar untuk dicurahkan pada kertas jawapan tetapi mudah-mudahan ilmu yang dipelajari menjadi ilmu yang kekal di dada kita sebagai seorang mukmin dan mukminah yang bakal menegakkan kalimah Allah swt di muka bumi ini. Sesunguhnya 'Ilmu tanpa amalan umpama pokok yang tidak berbuah'.

Doa dan restu ayah,ibu,keluarga dan guru-guru kami harapkan..
Ucapan terima kasih pada abang-abang,kakak-kakak dan rakan seperjuangan yang banyak membantu..
Buat diri sendiri........CHAIYOK CHAIYOK!!!!! =)